jump to navigation

Gambar bogel Eli, MB jumpa Sultan hari ini – Malaysiakini February 25, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tags: , , ,
trackback

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini sedang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung isu peletakkan jawatan Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel ADUN tersebut.

 Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa`eza Abdul Aziz, Khalid mula menghadap Sultan bermula pukul 9 pagi tadi di Istana.

 “Sidang media berhubung isu menghadap itu akan diadakan selepas mesyuarat Exco, pada pukul 5 petang ini,” katanya kepada b>mStar Online hari ini.

 Minggu lalu, Wong daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan peletakan jawatannya sebagai ADUN dan Exco berikutan tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

 Khalid yang juga ADUN Ijok berkata, sementara keputusan dibuat, Wong akan bercuti seperti yang dicadangkan beliau minggu lalu dan tugasnya akan dipertanggungjawab kepada semua ahli Exco negeri.

 Katanya, cuti tersebut tidak melebihi tempoh sebulan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

 Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung isu ini hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan Sultan

Inilah photo gambar bogel Elizabeth Wong yang menjadi carian seluruh dunia sebagaimana dipaparkan dilaman proBN abg Mie :

Comments»

1. nikmj - February 25, 2009

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Lanjan dan Exco, Elizabeth Wong yang gambar separuh bogelnya disebarkan sejak dua minggu lalu.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda pagi ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Wong yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Wong masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

“Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.

“Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik,” kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar kepada Bernama.

Baginda percaya bahawa apa jua keputusan bakal diambil Khalid, yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung isu Wong akan dibuat dengan tepat, adil dan mengambil kira kepentingan rakyat negeri Selangor.

mStar Online difahamkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bahawa kemungkinan pilihan raya kecil akan diadakan di kerusi tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini Wong belum mengemukakan surat letak jawatan kepada Menteri Besar, hanya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Biro Politik PKR dijadual mengadakan mesyuaratnya malam ini, antara lain membincangkan isu tersebut.

Khalid telah meluangkan masa lebih sejam menghadap Sultan Selangor berhubung isu Wong.

Pertemuan ini berlangsung sembilan hari selepas Wong menawarkan pendiriannya untuk berundur sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Terdahulu Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa`eza Abdul Aziz berkata, Menteri Besar menghadap Sultan Selangor mulai pukul 9 pagi tadi di Istana Alam Shah.

“Menteri Besar dijangka menerangkan kepada Exco berhubung hasil pertemuan dengan Sultan dalam mesyuarat Exco yang akan bermula pada pukul 2 petang ini.

“Manakala sidang media berhubung isu menghadap itu akan diadakan selepas mesyuarat Exco, pada pukul 5 petang ini,” katanya kepada mStar Online.

Pertemuan tersebut berakhir pada pukul 10:30 pagi tadi.

Minggu lalu, Wong yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR menawarkan peletakan jawatannya sebagai ADUN dan Exco berikutan tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Pada hari Wong mengumumkan pendiriannya, Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor memberitahu, sementara Wong diminta bercuti beliau akan mendapatkan panduan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Kata Khalid, cuti tersebut tidak melebihi tempoh sebulan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung isu ini hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan Sultan.

Wong kini berada di luar negara.

2. jiwangblues. - February 27, 2009

nak dok dalam rumah pun rasa dah tak selamat, cam ne ngan menifesto bn mac 2008.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: