jump to navigation

Mesyuarat Tergempar MT UMNO esok, bincang peralihan kuasa September 25, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan.

Ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengesahkan pertemuan tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

najib abdullah umno 100408Beliau bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan.

Mesyuarat di bangunan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga dijangka membahaskan saranan untuk menyegerakan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya setahun lebih awal. 

Pada asalnya, Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010.

Menurut laporan media, ahli-ahli MT Umno dihubungi pagi ini untuk menghadiri mesyuarat mengejut itu selepas pertemuan dua tokoh tertinggi negara hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Kementerian Kewangan petang ini, Najib juga mengesahkan mesyuarat MT akan diadakan esok tetapi enggan menjawab sebarang soalan mengenai perkembangan politik.

Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB,  New York, Ahad ini.

Untuk seterusnya, klik pautan ini …


Comments»

1. pengundisabah - September 26, 2008

Saya tak setuju kalau pemilihan UMNO ditunda pada Jun 2009 kerana apapun perubahan tarikh yang dibuat ianya tidak akan memberi kesan langsung kepada proses peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden.Ahli UMNO juga telah matang untuk membuat penilian dan pemilihan siapa yang harus dikekalkan dan beri mandat untuk memimpin kepimpinan UMNO yang kini dalam keadaan tidak menentu.

Biarlah proses pemilihan itu dikekalkan pada Disember ini dan ianya akan menentukan sebenar-benarnya amalan demokrasi dalam parti.Lebih lama pemilihan dibuat akan berlaku banyak lagi pergeseran dalam parti itu sendiri.Fikir-fikirkanlah!


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon