jump to navigation

Kenyataan media Elizabeth Wong 16/2/09 – Malaysiakini February 16, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

 
Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa ada orang-orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor. 

Elizabeth Wong Keat Ping

Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

Comments»

1. beetle - February 16, 2009

What moral issue are we talking here????? A single woman who prefers to sleep naked in here own bedroom is morally wrong??? Tell me which law says that????? The Toyol lawbook!!!!

Go get the scumbag who sold the photos for some quick profit and leave this poor victim alone.

We need our own privacy and intruding into other people’s personal life is definately wrong. Damn it..don’t we even know what’s wrong and what’s right anymore!!!!!!

2. Penang Voter - February 16, 2009

How sick, pathetic can some be??? Sleeping naked in your own bedroom is IMMORAL ??????? I suggest to TOYOL, please piss in your pants now, shit in your pants and F**K with your pants on !!!!!!

Probably the money you spent buying those photos is more worthwhile used for buying Playboy, Penthouse, Hustler, etc……. You have been conned. I know you need it. You horny little TOAD !!!!

Is Elizabeth pictures more damaging OR Najib’s photos with Alantantunya ???? Make your pick !!!

3. nikmj - February 16, 2009

KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERTAHAN
YB ELIZABETH WONG

Saya dimaklumkan, terdapat sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat sedang mengedarkan beberapa keping gambar peribadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri YB Elizabeth Wong. Beliau sudahpun memberikan keterangan tentang perkara tersebut kepada saya dan beliau juga sudah membuat laporan polis. Kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan terhadap isu tersebut secara bebas dan adil.

Saya dapati YB Elizabeth sejak sebelas bulan yang lalu terbukti mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan tekun dan bijaksana. Maka kini saya menaruh keyakinan bahawa beliau masih boleh meneruskan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan cekap dan berkesan.

Sebagai manusia, YB Elizabeth mempunyai hak untuk menjalani kehidupan persendiriannya dan semua pihak harus menghormatinya. Sehubungan itu, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan lainnya dan saya akan memberikan sokongan kepada beliau bagi menghadapi saat yang mencabar.

Saya percaya pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab pasti akan menggunakan isu ini dalam usaha untuk tujuan politik tertentu. Namun, saya berharap agar orang awam tidak terus membuat keputusan sebelum pihak polis mengeluarkan hasil penyiasatan terhadap laporan yang dibuat oleh YB Elizabeth.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

4. sky - February 17, 2009

sleep naked? but wth boyfriend? is she married?is she Mp’s or who? minds ur status dude. but im also looking 4 that culprit wch really sucks!!!

5. chris - February 17, 2009

the almighty shows to public that immoral mp from pr cant serve any longer to public..u should resign eli..chua soi lek did the same..u can make a come bck if the people needs u maa

6. KOK CHIN WAH - February 17, 2009

ADA SALAH LA ELI BUAT TU SAMPAI BF EDARKAN GAMBAR,MP DARI PR KAN BONGKAK DAN SOMBONG..PADAN MUKA KAU ELI..DAH LETAK JAWATAN KAU JD SAMPAH LA KAT PKR

7. bangzahar - February 17, 2009

Aku rasa alok la Eli letak jawatan aja,memang bagi bangsa Eli tak apa, ni nak jawap dengan bangsa lain ni macam mana ni? pasal PKR MACAM MACAM ada,malayu ada india ada cina pun ada macam macam ada,setengah bangsa tu ,isu ni cukup pantang macam mana boleh teman lelaki boleh masuk bilik pasal belom kahwin. kalau org kg ni cukup marah ni ,lain lah yg duduk bandar perkara tu tak apa…Eli kena belajar adat resam semua bangsa dimalaysia ni dulu baru boleh masuk politik.PKR Ingat-ingat rakyat dah bagi kepercayaan memerantah jangan macam-macam, pasal tak ada Parti yang nak lawan BN ni pasal rakyat meyokong PKR ni . kalau ada yang sekuat PKR (PR)Aku lari la.kalau MCA tak apa, tak kesah punya.Kalau Eli nak masuk parti jugak lompat la ke MCA tak kesah punya.’..BN sekarang memang dah kurop dia sapu semua,perompak,perasuah,sex dan macam-macam ada.semoga berjaya MALAYSIA.

8. bangzahar - February 17, 2009

Aku rasa elok la Eli letak jawatan. Bagi bangsa Eli tak apa,ni PKR macam-macam ada bangsa,melayu ada cina ada india ada. macam-macam lagi .setengah bangsa tu cukup pantang pasal sex ni.Adakan teman lelaki boleh masuk bilik tangkap gambar.MB Selangor kata tak apa la. ni nak jawap dgn org kg ni macam mana. Eli ni tak belajar pantang larang bangsa lain ni.Kalau parti MCA(BN) tak apa pasal tu,kalau Eli nak jadi wakil rakyat juga lompat ke MCA.Pasal BN terima semua org perompak ada,perasuah ada ,rasuah sex pelari bini org ada pelari anak raja ada,pembotak bukit ada .pelari balak ada. ada macam-macam ada . Rakyat dah bagi kuasa kat PKR PR Jaga-jaga kepercayaan rakyat .Kalau ada parti macam PKR ni yang boleh lawan BN dah lama aku lari .pasal PKR ni Guru nya BN org buangan BN itu sebab boleh beli.

9. nikmj - February 17, 2009

—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE—
Parliament House, 17th February 2009

The last few days must have been trying and stressful for her and her family. We hope the mass media will give her the breathing space she deserves.

I refer to the statement released by our Elizabeth Wong today wherein she has offered her resignation as State Executive Councillor and Bukit Lanjan Assemblywoman.

I can only use the strongest possible terms to condemn the smear tactics used against her. One can only wonder to what depths the people behind this will stoop to achieve their aims.

Elizabeth Wong has spoken at length to Azizah and me. We have discussed the issues and we understand her reasons and the decision she has taken.

ANWAR IBRAHIM
KeADILan De Facto Leader

10. nanu - February 17, 2009

nanu rasa betul kata abg kita tu, eli kena belajar cara berpolitik baru jadi exco atau yb… sebab kerja org politik bukan sahaja kritik kerajaan tapi bila jadi kerajaan jaga moral tunjuk benda baik pada rakyat…. eli…susah jadi ahli politik nie… kalu ilmu cetek didada, lupakan lah..sebab rakyat jauh lebih bijak dari anda. Kalu mereka dah benci dan tak sudi …bungkus la jawabnya… angkat la segala tikar batal dari suk selangor tu…

11. roydboy - February 17, 2009

itu lah jahat sangat main bogel2 kan dah kena…sabar je la ada ahli politik main bogel2 camnie…rugi vote aku kat engkau lepas nie aku nak vote pas je…eh pas ok ke?

12. Joseph A.F. Sadowski - February 18, 2009

Elizabeth should Never step down as there are no Laws for anyone to sleep in there own home in the nude, the Person who took the Photos should be arrested and placed in Jail as this is against the Law anyone looking into another persons Windows taking pictures is a Peeping Tom and this is Punishable by a term in Jail, in this case causing irreversible damages should be a 20 year sentence, imagine someone else in Public office having this same problem, what would they do? That person is also Liable for damages for this crime! I Personally request that Elizabeth Wong Keat Ping Stand tall and continue her work as to the Moral Values in this issue she has been abused and this is a disgrace for anyone to consider her resignation! Elizabeth Wong Please stand tall you have done nothing wrong!
Respectfully, Joseph A.F. Sadowski

13. Isu disebalik gambar bogel Elizabeth Wong - Malaysiakini « The Blog Of My Life - February 18, 2009

[…] Kenyataan media Elizabeth Wong 16/2/09 – Malaysiakini […]

14. rakyat yang menilai - February 20, 2009

Kalau nak jadi ahli politik biarlah berbeza pendapat,.berbeza perangai berbeza tabiat.berbeza sikap berakhlakmulia, tak tamak haloba ,takrakus. beriman tak busuk hati hidup berperinsip taat pada ugama takut pada azap kubur sentisa ingatkan mati sentiasa menyembunyikan keaiban orang tapi sentiasa memperbaiki /memperbetulkankan /menasihati kesilapan itu .kerana mereka juga manusia bukannya malaikat.dan sentiasa ingat allah melihat apa yang kita buat .semuanya akan dihetong diakhirat kelak.jangan jadi sama aja dendan pehak lawan apa maknanya.2×5=5×2 .kami rakyat tak respek langsong.

15. pemerhati - February 21, 2009

Eli..U dont deserve to be YB or EXco..it better for u tu resign…next time kalau ada boyfren jgn bagi amik gambar bogel

16. rakyat yang menilai - February 23, 2009

mak mertua aku tak pernah sekolah lahir sebelum jepun menjajah .menggundi sejak malaysia mula menjadi negara demokrasi.usia dia dah 85 tahun namun dia masih sehat alhamdullilah.tak nyanyok.berfikiran taklah seperti

mak mertua aku berusia 85 tahun tak pernah sekolah .zaman jepun menjajah dia lari lintang pukang selamatkan diri maklumlah masatu masih anak dara.dia mula mengundi sejak malaysia mula jadi negara demokrasi .kini segala peristiwa tu masih segar dalam inggatannya.sebab dia masih sehat tak nyanyok syukur alhamdullilah kegemarannya menonton tv.terutama berita(blutin tv 3)Tapi setiap kali tv menyiarkan berita2politik dan isu2semasa yang memburukan suatu pehak ada saja comen dia.kau orang nak tau apa dia kata ?.kalau orang tu semua tak pernah betul Tak pernah baik macam dia saja yang betul.padahal mak mertua aku orang kuat umno sejak dulu lagi munkin tak selama2nya.disini kita boleh ambil iktibar bahwa media yang terlampau mengampu juga dapat membantu pehak lawan dapat sokongan sebab semua manusia ada akal dan fikiran pada kesimpulannya orang tua pun tak terlalu fanatik dengan patinya kinikan pula kita yang muda.boleh berfikir waras…..itulah peranan media masa..tahniah kerana memberi liputan isu2semasa dengan lebih meluas.

17. nikmj - February 24, 2009

Today, many newspapers reports that superimposed nude pix of Ew is circulated around the net. Is this one a superimposed too? https://nmjnh.wordpress.com/2009/02/18/isu-disebalik-gambar-bogel-elizabeth-wong-malaysiakini/

Scroll to the end to see


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: