jump to navigation

Menanti debaran 20 Disember Mawi dan Ekin October 23, 2008

Posted by nikmj in Entertainment, Mawi, National, news.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Mawi tunai janji umum tarikh perkahwinan dengan Ekin pada sidang akhbar 

TERBONGKAR sudah rahsia yang dulunya digenggam kemas. Segala-galanya yang selama ini menjadi teka-teki dan tanda tanya terlerai satu demi satu. Kelmarin, di atas pentas Theatrette, Palace Of The Golden Horses, pasangan kekasih Mawi dan Ekin membawa perkhabaran indah yang mungkin dinanti-nantikan peminat mereka. 
Mawi dan Ekin
Mengulangi kembali sejarah dua tahun dulu yang pernah dilakukan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Mawi mengikuti jejak pasangan itu dengan mengadakan sebuah sidang media khas untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Ibarat pepatah lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, Mawi nyata menunaikan janjinya sebelum ini yang mahukan semua media berkumpul bersama-sama dan mendengar sendiri tarikh perkahwinan mereka yang sahih menerusi mulutnya sendiri. 

Hasil perbincangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak, Mawi dan Ekin sepakat memilih tarikh 20 Disember sebagai hari pernikahan. 

“Tarikh 20 Disember itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna apa-apa cuma kebetulan tarikh itu jatuh pada cuti sekolah. Senang saudara mara nak datang. Selepas majlis akad nikah, sebelah malamnya pula iaitu di Stadium Tertutup JB akan berlangsung majlis kenduri sebelah pihak perempuan.

 

MAWI dan Ekin menunjukkan contoh kad undangan majlis perkahwinan kepada media.

“Ada dua lagi majlis resepsi yang akan berlangsung selepas itu iaitu untuk pihak saya, majlisnya akan berlangsung di Dewan Felda Taib Andak dan pada tahun depan, akan ada satu lagi majlis resepsi istimewa yang akan diadakan di Palace Of The Golden Horses. Nampaknya dua tahun berturut-turut majlis perkahwinan saya berlangsung,”ujar Mawi berseloroh. 

Walaupun jumlah dulang hantaran sudah ditetapkan iaitu 11 dulang berbalas sembilan dari pihak lelaki, Mawi berkata bagaimanapun, jumlah wang hantaran masih belum dapat diputuskan. 

“Saya ada juga bertanyakan hal ini kepada keluarga Ekin tetapi mereka menyerahkan bulat-bulat kepada saya. Jadi perkara ini sehingga kini masih belum dapat diputuskan. Nanti, apabila kata sepakat sudah dicapai, kami akan maklumkan kepada anda semua,” janji penyanyi Langit Biru ini. 

Seperti pasangan selebriti lain yang bakal mendirikan rumah tangga, Mawi dan Ekin juga teringin menzahirkan majlis bersejarah mereka itu dengan pelbagai konsep menarik.

“Untuk rumah Ekin nanti, konsep yang dipilih adalah moden kontemporari. Sementara di rumah saya pula akan menonjolkan konsep Jawa. Dan di Palace Of The Golden Horses Januari depan, kami sepakat memilih tema Arab. Nampak menarik serta lain daripada yang lain,” dedah Mawi sambil dipersetujui Ekin di sebelahnya. 

Empat majlis yang dirancang ditambah dengan sebuah konsert khas serta membabitkan hotel mewah dan stadium sebagai lokasi sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya majlis perkahwinan pasangan ini nanti. Apakah ini sememangnya sudah dirancang Mawi lebih awal untuk menunjukkan bahawa perkahwinan mereka ini memang layak untuk digelar ‘wedding of the year’. 

“Bukan itu niat kami apabila mengadakan majlis resepsi yang berbeza-beza. Kalau hendak diikutkan, saya lebih suka buat majlis yang ringkas dan laksanakan apa yang wajib. Tapi itulah, kedudukan saya membuatkan saya tidak mampu untuk berbuat demikian. 

“Memang sukar apabila berdepan dengan situasi begini. Kalau buat majlis ringkas, ada tuduh saya kedekut. Buat majlis besar-besaran, orang kata hendak menunjuk-nunjuk pula. Serba tak kena jadinya. Tapi, saya perlu mengikut arus dan majlis ini dibuat untuk meraikan semua pihak seperti keluarga, media, rakan-rakan dan peminat,” ujar Mawi. 

Bukan semua ditaja 

ADAT orang popular, pastinya hari bersejarah Mawi itu nanti bakal mendapat penajaan daripada pelbagai pihak. Bukan saja dari segi busana pengantin, malah merangkumi pelbagai aspek seperti katering, pelamin, mekap dan sebagainya. 

Namun, saat diajukan pertanyaan ini, Mawi berkata, tidak semua majlis perkahwinan mereka ditaja sepenuhnya. 

“Ada juga yang kami keluarkan duit sendiri,” tegas Mawi yang mengenakan sepasang sut berkolar Nehru rona krim hasil ciptaan pereka fesyen kegemarannya, Bon Zainal. Ekin petang itu begitu anggun dengan blaus hijau dan berseluar rekaan Michael Shu. 

Sidang media yang dipancarkan secara langsung menerusi Astro Awani itu juga menyaksikan Mawi melenyapkan segala spekulasi yang mendakwa dirinya menerima bayaran hasil daripada menjual hak eksklusif perkahwinannya kepada Astro dengan nilai RM5 juta. Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Mawi berkata, kolaborasinya dengan stesen televisyen berbayar itu bukan bersandarkan wang ringgit. 

“Mana mungkin saya meminta bayaran sebanyak itu. Itu semua tidak benar dan hanya spekulasi. Persetujuan saya untuk memberikan hak eksklusif itu hanyalah kerana ingin membalas budi stesen berkenaan yang selama ini banyak membantu meningkatkan lagi kerjaya seni saya,” jelas pemuda berusia 27 tahun ini. 

Kenyataan ini turut dipersetujui Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah. 

Katanya, tujuan mereka menjadi penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan Mawi adalah sebagai tanda sokongan terhadap bekas juara Akademi Fantasia 3 itu. 

“Hasrat kami adalah untuk memberikan yang terbaik buat peminat Mawi dan pelanggan kami. Kebetulan Mawi sendiri adalah produk daripada Astro. Lagipun, keempat saluran kami iaitu Ria, Prima, Awani dan Oasis bakal menerbitkan program khas sempena perkahwinan ini dan jumlahnya juga memang cukup besar,” katanya sekali gus menoktahkan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini. 

‘Ekin sempoi, buat ibu ketawa’ 

DIPISAHKAN jarak lebih berjuta batu bukanlah halangan buat pemilik nama penuh Asmawi Ani untuk meluahkan hasrat hati untuk menjadikan Ekin permaisuri hidupnya. Cukup mengejutkan buat si gadis apabila sang arjunanya itu melamarnya menerusi telefon di saat dia sedang berada di bumi Syria bagi menjalani penggambaran program kembara, Mawi di Bumi Anbia. 

“Masa tu kami sedang berbual, tiba-tiba Mawi mengajak saya berkahwin pada Disember ini. Masa itu memang terkejut sebab tak sangka dia boleh melahirkan hasratnya secara spontan sebegitu,” cerita Ekin sambil tergelak kecil. 

Sambung Mawi pula, ucapan itu lahir daripada hatinya yang tulus ikhlas apatah lagi apabila mendapati Ekin adalah gadis yang dicari-carinya selama ini. 

“Selesai menjalani penggambaran, saya pun telefon dia untuk melepaskan rindu dan dalam rancak berbual tiba-tiba saya kata kepadanya, jom kita kahwin Disember depan. Tak adalah formal sangat. Semuanya berlaku secara spontan. 

“Apabila pulang saja dari Syria, saya pun menyatakan hasrat itu kepada kakak saya dan pada bulan Jun lepas kami sekeluarga berkunjung ke rumah Ekin untuk merisik. Pada saya, Ekinlah gadis yang sesuai untuk dijadikan isteri kerana selain perwatakannya yang sempoi, dia juga mampu membuat ibu saya tersenyum dan ketawa. Itulah ciri utama yang membulatkan hasrat saya melamar dia menjadi suri hidup,” ujarnya sambil melemparkan pandangan kepada gadis yang dikenalinya lebih setahun yang lalu. 

Mengakui amat berdebar menanti kehadiran tarikh keramat itu, Mawi berkata, tiada apa yang diharapkan selain impiannya untuk mendirikan mahligai bahagia bersama Ekin berjalan dengan lancar serta kekal bahagia buat selamanya. 

Info perkahwinan Mawi dan Ekin 

  • Selasa, 4 November 2008 – menjalani kursus kahwin di Putrajaya 
  • Sabtu, 20 Disember 2008 – upacara akad nikah di Johor Bahru 
  • Sabtu, 20 Disember 2008 – majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup JB 
  • Sabtu, 27 Disember 2008 – malam konsert Mawi di Padang Felda Taib Andak, Kulai 
  • Ahad, 28 Disember 2008 – majlis resepsi keluarga Mawi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai 
  • Ahad, 11 Januari 2009 – majlis resepsi istimewa di Palace Of The Golden Horses Program istimewa Astro sempena majlis perkahwinan Mawi & Ekin 
  • Rabu, 17 Disember 2008, jam 9.30 malam di saluran Oasis – Al Aris Wal Arus Mawi & Ekin (kursus kahwin Mawi & Ekin bahagian 1) 
  • Khamis, 18 Disember 2008, jam 9.30 malam di saluran Oasis -Al Aris Wal Arus Mawi & Ekin ( kursus kahwin Mawi & Ekin bahagian 2) 
  • Jumaat, 19 Disember 2008, jam 9.30 malam di saluran Oasis – Al Aris Wal Arus Mawi & Ekin (kursus kahwin Mawi & Ekin bahagian 3) 
  • Sabtu, 20 Disember, jam 11 pagi di saluran Oasis – Ijab Kabul Mawi & Ekin – Siaran langsung dari sebuah masjid di Johor Bharu. 
  •  Ahad, 28 Disember jam 11 pagi hingga 6 petang di saluran Astro Prima – Majlis resepsi keluarga Mawi dan dokumentari kisah cinta Mawi & Ekin 
  •  Ahad, 11 Januari 2009 jam 6 petang di saluran Astro Ria – Dokumentari persiapan persandingan Mawi & Ekin 
  •  Ahad, 11 Januari 2009 jam 7.30 malam di saluran Astro Ria – Majlis resepsi istimewa Mawi & Ekin – siaran langsung dari Palace Of The Golden Horses. 
  • Comments»

    1. rosiah bte timbang - October 27, 2008

    selamat pengantin baru semoga mawi & ekin di panjangkan jodoh dan mendapat zuriat yang comel amin…

    2. M.khairuddin.Amran - November 26, 2008

    selamat pengantin baru wat mawi dan ekin.

    3. amer - November 28, 2008

    selamat pengantin baru buat mawi dan ekin…jagan peduli apa org nak kata……sesungguh ynag berkata iut cemburu kat korang dua…

    4. meamalina - December 7, 2008

    hope relationship till d last breath!

    5. nurul hayati bt arshad - December 14, 2008

    asslamulaikum,saya peminat abang mawi yang setia.nama saya nurul hayati binti arshad,umur 26tahun.saya ingin ucap selamat pengantin baru buat abang mawi dan kak ekin hingga ke anak cucu.


    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: