jump to navigation

Bagaimana berkahwinya Manohara dan Tengku Temenggung July 3, 2009

Posted by nikmj in General.
Tags: , , , ,
trackback

Perkahwinan Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan berlangsung tanpa persediaan teratur pihaknya kerana beliau “diajar supaya selalu berkata ya” kepada Sultan Kelantan.

“Sebelum berjumpa dengan keluarga diraja, saya diajar cara berjalan dan bercakap dengan mereka. Mereka beritahu, saya tidak boleh berkata ‘tidak’ kepada keluarga diraja kerana ia dianggap sebagai menghina.

“Saya diajar selalu berkata, ‘ya Tuanku (Sultan)’ dan ‘ya, Raja (Perempuan)’,” kata ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

“Jadi, selepas berjumpa dengan Raja (Perempuan), saya tinggalkan bilik dan bertemu adindanya, Tengku Anisah, Datuk Wan Hassan dan Tengku (Muhammad Fakhry Petra). 

“Saya beritahu mereka, Raja mahu Manohara berkahwin dengan Tengku. 

“Saya kata kepada mereka, dengan segala hormatnya, saya ibunya, bagi pihak keluarga Manohara, saya jemput keluarga Tengku datang ke Jakarta untuk membicarakan masalah perkahwinan.”

manohara odelia pinot malaysiakini interview 290609 06Daisy, 44, menceritakan dilemanya menguruskan perkahwinan Manohara, yang menurutnya, tidak mendapat kebenaran pejabat urusan agama Indonesia dan tanpa persetujuan ayah kandung di Amerika Syarikat.

Ditemui di Jakarta baru-baru ini, Daisy mengakui tidak dapat menolak permohonan istana kerana segala persediaan perkahwinan pada 26 Ogos tahun lalu telah dijalankan. 

Mereka juga tidak dibenarkan pulang dari Kelantan sehingga selesai walimatul urus itu, tambahnya.

Wanita kelahiran Sulawesi Selatan itu ditemui di sebuah hotel di Jakarta sewaktu menunggu Manohara menjalani penggambaran bagi drama bersiri pertamanya – diadaptasi daripada perjalanan hidupnya – yang sedang dalam pembikinan. 

Menceritakan versinya mengenai konflik anaknya yang mendakwa didera putera Sultan Kelantan itu, Daisy mendakwa keluarganya tidak diberikan wang hantaran seperti kelazimannya.

“Tetapi menjelang perkahwinan, mereka berikan Manohara mas kahwin bernilai RM15,000 dan barang kemas,” katanya, dan mengakui Manohara masih menyimpannya.

Beliau sebelum ini mendakwa anaknya didera Tengku Muhammad Fakhry secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.

Dengan pertolongan kedutaan-kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara melarikan diri ke Jakarta dari Singapura sewaktu menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering di republik itu. [mkini]

Comments»

1. hotman paris - July 7, 2009

yeke?tahu tak seminggu selepas manohara kahwin TT si ibu daisy ambil semua emas & kalung perhiasan manohara semasa kahwin dibawa pulang ke Indonesia…itukah namanya diajar “ya”???

2. monaharu - July 11, 2009

ibu si mano ni bela anak untuk kepantingan diri aje. bodo apa kalau dia takde rencana tamak haloba… bagaimana raja kelantan kenal dan tetiba saja nak kawen si mano??? melambak org kelantan yg lagi lawa dan baik kat kelantan tapi raja tak kenal. bagaimana raja kenal dia kalau dia tak gatal dtg dgn tujuan. bohongla dia tak rasa pape bila anaknya yg diajar seksi meggoda tu disukai putera (memang dasar lelaki kan suka yang seksi, muda begitu). bila dah kawen barula tau hidup protokol jadi org istana. tu la sebabnya si mano tertekan. JAHAT la si DAISY ni. MATA DUITAN!!! SERAKAH

3. papapa...lah.. - July 14, 2009

wow hebat r cite c manohara ni..sungguh terharu sampai terkeluar seluruh air kat bdn ni..
ermm..wat ever r manohara..
life is we sharing everthing together..
be matured k..n appriciate ur husband ok..

4. burung merpati - July 20, 2009

ibu manohara yang beria-ria memperkenalkan anak gadisnya yang berumur 16tahun tu…. ibunya tahu TT anak sultan…. mula-mula jadi pengiring sosial? kesian betul…. orang umur 16tahun berlumba-lumba mencari ilmu…. ke universiti…. ke kolej… ni masa muda jadi peneman sosial? nampak sgt si ibu mengejar harta orang berpangkat… eh dayus tul!!!!

TT terperangkap…. tapi gua salute sama TT yang baik dan mengahwini manohara…. maknanya TT tak main-main… nikah terus sama manohara yang tak kenang layanan yang diterima…….

so…….kita yang menilai… nilai dengan baik ….. jangan mempercayai cerita-cerita dogeng yang tak masuk akal…. terutama sekali cakap manohara diperkosa? eeeeeh……


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon