jump to navigation

Sedekah

Assalamualaikum,

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI) DARUL RAUDHAH USJ 1 JALAN USJ 1/2B, 47610 SUBANG JAYA. SELANGOR DARUL EHSAN. 

TEL: 03 – 56320400 

 

SEPATAH KATA SEJUTA HARAPAN 

Tuan Haji Kamarudin Bin Haji Rasol (PJK) Pengerusi 

Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) Darul Raudhah USJ I 

Terimakasih dan syukur kehadrat allah yang telah merestui niat kami bagi Mengutip Dana Bagi Tabung Kewangan Sekolah di mana dana ini akan di gunakan untuk :- 

1. aktiviti pembelajaran 

2. pembangunan prasarana

 3. aktiviti keceriaan

4. membantu anak-anak dari golongan asnaf 

Kami menyedari tentang keterlibatan anak-anak rouda di bawah umur didalam gejala-gejala sosial yang negative seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, mengugut mereka-mereka yang lemah, merempit, terlibat dengan golongan samseng dan kaki buli, terlibat dengan aktiviti-aktiviti seks haram dan lain -lain kegiatan yang mana menjadi sumber kepada kejatuhan moral dan peningkatan kadar jenayah di negara kita ini. 

Penilaian kami merumuskan yang kebanyakan daripada mereka yang bermasalah ini datangnya dan golongan miskin dan sederhana walaupun tidak di nafikan yang golongan berada juga terlibat sarna. Amat malang kerana kebanyakan daripada mereka ini adalah merupakan anak-anak melayu yang seharusnya tidak terjebak langsung ke dalam masalah seperti ini. 

Kebanyakan mereka ini terjerumus mungkin kerana kurangnya kawalan dari ibubapa yang terlalu sibuk menguruskan hal-hal luar demi untuk menambahkan sumber pendapatan mereka. Mereka-mereka ini juga tidak mampu menghantar anak-anak mereka untuk menambah baikkan pelajaran anak-anak mereka kerana di belenggu oleh masalah kewangan. Oleh itu, masa terluang anak-anak ini tidak dapat di manafaatkan dengan sewajarnya dan mereka-mereka ini yang terbiar tanpa kawalan dari keluarga, bebas untuk melakukan apa-apa sahaja yang mereka suka tanpa sebarang rasa takut atau bersalah. 

Kami ingin membantu ibubapa yang tidak mampu ini dengan menyediakan satu tempat di mana mereka boleh menempatkan anakanak mereka untuk belajar tentang segala ilmu agama secara percuma dengan harapan masa yang terluang itu dapat di manafaatkan oJeh anak-anak- ini untuk menimba segala kebaikan dari pelajaran agama dan sivik yang di ajar oleh guru-guru kami dan dengan itu menghindar mereka dari melakukan kegiatan yang tidak bermoral. 

Untuk tujuan itu kami memerlukan bantuan dan sokongan dari setiap peringkat masyarakat di Negara ini, tanpa sebarang sekatan dan segi idealogi, agama, keturunan, bangsa atau pegangan politik, kami menyeru masyarakat yang perihatin agar dapat membantu kami merealisasikan impian karni untuk menyediakan satu prasarana yang baik secara percuma kepada semua semua anak-anak yang tidak bemasib baik.

Adalah menjadi impian kami untuk mempunyai bangunan dan rumah penginapan sehenti atas nama sekolah kami. lni akan memberikan peluang kepada ibubapa menempatkan anak-anak mereka sewaktu ketiadaan penjaga ataupun kesibukan kerja. 

Kami menyeru masayarakat Malaysia yang prihatin dan perpandangan sama dengan kami agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada kami melalui akaun sekolah kami : 

Nama Akaun: Sek. Agama Rakyat (KAF A Integrasi) Darul Raudhah USJ 1

Akaun No : 1206-50100355-09 Bank Islam

Atau menerusi setiausaha kami,  

Nama akaun: Nik Aizai Bt Nik Him

Akaun No : Maybank 153104094583

Layarilah blog sekolah kami untuk mendapat lebih maklumat tentang sekoJah ini melalui :- 

1. Sakidar.wordpress.com 

2. Kafausjl.blogspot.com 

Seandainya rakyat Malaysia dapat menyumbang walau hanya RM 1.00 kepada kami secara berterusan, kami percaya impian kami untuk menyediakan satu prasarana sehenti secara percuma kepada kana-kanak di bawah umur ini akan dapat di realisasikan dan mampu menghalang kanak-kanak dan remaja ini daripada terlibat dalam gejala negative. Ini akan dapat menjadikan mereka insaninsan yang lebih baik dengan sifat jati diri yang kukuh dan utuh . Dengan itu. akan menjadikan kita satu masyarakat yang lebih berkualiti dan berdaya saing dengan nilai-nilai murni yangjauh lebih baik di masa hadapan. 

Bantulah kami dengan cara menyumbangkan

RM 1.00

kepada kami secara berterusan kerana sumbangan anda akan membantu kami mcnyediakan barisan pelapis masyarakat yang lebih baik di rnasa hadapan. 

 

Terima kasih 

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: