jump to navigation

Kenapa Zaid Ibrahim masuk PKR? June 15, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

Teka – teki arah haluan politik bekas menteri di jabatan perdana menteri akhirnya terjawab, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR pada hari Sabtu 13/6/09.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu. 

pkr egm 130609 zaid ibrahim join party 01Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat”secepat mungkin. 

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. 

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR. 

“Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa serta merta. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,”katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. 

“Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,”katanya. 

Reaksi Zaid

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. 

pkr egm 130609 zaid ibrahim join party 02“Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir). 

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat. 

Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya  berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat,” katanya.  

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: “Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

 

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata: 

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.  
 
“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,”

katanya.(mkini)

Comments»

1. Fay - June 16, 2009

Datuk Zaid.. teruskan perjuangan untuk rakyat! Jadilah pembangkang yg membanggakan rakyat! Bersama hapuskan kezaliman BN!

2. awangkassim - June 17, 2009

Your fight does not stop there. There are ex Umno members still in PKR expecting to live the lives of ‘Datuks’ (I just hate the issuing out of Datukship which comes cheap in no sacrifices for the people). You need to clean PKR before they corrupt PKR.


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon