jump to navigation

Isu disebalik gambar bogel Elizabeth Wong – Malaysiakini February 18, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , , , , ,
trackback


Dalam tempoh 12 jam selepas mengumumkan hasrat mahu meletakkan kedua-dua jawatan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong nampak gaya berhadapan dengan dilema – harus kekal ataupun sebaliknya.

Ada yang bersimpati. Ada yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin bertanggungjawab kerana sedia memikul “liabiliti moral”. Ada yang menganggap ia keputusan terburu-buru. Ada yang menyifatkan sebagai gimik ataupun mencari populariti.

Dalam tempoh dua minggu, WOng merupakan pemimpin kedua Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbuat demikian. Awal minggu lalu, ADUN Bukit Selambau di Kedah, V. Arumugam juga meletakkan jawatan ekoran skandal moral.

Wong merupakan pemimpin keempat berhadapan dengan isu “skandal” selepas ADUN Changkat Jering dan Behrang yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas selepas keluar PKR bulan lalu.

Malah ada yang menganggap perkembangan semasa sebagai strategi PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi persekitaran politik semasa.

Segelintir penyokong Wong menganggap PKR tidak memberikan sokongan padu kepadanya dan membiarkan tekanan ke atas beliau berterusan.

Sehingga awal pagi ini blog Wong menerima lebih 400 komen dengan hampir kesemuanya menyatakan sokongan kepada beliau sambil menggesanya tidak meletakkan jawatan. Mereka mahu PKR menolak hasrat beliau.

Ada blog yang mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan terbaru ini untuk menepis “serangan bertubi-tubi” BN dan Umno, yang turut membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat di Perak.

Sehingga malam tadi, polis telah merakamkan kenyataan daripada lima orang – empat wartawan dan Wong sendiri.

SIDANG MEDIA WONG

Pukul 11.40 pagi semalam, Wong yang muncul di sidang media dengan “wajah ceria” menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar separuh bogelnya tersiar dalam Internet.

Dalam kenyataan kelmarin, Wong menyatakan sebagai foto atau video yang menunjukkan beliau berkeadaan separuh bogel.

WOng menjelaksan bahawa beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid pula berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung tawaran Wong untuk meletak jawatan.

Katanya beliau telah meminta Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran.

Wong, yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri berkata, terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.

Wong yang masih bujang menegaskan, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.

“Saya tak merasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin,” kata beliau sambil menambah, tawarannya untuk meletak jawatan adalah untuk kebaikan parti.

“Walaupun kempen memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

SIMPATI AHLI PARLIMEN

Dalam pada itu, beberapa anggota Parlimen pula dan menghormati hasrat Wong untuk meletak jawatan.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyifatkan keputusan itu merupakan satu tanggungjawab beliau untuk menyelamatkan parti manakala Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) berkata tindakan Wong harus diterima kerana beliau sudah memikirkan soal kepentingan rakyat setempat serta negeri Selangor khususnya.

“Saya bersimpati dengan apa yang menimpa beliau. Pada saya bukan itu yang dia mahu, namun ada pihak telah mengambil kesempatan di atas kelemahan beliau,” katanya.

Mohd Yusmadi Mohd Yusof (PKR-Balik Pulau) menyifatkan keputusan Wong sebagai sesuatu yang rasional.

Dr. Lo’lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) pula menyalahkan media berhubung penyebaran gambar bogel Wong.

“Media yang memperbesar-besarkan isu ini dan mendedahkan gambar-gambar sedemikian. Cukuplah, kita ada banyak agenda hendak dilakukan… nak menangani krisis ekonomi lagi, masalah rakyat… sepatutnya krisis sebegini tidak ditimbulkan, ” katanya.

NAIB PRESIDEN MCA HAIRAN

Pun begitu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempersoalkan tindakan Wong yang menawarkan diri untuk meletak jawatan dan mengosongkan kerusi Bukit Lanjan.

Kata Liow, beliau hairan dengan tindakan wakil rakyat PKR itu untuk melepaskan kedua-dua jawatan yang disandangnya sedangkan Wong telah mengatakan beliau tidak bersalah dan dianiaya.

“Kalau tidak bersalah dan dianiaya, kenapa hendak letak jawatan?. Biarlah polis siasat dahulu,” kata beliau di Alor Setar.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua semalam mendakwa penyebaran gambar bogel wakil rakyat dari PKR itu adalah satu usaha terancang BN mencemar imej pakatan parti pembangkang dan mengalih perhatian rakyat.

Sementara itu Datuk Noh enggan mengulas mengenai kewajaran tindakan Wong meletak jawatan disebabkan isu itu.

“Itu hak dia, cuma kalau berlaku kekosongan dan diadakan pilihan raya kecil, itu barulah tugas kita untuk cuba memastikan kita memenangi kerusi itu. Yang lain-lain tak perlu campur tangan urusan mereka,” katanya.

Inilah photo gambar bogel Elizabeth Wong yang menjadi carian seluruh dunia sebagaimana dipaparkan dilaman proBN abg Mie :

Comments»

1. anwar penipu - February 18, 2009

tak payah lah nak berlakon. rakyat dah muak dengan lakonan orang-orang pakatan rakyat ni.

2. eagle has landed - February 18, 2009

Alahai, takde masalah, Biarkan bukit Lanjan kosong dan buat PRK semula. Apa BN takut ke?
Mari kita ajar UMNO/BN dan kita hentam wak Jawa Botox supaya dia terus tercampak dari dunia politik Selangor.
Kita nak lihat kebdohan wak botox akan terus terserlah dan kita bongkar keburukan si Botox, orang tua berangan nak jadi muda.

3. dev - February 18, 2009

Kalau Anwar penipu, Si Najib itu apa? Kalau satu jari menuduh orang lain tiga jari lagi mengarah ke diri sendiri. Semua dilahirkan bogel lah, oleh itu apa masalahnya?

4. wak botox - February 18, 2009

BN = BABI NEGARA

5. dawg - February 18, 2009

ampa pon bodo…depa dok kat atas dok senang lenang..ampa dok gadoh2 sama sendri..bangang ka x bangang hampa nie?

6. hjsof - February 18, 2009

kita lupa tentang kehidupan yg sebenar,tujuan dan matlamatnya.

7. DIN - February 18, 2009

KPD DEV.JGN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGGA. INGAT LAAA ITU SEMUA DUNIA.NAK BURUK KAN ORG TAPI DIRI SENDIRI !!!!!!!!!! LU PIKIR LA SENDIRI !!!!

8. rod - February 18, 2009

Apa ni semua………… baik kita jangan gaduh, biarkan mereka dengan cara merake……. yang pentin negara kita masih aman…. apa kita dapat? kalau kita semua dok bergaduh, macam mana dengan generasi yang akan datang, fkir-fikirlah sendiri

9. xperlu tau - February 19, 2009

kenapa la rakyat malaysia ni sekarang bodoh! nizar tu dah jatuh tu jatuh la. muka xtau malu ke yang dah kalah,ni nak saman2 plak.ape la,yg org kita ni dok sokong lagi PR! cuba BN yg jd kt tmpt nizar,mesti korang sumpah seranah padan muka kt bn kn.korang xnampak yg PR nk memecah belah org melayu dengan politik kotor. sejak PR naik,xda pape pn yg brubahi ,SAMA JE!!! yg tau nk cari kesalahan kerajaan. sedar la sikit oi!!!!! klu xda BN, xda malaysia senang dan aman cm skrg….klu la PR naik,hncur malaysia! semua tergadai!dengan ekonomi dunia jatuh,pun korang xperlu risau,masih lagi blh makan. sape punye plan? BN JUGAK! klu PR la, silap2 negara kita ni lagi truk dari endon. lagi satu yg buta org kita ni, PR boleh nk saman sultan…..hahaha! klu kt Britain, rakyat nk saman Queen, da kene bunuh da. ni kita masih hidup lagi org tu kan.sedar la ckit, jatuh sultan,jatuh la melayu. jgn nnti negara jd cm singapore. renung2 kn la……….

10. takat darjah 1 - February 19, 2009

bodoh sebab xperlu tahu….mcm dah pandai nak mampus.

11. Al Ikato Buya - February 22, 2009

Ini pemimpin, nak tahu jika dinegeri China ada skandal bagini raayat akan mengamuk kerana kena tipu oleh pemimpinnya..jika itu benar wong yg bogel dia perlu bertanggungjawab kerana dia tidak pandai jaga kemaluannya. Dan pada pengundi2 pula yang diudia dia dulu kenapa? undilah bebas atau BN kalau tidak jangan keluar mengudi…mujurlah didedahkan jika warga Bkt Lanjan akan jatuh bala kerana pemimpinya. Wong u kena mita maaf pada pengundi dan teruskan jadi pemimpin dan pergi ke tokong anda minta taubat cara bukan islam lah…

12. idris - February 23, 2009

andaian demi andaian dibuat.. tapi jika nak letak jawatan confirmla bersalah.. berani kerana benar, takut kerana salah

13. IGUANA hijau - February 23, 2009

PENYOKONG BN,anda smua mmg buta mata…ataupun anda smua boleh dikatakan sebgai mata duitan..fikirlah sendiri…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: