jump to navigation

Terkini dari Parlimen 15/6/09 June 15, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, Najib Razak, National, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Klik REFRESH untuk berita terkini dari Parlimen

1.36 pm :  Apabila sampai kepada agenda mengalu-alu dan mengucapkan tahniah kepada seorang ahli dewan yang baru mengangkat sumpah dimana pada hari ini MP yang terlibat ialah DS. Muhammad Nizar Jamaluddin. Namun begitu Speaker Tan Sri Pandikat Amin enggan meneruskan agenda tersebut. 

Mungkin inilah kali pertama dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat apabila Speaker enggan meneruskan agenda tersebut.

Semasa sampai ke agenda tersebut, DS. Nizar telahpun tidak berada di dalam dewan kerana diarah keluar sebelum dari itu.

12.15 pm : Mahfuz Omar yang turut diusir dipetik sebagai berkata kepada The Malaysia Insider yang bekas Speaker Tun Zahir Ismail, telah membenarkan kain pengikat lengan anti-ISA ketika sesi Parlimen ke 10.

Drs. Khalil Idham Lim mengulas perbahasan Hishammudin yang menjawab soalan dari ketua Pembangkang mengenai salah guna kuasa polis di DUN Perak itu berkata, bahawa Hishammudin sebagai Menteri dalam Negeri telah berbohong di dalam dewan, dengan menyatakan baahawa penggunaan polis adalah sah kerana dipanggil oleh speaker BN, Ganeson.  Walaupun di dalam masa yang sama terdapat speaker sah dari PakTAN, v. Sivakumar.

Beliau yang juga ADUN Perak dan hadir ketika persidangan dewan 7 Mei lepas berkata, [s]ebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

“Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.”

11.45 am :  Sidang media Nizar dilobi Parlimen.

“Bagaimana kita boleh bersidang di dalam Parlimen, sedangkan berlaku kezaliman dan kekejaman di DUN Perak, dimana Speaker yang sah dihalau keluar oleh polis diatas arahan Speaker haram,” Nizar memberitahu sidang media di luar Dewan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata tindakan Speaker Parlimen menghalau Nizar dan rakan-rakan lain adalah keterlaluan.

“Tindakan kami tidak menyalahi mana-mana aturan Dewan Rakyat. Tidak ada aturan khusus yang melarang pemakaian lilit kepala. Kami meminta Speaker supaya tunjukkan dimana kesalahan kami,” kata Khalid.

 BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media di lobi Parlimen bersama sebahagian ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas diarah keluar dari Dewan oleh Speaker kerana ingkat arahan supaya menanggalkan lilitan ‘Bubar DUN’–fotoTHE STAR oleh Raja Faisal Hishan


11.20 am : Hishamuddin Menjawab Soalan Kewajaran Polis Ceroboh Dun Perak

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin memberi jawapan bahawa tindakan polis masuk ke dalam Dewan dengan arahan daro Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Speaker yang sah.

Dalam soalan tambahan, penanya soalan asal, DS.Anwar Ibrahim bertanya apa alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikannya.

Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankannya, kononnya tindakan polis adalah permintaan dari Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kami kalau tidak berpuashati.

Menjawab soalan tambahan dari tangga batu, Hishamuddin mengulangi sekali lagi supaya mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuashati.YB.Mahfoz, Dr Hatta, Ust.Taib, YB Gobala dan YB.Zailah bergambar di luar dewan dengan memakai lilitan kepala BubarDun

10.25am: Ds Ir Nizar dan hampir 10MP diarah keluar dewan oleh SpeakerDato’Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar Dun’ serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakan melaungkan slogan “bubar DUN” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak.–fotoTHE STAR oleh Raja Faisal Hishan

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato’Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang )

10.15 am : Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar Dun’ sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.

Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

10.00 am : Ds.Nizar telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang Sebentar tadiDS.Nizar sedang menandatangani surat acara jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang

Ihsan Cina Islam


Comments»

1. rahman - June 15, 2009

biler masa GANASan jadi speaker….
ambik kerusi speaker cara kasar…. itu kerr ciri2 speaker…

V Sivakumar adalah speaker yg sah….

2. Fay - June 16, 2009

Saya suka pembangkang tetap tabah hati & lantang bersuara!!! Semua tindakan BN sudah hilang akal & semakin membuat rakyat MUAK! BN semakin lama, semakin takut dengan rakyat! Kepada Pembangkang.. walaupun tak memerintah, takpe.. sesungguhnya “Pembangkang” amat penting peranannya untuk menyekat ketidakadilan BN kpd rakyat. Hidup PR!


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon