jump to navigation

Ramalan nasib menerusi Tarikh Lahir May 21, 2010

Posted by nikmj in General, islam, news.
Tags: ,
trackback

1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.

2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.

Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kitaa boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.

3. Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu.

4. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

5. Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah. Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).

Jika ada ilmu untuk mengetahui masa depan, tentulah Nabi s.a.w lebih utama untuk mengetahuinya kerana perjuangan baginda lebih penting dari segalanya. Malangnya, tidak sedemikian!

6. Perbuatan menilik nasib samada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih:

“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).

Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).

Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) “Tuhanlah yang mengetahui segala yang ghaib, maka tidak zahir perkara ghaib itu kepada sesiapapun, -melainkan kepada mana-mana rasul yang diredhaiNya” (Surah al-Jinn: 26-27).

7. Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).

Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut. Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.

8. Jikalau nasib itu boleh diramal dan tuah dan bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.

9. Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar tentang perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan! Antaranya doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Demikian indahnya doa ini, apabila seorang hamba dengan penuh merendah, menyerahkan harapan dan urusannya kepada Allah agar membaiki segala tindakan dan urusan hidupnya. Apakah mungkin seorang mukmin yang melafazkan doa sebegini dengan penuh makna dan faham, lalu menyerahkan kepercayaan masa depan ke tangan tukang ramal dan tukang tilik?!

10. Dalam membuat pemilihan yang tidak pasti, Islam mengajar pula penganutnya untuk beristikharah sebelum memilih atau memutuskan sesuatu urusan. Walaupun wahyu sudah terputus dan ramalan nasib pula dilarang namun hubungan spiritual antara insan dengan Tuhan yang menguasai segala urusan terus terbuka untuk insan lakukan. Insan disuruh beristikharah memohon pemilihan Allah terhadap urusan yang meragukan yang bakal dilakukannya. Hayatilah doa istikharah yang indah yang diajar oleh Nabi s.a.w. betapa ia mendamaikan perasaan dan member harapan dengan penuh iman. Demikian gantian yang Islam berikan yang lebih bermakna dari amalan-amalan yang khurafat. (drmaza)

Comments»

1. nuryanto - July 2, 2010

macamane menurut ramalan tarih lahir saya

2. zulkiflie zainol abidin - July 16, 2010

saya lahir pada 08 05 1958,tolong tengok ramalan tarikh lahir saya

3. erni hernawati - August 5, 2010

saya lahir pada 27 11 1981,bisa tolong ramalkan tarikh lahir saya. terima kasih

4. Herman - September 9, 2010

Sudah diberitahu dalam blog ini yang mempercayai nasib tarikh lahir adalah sama sekali..
Anda Bertanyakan soalan lagi..
LOL…

5. Herman - September 9, 2010

SALAH SAMA SEKALI…

6. syed - September 11, 2010

sy lahir pada 6 9 1995….tlng rmlkn pd ms depan sy…harap dpt respon yg baik……

7. nur fatehah - September 19, 2010

sy lahir pada 18.09.1995….tlg ramalkan pekerjaan apa yg sesuai ngn sya….give the respon

8. roslina ramle - November 13, 2010

sy lahir pd 28.04.1984..tlg ramalkan masa depan saya

9. nur alfisyah binti mahmud - November 19, 2010

sy nak tahu tentang diri sy melalui tarikh lahir saya 24.10.1991..kelebiahn dan keburukan ini akan memotiwasikan diri saya

10. i gusti ayu eka purnamasari - November 26, 2010

Saya lahir pada tanggal 02 maret 1982 pekerjaan apa yg bisa membuat saya berhasil dan unt masadepan

11. mohd rafta bin abd rahman - November 27, 2010

sya lahir 2 hb 6 1962.tolong yea ..apa angka nya..

12. ayu - November 30, 2010

saya lahir pada 17 apr 1990..angka die apa aek…n pe nasib saya aek?????

13. V.I.P - December 14, 2010

suda d cakap meramal 2 merosakkan akal,,,,kamu niee lolz

14. eddayu bin ahmad - February 3, 2011

eddayu bin ahmad lahir 30.09.1973
ape ramalan nya?

nikmj - February 7, 2011

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

selamt mencuba

15. mohd adam bin abdul mutalib - March 18, 2011

saya lahir pada tarikh 18 jun 1995..

nikmj - March 18, 2011

sila rujuk pada Fadzillah Kamsah kat facebook

http://apps.facebook.com/tarikhlahiranda/?ref=bookmarks&count=0

16. fatin izzma binti mohd haniff sathia - March 20, 2011

20.01.1997 hari lhr sye

17. deka anadi - March 27, 2011

sya lahir tanggal 20-06-1984, tlong ramalkan pekerjaan yang cocok buat saya, trim’s

18. mimi chan - April 27, 2011

saya dilahirkan pada 01 sept 1973.Tolong ramalkan tentang peribadi saya dan karier masa depan yang sesuai buat saya

19. MOHD KHAIRIL BIN AZAM - May 15, 2011

SAYA DILAHIRKAN PADA 30 APRIL 1985 TOLONG RAMALKAN TENTANG JODOH SAYA DAN MASA DEPAN SAYA

20. nadivatul aziza - May 15, 2011

aku mau tanya bagaimana tentangmu dengan ramalan

21. gpmg - November 7, 2011

30 APRIL 1985
1= Kemas
2= Glamour

22. gpmg - November 7, 2011

18 jun 1995
4= Rajin
9= Glamour

23. gpmg - November 7, 2011

20.01.1997
2. Lembut
4. Rajin

24. gpmg - November 7, 2011

01 sept 1973
1= Pemimpin
4= Rajin

25. yan - January 29, 2012

saya dilahirkan pada 08/06/1973,tlg ramalkan utk saya.t.kasih

26. sazzy - February 2, 2012

sallam…saya lahir 3 march 1983..mcm mne erk

27. nikmj - May 17, 2012

Untuk mengetahui potensi diri anda sila rujuk blog Dr Azizan Osman http://richdude.ads4blog.net/rahsia-tarikh-lahir/

28. mengukir waktu - March 30, 2013

http://www.facebook.com/, baik lah saya ramalkan, kalau anda lahir pada 20-01-1997, erti kelahiran kamu kunun adalah, ‘kamu seorang yg degil sbb sda d beritahu “Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali” jadi jgn lah percaya, hehehe jgn mara lah k 😉 gurau aja……..

29. nisya najwa - May 30, 2013

5 oktober cam mane yee nasib sye

30. syafiza idrus - April 9, 2014

tolong ramalkan tarikh lahir say. 25 April 1985

31. Saripah@LipohUmpin - January 27, 2018

Tarikh lahir saya 15 Feburay 1963

32. layuyu - October 19, 2019

saya sering di tempa masalah bagai mana untuk saya atasi itu semua walau pun saya berbuat baik tetapi satu perkara si luar dugaan sering menimpa pada saya

33. nikmj - January 8, 2021

Pastikan solat awal waktu dan baca Al-Quran setiap kali lps solat fardhu.Kerapkanlah join majlis ilmu. Jadikan amalan bersedekah sebagai rutin harian. Insyaallah hati tenang dari segala masalah.


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon