jump to navigation

Anak ‘six million RM man’ didakwa tumbuk Diana 5x – Malaysiakini December 13, 2008

Posted by nikmj in Diana Danielle, Entertainment, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

“Saya sudah maafkan dia, tapi tak dapat terimanya seperti dulu lagi. Saya trauma dan masih terkejut,” kata pelakon jelita, Diana Danielle yang kesal dengan tindakan pengarah muda, Syamsul Yusof, 24, mengasarinya.

Pada 28 November lalu, Diana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang mendakwa Syamsul mengasarinya dalam satu pertengkaran di rumahnya, dua hari sebelum itu.

Diana mendakwa ditumbuk lima kali hingga cedera di telinga dan kepalanya.

“Dia cuba tumbuk muka, tapi saya mengelak menyebabkan tumbukan itu terkena kepala dan telinga. Bagaimanapun, pergaduhan kami dileraikan ibu saya (Norsiah Ramli) dan anggota keluarga lain yang berada di rumah.

“Akibat serangan itu, saya lebam di kepala dan telinga. Laporan polis yang saya buat bukan berniat mendakwa Syamsul, sebaliknya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Ditanya adakah dia merancang menarik semula laporan polis itu, Diana ternyata enggan melakukannya.

“Saya tidak akan tarik balik laporan itu kerana apa pula kata keluarga saya kelak kerana mereka menyaksikan kejadian itu. Lagipun, saya bukan mahu mendakwanya, sebaliknya laporan itu bertujuan mempertahankan diri.

“Seumur hidup, saya tidak pernah dikasari sebegini meskipun daripada ibu sendiri. Apabila Syamsul bertindak sedemikian, saya cukup terkilan.

“Kalau boleh saya tak mahu bercakap lagi soal ini kerana tak mahu kenyataan saya mengguris hati pelbagai pihak, tambahan pula saya amat menghormati Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail yang sudah saya anggap sebagai ibu bapa sendiri,” katanya.

Diana berkata demikian ketika hadir pada majlis Lord’s Tailor Brand New Look sempena ulang tahun ke-34 butik berkenaan di Pusat Beli-belah Bangsar di sini, semalam.

Kehadirannya pada majlis itu yang pertama sejak kejadian itu dilaporkan.

Pada 4 hingga 9 Disember lalu, pelakon yang melonjak melalui drama Air Mata Maria itu bersama ibunya ke Jakarta menguruskan pembikinan album sulungnya yang bakal memasuki studio sekitar April 2009.

Dalam temubual semalam, Diana agak keberatan berkongsi punca sebenar pergaduhan mereka meskipun terdengar desas-desus Syamsul mencemburui keakraban kekasihnya itu dengan jejaka bernama ‘Daniel’.

Selain itu, Syamsul juga dikatakan tidak menyenangi persahabatan antara Diana dengan vokalis kumpulan Matta, Sonu.

“Saya pun tak tahu apa yang menyebabkan dia marah. Apa yang boleh saya katakan, masalah kami terlalu rumit.

“Pada hari kejadian, kami baru pulang daripada makan malam dan tak dinafikan berlaku pergaduhan kecil sebelum dia menyerang saya.

“Untuk pengetahuan, Daniel kawan lama saya. Sementara Sonu pula, perbualan kami hanya berkaitan hal muzik kerana pada rancangan awal, dia sepatutnya menghasilkan lagu untuk dimuatkan dalam album saya.

“Saya sendiri ada berbincang mengenai hal ini dengan Syamsul dan dia setuju. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya tak jadi menggunakan lagu Sonu dan digantikan dengan lagu Tompi,” katanya.

Diana juga menafikan Syamsul yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu adalah kekasihnya, bagaimanapun mengakui pelakon dan pengarah muda itu teman rapatnya.

“Saya tak mahu mengklasifikasikan hubungan kami sebagai cinta kerana saya masih muda untuk memikirkan soal itu. Namun, saya tidak nafikan hubungan kami rapat.

“Saya juga harap Syamsul dapat menghadapi keadaan ini dengan tenang dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya.

Comments»

1. malayatoday - December 13, 2008

haha… pahni tentu dapt bayak berlakong filem..
nak pujuk katakan.. kesian…
duk lakon bnda2 cm2.. kan dh kena..

2. John Daniel - December 13, 2008

Beginilah nasib orang2 glamor!! tapi persoalannya kenapa sampai bergaduh? adakah dorang ni tengah hanyut bercinta, setahu ku hanya org yg bercinta berani bergaduh kerana cemburu.

3. Yoku - December 17, 2008

gelamor + cemburu. Dua keadaan yg berbeza. Saat romantis hilang dengan adanya tindakan penyudah yang dirangsangkan oleh keadaan paksa…fuh!

4. iskandar 86 - December 19, 2008

pi la mabok…masa bcinta……i luv u,u luv me.darling la,sayang la,bila dh gaduh,bila dh tk suka, satu malaysia tahu…ada akai ka…ppikiaq la sendiri

5. fnd - December 22, 2008

dayus betul p tumbuk pompuan sampai lima kali??? ishhh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: