jump to navigation

Mawi dan Ekin umum nikah 20 Disember 2008 October 21, 2008

Posted by nikmj in General, mstar, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

SERI KEMBANGAN: Penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi akan melangsungkan majlis pernikahan dengan Nora’Ashikin Rahmat yang mesra disapa Ekin, pada 20 Disember depan di negeri kelahirannya, Johor Bahru.

Mawi yang mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan tentang perkahwinannya dengan bekas pelakon drama bersiri Kawan itu di Palace of Golden Horses sebentar tadi akhirnya menamatkan segala spekulasi tentang tarikh sebenar majlis bersejarah mereka itu yang mula menjadi topik hangat sejak pasangan tersebut mendedahkan kisah cinta mereka pada Mac lalu.

Pernikahan yang akan berlangsung di salah sebuah masjid di Johor Bharu itu akan diikuti pula dengan majlis persandingan oleh pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malam hari yang sama, manakala majlis resepsi di pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai.

Dalam pengumuman tersebut, Mawi turut mengumumkan tentang majlis resepsi istimewa mereka di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan bertarikh 11 Januari 2009.

Selain itu, Mawi memberitahu perasaan terujanya untuk menghadiri kursus kahwin bersama Ekin pada 4 November ini bertempat di Masjid Putrajaya, Putrajaya.

Seperti mana perkahwinan gilang-gemilang Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa yang disiarkan secara langsung di TV3 dua tahun lalu, kali ini majlis hebat Mawi dan Ekin juga akan turut disaksikan oleh jutaan penonton menerusi saluran Astro yang sah mendapat hak eksklusif untuk menyiarkan majlis perkahwinan pasangan selebriti ini.

Sehubungan dengan itu, Mawi juga bakal mengadakan konsert istimewa bersama rakan-rakan AF yang lain secara percuma untuk peminatnya pada 27 Disember depan di Padang Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Pengumuman istimewa ini disiarkan secara eksklusif di Astro Awani mulai pukul 2.30 petang tadi hingga 4 petang ini.

 

Comments»

1. peminat setia - October 21, 2008

ala mawi ni perasaan macam glamor je. macam artis bagus je. perasan. nak umum kawin mcm siti. tapi buat kat mbjb. malu seh. dah lah mawi dunia ko dah abis . ko dah mcm pisang dah basi

2. (*-*,) - October 22, 2008

eleh bi0r lar die nk buat pe.. k0 yg lbih2 ap ke hal.. haha9x.. tau lar k0 x dpat kahwin mcm die.. haha9x…

3. jemput-jemput - October 23, 2008

weks!mawi koya lebih ar!kawin pon nk kecoh2 ke!mcm a ko tu hebat sgt!huah5x

4. yg mengintai - October 23, 2008

oi mawi curang ngan ina dulu…jahattt!!!

5. secret - November 27, 2008

ampa kta kt org leh padahal ampa smua nie sama ja pun manusia kta jagn dk jeoules la buang masa da ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

6. qwerty - November 28, 2008

nak kawin tu x yah la smpai x ingat dunia…kita tengok si ekin tu nak x susah senang sama2 ngan mawi….agaknya kalu si mawi tu artis realiti yang suam2 kuku…x mahunya si ekin hipokritt tuuu…dah la muka plastik…mekap tebal cam tepung GOMAKkk..x sesuaiii

7. hamizahjunaini - December 15, 2008

saye ske sgt2 mawi kwin dgn ekin…cun sgt2..ina 2 glemer kerana mawi..klu die tak krn tunang mawi dulu die tak glemer tau..ina tak tau MALU ker??ish2….i luv u mawi n ekin…

8. hawazhar - December 20, 2008

mintak maaf sangt2 pada hamizah junaini.kita ni manusia biasa….tak ada hak untuk meletak kan satu tohmahan pada seseorg….kita pn ada kekurangn.ini bukan bermakna saya peminat ina..sye biasa jer dgn semua penyanyi at pelakon….tp cukup la sekadar kita menilai sapa diri kita sebelum kita menilai seseorang itu ok….maaf sangt2..assalamualaikum…

9. yoooo - December 21, 2008

geli jek aku mmg x suke benor ngan meka be2 bosan ne2 kuar ctr meke

10. yoooo - December 21, 2008

geli jek suke kat dorg x dpt hasil pe2 pon…. cun ke bende muke tebal ngan mekap jer si ekin 222222

11. yoooo - December 21, 2008

MAWI lupe diri


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: