jump to navigation

Debat UMNO (mykmu) dan PAS (albanjari) May 18, 2009

Posted by nikmj in General, islam, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Bahagian 1

Bahagian 2, jawapan untuk saudara mat yang sudi melontarkan komen dan pertanyaan di blog wak. Wak harap bila dah bertanya, sudi pula untuk membacanya sehingga habis. Jangan pula lepas bertanya dan letak komen, kamu lari pulak !

Mat kata: 
Justeru, marilah kita mengimbas kembali perkara-perkara yang menyeleweng yang dilakukan oleh Pas seperti di bawah. 1.. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba  dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

Wak kata;

Surah as-Saba ayat 15 mafhumnya;

‘demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri saba’

satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu : dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan kiri(qaryah mereka), (lalu dikatakan kepada mereka) : makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu adalah)negeri yang baik(aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang maha pengampun(mengampunkan dosa rakyat negara itu),

Wak pasti saudara mat memetik ayat yang hujungnya berbunyi ”baldatun thoyyibatun w robbun ghafuur” jika tidak diambil dari awal ayat, maka bersanggahkah makna ayat dari cerita yang sebenar ? Apakah maksud negeri yang baik diampuni Tuhan jika dilihat dari sejarah kerajaan saba’ ini ? Cerita negeri Saba ini ada dalam surah an-Namlu .

Betapa negara yang melaksanakan islam sebagai dasar pemerintahannya itulah negara yang aman dan baik serta diampunkan Allah, kenapa diampunkan Allah ? Kerana apabila islam dilaksanakan, maka mereka yang hendak melakukan kesalahan, mereka tak jadi nak buat kerana takutkan hukum Allah, jika yang buat kesalahan, nescaya akan dihukum dan hukuman itu adalah bentuk menghapuskan dosa atas kesalahannya, hukum apa ? Hukum islamlah !

Jadi apa sebenarnya yang menyeleweng, dan dimana yang di kata menyeleweng itu ? Bukankah Negara yang baik adalah Negara yang diampunkan dosanya oleh Allah ! MasyaAllah kamu mat. Kamu faham ker apa yang kamu copy pastekan ini ? Jika jahil, belajar..jangan malu minta tunjuk ajar ustaz-ustaz yg ramai di masjid, begitu juga rajinkan diri untuk hadir ke majlis usrah dan ilmu, kerana di sana kita bebas bertanya apa2 yg kita tidak faham.

Wak nak tanya mat pula, Bagaimana pula kempen barangan halal yang dianjurkan oleh Jakim dengan motto “halalan thoyyiban”?, kenapa hanya terfokus kepada barang makan dan minum sahaja, tidak kepada keseluruhan yang digambarkan dari ayat tersebut. Mengapa tidak diambil tafsir ayat itu untuk membebaskan pemerintah dari mengunapakai undang2 negara yg jelas tidak islam di dalam pemerintahan ? Kenapa tak ambil keseluruhan ayat ? Bukankah kita mahukan keredaan Allah ?

Mat Kata: 2. 1963 – Seleweng maksud ayat 28 surah ali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hukum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

Wak Kata:

Isu ini kamu boleh rujuk dalam artikel Tahalluf Siyasi [LINK]. Secara ringkas, UMNO berkawan dengan golongan kafir dan dalam masa yang sama menentang parti yang mendokong islam (baca PAS) dan tidak pernah pun mengajak kawan-kawan kafirnya untuk mengenali islam dengan lebih baik, akibatnya dan kesan jangka panjang kita dapat lihat makin bertambah – tambah harbi mereka.

Ini kerana UMNO sendiri berdiri di atas dasar sekular (rujuk perlembagaan UMNO FASAL 3(3)). Dan merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 4(1). Di mana islamnya diletakkan. Dan kenapa Malaysia berdiri di atas dasar sekular, kerana apa ? kerana dasar parti mereka yang membentuk kerajaan selama 50 tahun itu berterusan mempertahankan ideologi sekular. Wak mahu bertanya kepada mat, kenapa tidak selama 50 tahun memerintah, tidak ada usaha dari UMNO untuk meminda perkara 4(1) perlembagaan persekutuan ? Boleh mat jelaskan..mengapa ?

Wak cabar mat pula, untuk bertanya kepada ulamak2 yang duduk di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, mengapa mereka tidak berani mengeluarkan apa-apa fatwa berhubung kononnya PAS menyeleweng dan menyelewengkan ayat al-Quran ? Wak mohon kat mat, tolong jelaskan di ruang komentar tentang hal ini. Tuduhan itu sangat berat, mat..bukan sekilo 2 beratnya !

Tahun 1999 apabila PAS bergabung bersama DAP, dan ketika itu, wak betulkan salah faham ini untuk diketahui oleh pembaca terutamanya saudara kita…mat, bahawa gabungan itu hanyalah dari segi persefahaman sahaja seperti sekarang, gabungan itu termasuk di dalam keadah Tahaluf Siyasi , dan tindakan yang diambil oleh PAS itu berdasarkan kepada apa yang berlaku pada Rasulullah apabila seorang kafir di zalimi, ada dikalangan kafir yang datang ingin membantu menentang kezaliman itu, hatta berita itu sampai kepada Rasulullah.

Maka Rasulullah bersabda, jika aku berada di situ, maka aku juga akan bersama mereka (kafir) untuk menolak kezaliman itu. Mungkin UMNO tak pernah jumpa perkara ini kot, atau hanya di diamkan sahaja ! sebab itu kamu kata kami seleweng sedangkan kamu sendiri tidak mengkaji dan ambil tahu kaedah politik islam, sebab bagi kamu islam itu suku dan politik itu suku ! Betul tak mat.

Mat Kata; 3. 1978 – Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapi mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 –1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

Wak Kata;

Wak percaya, yang dimaksudkan ayat 44,45 & 47 itu ialah keratan akhir ayat-ayat itu yang bermaksud :

44: “..barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir ”
45: “..barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang yang zalim. ”
47: “..barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang yang fasiq. “

Kamu bertanya ” mengapakah PAS yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..? ”

Mat, oleh kerana kami bergabung dengan kamu (baca tahun yang disebut) dan tidak menghukum kafir, kamu persoalkan ! Bagus sungguh soalan ini mat, wak suka soalan ini sebenarnya, walaupun mat tak tahu apa pun kan..apa yg mat soalkan, copy paste !!

Sebelum wak jawap, soalannya pula benarkah kamu kafir sehingga mempersoalkan kami tidak kafir bila bersama dengan kamu ? Dalam kes kerajaan campuran sehingga tertubuhnya BN, ketika itu ketegangan kaum (yang dicetuskan oleh UMNO & GERAKAN) menyebabkan PAS terpaksa memilih satu kaedah Feqah di bawah tajuk,..tidak ada dharurat dan memudharatkan..

Untuk menstabilkan politik negara ketika itu, PAS besetuju untuk bersama UMNO dan membentuk BN. Malangnya bila UMNO mulai kuat semula, PAS akhirnya ditendang keluar..apa maksudnya itu ! Wak dah jawab dalam soalan dan jawapan diatas, mat dapat cari ker ? kalau tak dapat nak cari, wak minta mat belajar tentang ilmu mantik lagi..! Berkaitan makna tersirat dan tersurat.

Mat Kata; 4. 1980 – Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan rosaklah muka bumi…”

Wak Kata;

Surah Al-Baqarah ayat 251 mafhumnya:

“ oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut mengalahkan Jalut) Dan sesungguhnya (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakinya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia kepada sekalian alam ”

Sebelum jawab sama macam di atas, wak nak tanya mat (sebenarnya itulah jawapannya) :

Al-Quran yang menipu ke atau saudara mat yang tertipu dengan ”copy paste”

 dari sumber UMNO ? Di dalam Tafsiral-Munir dan tafsir-tafsir yang lain, Tafsir ayat 251 ini adalah bermaksud, ” bumi ini, jika manusia yang zalim yang menolak islam tidak ditentang, maka manusia yang hidup di atas muka bumi ini akan terus dizalimi dan islam akan terus ditolak “. Kalau di atas tadi saudara mat kata PAS menyeleweng kerana ambil bahagian tertentu dari ayat al-Quran untuk kepentingan politik PAS, bagaimana pula jika ambil bahagian tertentu dari kalam orang lain semata-mata untuk menimbulkan fitnah terhadap individu itu ? bukankah wujud double standard di sini wahai saudara mat ?

Mat kata: 5. 1981 – Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

Wak Kata:

Sekali lagi kita nak tanya saudara mat, apa pula hukum kalau menentang PAS ? Syahidkah mereka ? (pejuang yang menentang dan yang memperjuangkan dasar sekular UMNO ) lalu mereka menentang PAS yang jelas lagi terang menolak Perlembagaan Penjajah, dan menolak peraturan kafir ? Wak harap mat dapat berbincang dengan ulamak2 mat untuk menjawab soalan wak ini, kerana disana ada jawabnya. Jangan lupa copy pastekan jawapan itu ke sini untuk dibaca pula oleh khalayak blog wak.

Yang ke-2, Benarkah Haji Hadi ada mengatakan Mahkamah Syariah thoghut atau kamu sengaja mengada-adakan..?? atau kamu sekadar sengaja menimbulkan polemik agar kamu dapat melihat orang yang melihat bahawa PAS ini suka memaki hamun sebagaimana teori yang digunapakai oleh propaganda barat terhadap islam ? Wak mohon mat jawab juga persoalan ini !

Mat Kata: 6. 1983 – Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.

Wak kata;

Maka apa maksud asobiyyah di sisi kamu ? apabila Rasulullah bersabda; ”

bukan dari kalangan aku siapa yang berjuang kerana asobiyyah, bukan dari kalangan aku siapa yang mati kerana asobiyyah, bukan dari kalangan aku siapa yang menyeru kepada asobiyyah. Para sohabat bertanya; apa itu asobiyyah wahai rasulullah : “..kamu membantu kaummu atas kezaliman.”

Maka apa pula hukumnya berjuang atas nama bangsa, dan dalam masa yang sama menolak islam ? Apa hukum bersatu atas nama bangsa dan dalam masa yang sama melakukan kezaliman ke atas orang lain sehingga sekolah agama rakyat pun dinafikan hak ? Apa hokum berjuang atas nama bangsa sehingga bahasa ibunda, tulisan jawi dan agama diketepikan ?

Mat kata; 7. 1985 – Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.

Wak kata:

Isu ini cuba diselewengkan oleh UMNO untuk menunjukkan kononnya PAS sendiri seolah-olah tidak tahu samada mereka (korban Memali) syahid atau tidak. Dewan Ulamak PAS Kedah berpendirian bahawa 14 mereka adalah syahid dan memang benar bahawa hukum itu bukan dibuat oleh Dewan ulamak PAS Kedah tetapi harus diketahui bahawa hukum itu adalah diambil dari hukum-hukum fiqh. Itulah maksudnya.

Hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan ulamak PAS tetapi Dewan Ulamak berpendirian bahawa mereka adalah syahid tanpa perlu buat hukum, kerana sudah jelas dari al-Quran dan hadith. Dan sekarang, siapa pula yang berbohong ?

Mat kata: 8. 1993 Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian…

nyata PAS bohong.

Wak Kata;

Betulkah mat ? Takpa..tapi mat kena lihat secara lebih luas, Jika benar telah diseleweng, kenapa Mahathir kata hudud tak boleh dilaksanakan ? kartun cakaplah mat, benda seleweng pun Mahathir dah takut, kalau betul..mau pitam 44 kali kot ? Persoalannya benarkah diselewengkan ? tapi yang betulnya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kan ! Dan jika dilaksanakan juga darurat akan diumumkan di Kelantan (ini mat tahu ker sapa yg cakap? mat tolong cari orang yg cakap mcm tu ) atas alasan buat benda (peraturan@perlembagaan) yang bersanggah dengan perlembagaan sedia ada.

Bukankah itu ada unsur ugut ! Sekarang siapa tipu siapa ? Draf hudud telah dibawa ke Parlimen tetapi belum sempat di usul, speaker dewan awal-awal dah tolak usul, nak tipu orang yang tak baca hansard Parlimen boleh lah mat.

Mat Kata: 9. 1999 – Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi. Maksud Hadis Rasullullah S.A.W: Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-prempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘

Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Wak Kata:

Kenapa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan, pasal kerajaan menuntut terima kasih dari rakyat. Macamana tu ? Itu..yang rakyat kena suruh untuk Undi BN ! Apa kejadahnyer ? Suka rakyat lah..nak undi siapa ? Dalam adab kita seharian memang kita laksana ucapan berterima kasih kepada siapa yang buat baik pada kita. Tapi apa pulak hukum mintak orang ucap terima kasih pada kita atas jasa yang kita buat ? tak bacakah maksud ayat surah al-Insan ayat 9-10 yang mafhumnya:

9:” ..sesungguhnya kami member makan kepada kamu kerana allah semata-mata; kami tidak berkehandakkan sebarang balasan dari kamu dan ucapan terima kasih..”
10:”..sesungguhnya kami sebenarnya takutkan tuhan kami, takut dikenakan azab hari yang padanya muka orang-orang bersalah;masam berkerut-kerut ”

Maka apa hukumnya pulak mintak terima kasih kepada rakyat dengan mengundi BN sedangkan harta negara ini bukan harta BN ? tetapi harta semua rakyat ! UMNO merasa kalau orang tak undi dia maknanya orang itu tak berterima kasihlah dengan kerajaan(UMNO), apa kamu ingat harta kerajaan ini datang dari kocek mak bapak UMNO kah..??? bukankah itu tandanya tak sedar diri !

Hadith di atas, sila rujuk kitab fathul bari an-nawawi berkaitan hadith di atas. Bukankah hadith di atas adalah berkiatan isteri yang taat kepada suaminya. Apakah kafir kepada suami ? maksudnya tidak taat arahan suami selagi mana suami mentaati Allah Ta’

ala., tetapi adakah di dalam matan hadith itu menyuruh si suami mintak terima kasih dari isterinya ? Nampak sangat saudara mat ini hanya copy paste hujah-hujah dangkal UMNO !

Mat Kata:

Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

Wak Kata:

Mahathir kerana kejahilannya menyebut tentang hadith di atas tanpa mengira apakah hukum yang diambil dari matan hadith tersebut. Maknanya pemikiran Mahathir, dan saudara mat sama saja. Tak lebih dan tidak kurang kerana meninggalkan perkiraan hukum dari matan hadith tersebut. Wak rasa mat dah pening ni, mat tahu ker makna ‘matan hadith’ ? Hmm..takpa..mat, tak berdosa kalau tak tahu, kena tahu..dan bila tahu..kamu buat tak tahu..itu memang kau tanggung dan jawab nanti depan Allah.

Wak ulang sekali lagi kenyataan Mahathir kununnya nabi simpan janggut kerana tiada pisau Gillette masa itu (zaman Nabi), tu bukan persenda dan hina Rasulullah kaa ? Lupa lagi ler tu..memang betul kan mat, melayu memang mudah lupa !

Mat kata; 10. 2000 – Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.
Wak Kata:

Apa maksud mat tentang hudud 1/10,000 atau per berapa pun ? Tak faham atau buat-buat tak faham, lalu bagi orang lain pun sama jadi tak faham !

Maksudnya hudud ini 1/1,000,000 pun jelas menunjukkan bahawa islam ini merangkumi seluruh kehidupan manusia dan islam bukan semata-mata hudud. Hudud cuma salah satu benda yang mesti ditegakkan sama lah dengan beribu-ribu perkara yang islam suruh tu ! Juga mesti ditegakkan mengikut kemampuan dan kuasa yang ada.

Tapi memanglah UMNO mat tak faham, pasal UMNO mat, tak tau pun islam ini adalah seluruh kehidupan manusia ! Betul tak mat ? Kalau Haji Hadi menolak hudud, yang dia luluskan Enakmen Hudud Terengganu 2001 tu buat apa ? Setakat manalah paradigm saudara mat ni..owh..paradigma copy paste barangkali ! Tak salah copy paste, tapi sebelum copy paste, kena la buat homework dulu..itu yg aulia nya..bukan main kopiket sajaa…mat !

Mat Kata: 11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji Hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia mengugurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini PAS sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.

Wak Kata:

Siapa yang menggugurkan slogan Negara Islam, bukan UMNO ker ? Yang jelasnya UMNO yang tidak mahu negara islam tu, atau juga ditakrifkan dari sudut bahasanya, bila tidak mahu, menolak laa..tu, bila dah tolak, gugurlah..!! Adehh..!! UMNO cakap konon-konon ? bagi pihak PAS. Betul ker ? Pada wak, perkara dan isu itu bukan surat khabar UMNO ker yang putar belit…

!!! Isu ni tak payah cakap pasal dah sentuh di atas. Harap saudara mat boleh sedarkan diri dengan baca respon di atas.

Mat Kata: 12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewan Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara yang berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud sistem pemerintahan sekular. Namun demikian konsep sekular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.

Wak kata:

Ini adalah pembohongan yang paling jelas dibuat oleh UMNO berhubung isu definisi sekular. Mengikut fakta, buku itu tidak ditarik balik, cuma diperbetulkan dan di cetak semula. Saudara mat boleh rujuk buku ” Memahami Dasar-dasar Islam ” terbitan Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan. UMNOlah yang kununnya mengatakan ianya tidak menguntungkan PAS sedangkan kandungan buku itu adalah di atas kesilapan teknikal menyebabkan kandungannya cacat.

Apa yang dikesalkan disini ialah, UMNO berterusan berpegang kepada buku yang silap cetak, dia terus berpegang dengan buku silap cetak itu yang mengatakan, PAS menyatakan bahawa konsep sekular itu ialah bila Ketua Negara, berlainan agama. Tapi bagaimana pula dengan kes ini, dimana Presiden India iaitu APJ Abdul Kalam yang beragama islam ? Adakah wajar kita katakan bahawa Kerajaan India itu negara islam, kerana agama ketuanya islam ? Benarkah bahawa konsep sekular ini telah diselewengkan ? Mohon mat pula jawab.

Mat Kata: 13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian dari Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi Harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi Harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.

Wak Kata:

Yang kita katakan haram ialah tindakan kerajaan Persekutuan merampas dan merompak royalty minyak dan ditukar kepada wang ihsan dan di agih kepada UMNO Terengganu, itu kan ker kerja haram..wang itu sepatutnya dilsalurkan kepada kerajaan Terengganu yang sah dan bukan pada UMNO, sebab itulah bila duit itu sampai kepada salurannya iaitu kerajaan Terengganu, barulah dikira sah dan harus menggunakan duit itu untuk kepentingan rakyat.

Bukan macam UMNO, hentam duit royalti jadi wang ihsan kemudian agih pada pimpinan UMNO untuk kepentingan perut dan bawah perut, UMNO bukannya rakyat…

!!! Yang memperlekehkan hukum adalah UMNO pasal ambil duit ikut cara salah, merompak harta rakyat apa pula hukumnya?

Mat Kata: 14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Masjid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

Wak kata:

Betul ke penyelewengan akidah ? Ker ada imam dah batal akidah sampai makmum terpaksa lantik imam lain ? Tahun 1982 Dato’ Nakhaie Ahmad masih di dalam PAS, cuba tanya dia apa hukum solat berimamkan UMNO dan makan sembelihan UMNO ? Tanyalah dia, kerana dialah yang berapi-rapi berceramah hentam UMNO ketika itu, dan letak isu itu di setiap jajaan ceramahnya, sedangkan orang lain relax ajer ! Tup..tup dia masuk UMNO ! Nakhaie..Nakhaie !! Mat..mat..! Biarkan..biarkan..!! Apa punya turr laa..!

Mat Kata: 15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak bererti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.

Wak Kata:

Ini tuduhan rambang UMNO yang tiada berfakta. Pasal apa, pasal ayat dia tergantung. Bila pulak Bank Islam bagi peruntukan pada PAS ? Tiada jawapan untuk soalan rambang !! Nak cari jawapan, tanya mat tu..minta dia letak hujahnya diruang komen.

Mat Kata; 16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh Nik Aziz setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545; Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.
H.R Bukhary-Muslim –

10 Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang di maki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

Wak kata:

Setahu wak, tak ada pulak Shahnon Ahmad sebut nama siapa-siapa di dalam novel SHIT tu ! mat ada jumpa ker nama individu2 tertentu di sebut. Atau mat pun tak baca novel tu ? Sekadar copy paste artikel yg rasa sedap, kemudian dijadikan hujah sendiri tanpa tahu butir perkara benarnya..aduhh mat !

Oleh kerana status novel itu, adalah novel satira politik, maka kandungannya lebih kepada satira ! Saudara mat tahu ker ape maksud satira ? Satira adalah satu bentuk karya yang perli orang lain. Bila perli, mestilah ada orang yang terasa. Soalnya adakah dalam novel itu menyebut nama penuh atau apa-apa tanda pengenalan tentang betapa kemaluan itu benar-benar milik ibu Mahathir ?

Isu carut di dalam al-Quran, ini bahasa sahaja, Nik aziz merujuk kepada kalimah-kalimah yang dianggap keji pada masyarakat, bukankah Allah sentiasa mengingatkan tentang menjaga kemaluan, kemaluan tu elok ke disebut kalau nak nak di kira dari sudut akal ? Ini maknanya UMNO manipulasi kata-kata Nik Aziz, lain yang dimaksudkan, lain yang dikhabarkan kepada rakyat. Propaganda..biasalah..dalam politik, lebih2 lagi UMNO, tak kan mat tak tahu ! Betul tak mat ? Yang penting malukan dulu..betul tak ?

Hadith di atas tiada masalah, yang jadi masalah macam mana orang UMNO boleh tau satu-satu kemaluan itu milik siapa ? Macam mana pulak orang UMNO ni tau kemaluan tu milik ibu Mahathir..hebat-hebat..sekilas sebut pasal kemaluan..orang UMNO dah tau kemaluan itu jantan betinanya..walaupun shahnon tak sebut nama sapa pun !

Mat Kata: Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Toleransi akan kebebasan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA. DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersekongkol dengan DAP adalah bertentangan dengan aL-Quran dan ajaran Islam.

Wak nak Tanya:

Najib kata ONE MALAYSIA tu menatang apa pulak…

???

Akhirnya mat kata: Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama – Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Wak pulak kata;

Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan dan putar belit fakta yang dilakukan oleh ulamak-ulamak UMNO yang mana jika kita selidiki ianya bukan sahaja merosakkan sebahagian akidah orang yang terpengaruh. ( Untuk makluman, akidah mana ada rosak sebahagian, rosak satu di kira rosak semua..mana depa dapat ayat ni ? ) dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai penjenayah Islam yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan dan putar belit fakta yang telah dan sedang dilakukan oleh think tank UMNO selagi UMNO bertapak di muka bumi Allah ta’ala ini. Wak terpaksa ambil sebijik hujah mat bagi ni, kerana hujah ini sebenarnya untuk UMNO.

(p/syysstt..) Sebenarnya Mat ni bukanlah hebat sangat, dia bukan tau apa yang dia tulis, dia copy paste aje, ingat dia dah habis hebat laaa..dapat bagi hujah macam tu, yang ori keluar dari hati dan otak dia, tapi…EDISI TERJAH wak dapat telanjangkan mat, dari mana sumber itu diambil, search ajer dalam google atau yahoo atas tajukpenyelewengan PAS..apa yang si Mat ni copy paste..itu la dia yang ada dalam mana-mana laman UMNO. Betul tak mat ?

Contohnya:

http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=718&Itemid=32

Ihsan PolitikBanjar

Comments»

1. BR - May 19, 2009

hahahha Mat tu name pep\nuh die kan MAT MONGGOL…. die lah yg mat copy paste… 🙂 mengarut tapi tak baca pun ape yg die copy…

2. BR - May 19, 2009

mykmu johore tak bagi komen…. hehhe tulur ilang…

3. azidi - May 27, 2009

Saudara sekelian. Nabi bersabda dalam dunia ini akan muncul 72 ikutan tapi hanya satu sahaj yang diteriam iaitu ahli sunnah waljamaah. jadi untuk mengelakkan kita bukan dari kalangan 71 anutan yang tidak diterima kelak makan pilihlah ahli sunnah waljamaah. Cara Wak saudara Mat dalam tulisan di atas bagi saya sama sahaja 2×5=10. Sebab dua2 ada kepentingan peribadi dan politik. Sekian. Wallahuallam

Pembetulan, Nabi tak ckp sunnah waljamaah, nabi hanya kata satu golongan sahaja dari 73 golongan. “..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

4. azidi - May 28, 2009

tak cakap tak apa tapi yang pasti bukan golongan UMNO atau PAS. Islam Hadari

5. ringomalaysia - January 19, 2021

What an amazing post! Keep up the good work!
joint supplement malaysia Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.
anti inflammatory natural medicine
supplements for painful knee
botanical powder mix & antioxidant rich foods


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon