jump to navigation

Intipati Belanjawan 2009 August 29, 2008

Posted by nikmj in budget2009, General, malaysiakini, news.
Tags: , ,
trackback

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.
  
bullet buttonBajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
  
bullet buttonBertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti  dan memperkukuh daya tahan negara.
  
bullet buttonKerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
  
bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
  
bullet buttonKerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
  
bullet buttonMemandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

bullet buttonKadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.
  
bullet buttonKerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.
  
bullet buttonUsaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
  
bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

bullet button  Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

bullet buttonDuti import atas beberapa barangan pengguna – pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik – dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

bullet buttonMemberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). 

bullet buttonMurid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

bullet buttonBayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.   

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

bullet buttonIskandar Malaysia – Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

bullet buttonKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

bullet buttonPeruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM – RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

bullet buttonPeruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

bullet button

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan 

bullet button

K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

bullet button

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

bullet button

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

bullet buttonDuti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang – dari 15 sen kepada 18 sen.

bullet buttonDengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

– Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

bullet buttonKadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

bullet buttonBagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

bullet button

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.   

 

Untuk English Full Speech Text Budget 2009 , klik pautan ini

Comments»

1. Boob Suwan - August 29, 2008

apa yang kakitangan kerajaan dapat dari belanjawan 2009, cuma bonus sebulan je? bonus dapat bulan tu dah habis bulan yang lepas sebenarnya. Apa lah salahnya kalau kerajaan layan permintaan CUEPAC naikkan sikit COLA. at least dapat tiap-tiap bulan.

2. chenoi - August 29, 2008

nak bagi free bg bil kurang RM20..nak tanya sikit…sape yang bil api dia kurang RM20….aku nie yang mlm hanya sebiji lampu dan tv terpasang tu pun setkat kul 11-12mlm…pun kena byr bil RM30 lebih….kalu nak tolong…tolong lah betul2….jangan sekadar melepaskan batuk ditangga…kecewa betul aku….tak mesra rakyat pung!!!

3. anti goment - August 29, 2008

asyik org goment je dapat habuan,.,.,.,.ape yg swasta dapat huhuhuhuhuhu,.,.,..,

4. selambo yg hampo... - August 29, 2008

cukai pelepasan utk anak2 masih samer ke?! huhuhuhuhuh… pak lah x pe ar… anak sumer dah besau2… RM1000 stahun utk sorang mane cukup pak lah weih… lu pikir ar sendiri…

5. Azif - August 30, 2008

That the good effort by malaysia government…. You are my loving country… Malaysia Tanah airku…

6. Anti-pembangkang85 - August 30, 2008

hei…!!! dah kira ok la tu…! u all tak reti nak BERSYUKUR ke..? BONUS SEBULAN IS BETTER THAN NOTHING…! hei budak anti goment SAPA SURUH U tak keja goverment…? swasta dpt ape..? itu awak tanya sendiri kat u punya majikan lah…. itulah mentality rakyat malaysia.. dah dapat itu nak ini… bolah dikatakan TAK BERSYUKUR dan TAMAK..!! … nanti kerajaan bagi nak minta lebih pulak… SHAME ON U !! budget 2009 amat bagus… keutamaan diberikan kpd org miskin dan org kurang upaya serta sabah sarawak… mereka memang layak untuk… pak lah don’t worry.. we will support u… u have done a good job… keep it up… CIAYOOOO…..!!!

7. Anti-pembangkang85 - August 30, 2008

saya bangga dengan pak lah… majulah pak lah untuk malaysia….

malaysiaku gemilang… tanah air tercinta…!

8. hamba Allah - August 30, 2008

ala chenoi,ko biar betul..
kalu berjimat,xsmpai pn rm15..
ak kt umah ak,tiap bulan xpenah smpai rm15..
ada motifnya bajet tu..
ptt bersyukur dr dibandingkn dgn negara-negara lain yg hg mhl2..
xpn,cube ko jd pemimpin..
PEACE

9. putera - August 30, 2008

korang ni ape mende ar
kerajaan dah bg pon memekak lagi
sumer nak senang.. mampos ar..
jadi PM pon susah gak..
mangkok ar..
kepada chenoi.. ko tu bukan hidop susah..
terbukti siap leh online lagi ni..
nampak sgt ko kire educated..
dier sasar yg btol2 miskin.. BODO*…
sumer nak free..
masok kubur ar freee..

10. dania - August 30, 2008

sokong anti pmbgkg85..oi chenoi..ko mmg xsdo dek untung..nk pmbaharuan pn pk2 la sket..dr kecik smpi beso pn kjaan dah tgung..

11. korai - September 1, 2008

assalamualaikum….
bukan nk kutuk bukan nk berkira…
kepada yg anti pembangkang..
sedarlah..bahawasanya tugas kami sbg pembangkang adalah menegur, mengkritik, memberi pandangan.walaupun kdg2 ulasan @teguran kami xdpt d terima(mungkin terlalu kasar@mmg benar teguran itu) tp percayalah…kami inginkan sebuah negara yg cemerlang, gemilang dan terbilang. bukan sekadar on paper.tp biarlah perlaksanaannya nampak..
(BPR…sy setuju tindakan mereka menahan pesalah tetapi jgn menghukum mereka sbelum dibuktikan bersalah.itu baru menunjukkan mereka menjalankan kerja tetapi mengapa selama ini jrg sgt kedengaran tangkapan seperti itu..apakah sebelum ini mereka hanya mengumpul bukti???)
mengapa terjadinya ketirisan minyak di negara kita?diesel kpd nelayan umpamanya…selain itu..sy sambut baik belanjawan yg utamakan rakyat yg miskin tp apakah jaminan bahawa wang tersebut akan sampai kpd yg layak atau memerlukan????cuba anda tinggal di kg..(jgn di kwsn yg negerinya diperintah oleh kerajaan pusat)..anda akan tahu apakah yg terjadi.org miskin yg dicop pembangkang tidak akan mendapat bantuan..hanya mendapat ihsan kerajaan negeri..jd di mana silapnya??belanjawan dh betul tp pegawai @org yg diamanahkan tidak menjalankan tugas dgn baik..mengapa terjadi sebegini??KRONI….NEPOTISME…apepun istilahnya terjadi krn thp pemikiran yg x professional.xsalah ia berlaku tp biarlah berpada2…
org yg miskin terus teraniaya tetapi pemimpin msh bersukaria…sambut merdeka pun ada konsert..xigtkah mereka pd yg tlh berkorban..yg tlh gugur..yup..terikut2 barat..
masih teringat doa tuan guru nik aziz….(jdkanlah negeri ini sbg tempat berlindung bg org2 miskin)amin…moga org miskin di negeri beliau tenang dan dapat menjalani ibadah…

12. korai - September 1, 2008

yup..bercakap mmg senang tp mengapa org yg jd pemimpin namun x menjalankan tugas dgn betul menjadi pemimpin????
cuba lihat UMNO…pemilihan pemimpin mereka berdasarkan latarbelakang keluarga…pak lah kerana atuknya…yg dikatakan ulama..(tp sedarkah kita IMAN seseorg xdpt diukur berdasarkan ketokohan keturunannya)
igt lg lirik lagu raihan…iman xdpt diwarisi..iman xdpt jua dijual beli…
jd mengapa di negara kita berlaku sebegini..dimana org yg btl2 berwibawa????
mengapa pak lah xdpt memacu negara dgn betul????cuba lihat ahli keluarganya sendiri..xperlu p jauh..isu yg dh lama diamainkan..isu tudung…bukankah itu tuntutan agama??xperlu dilaungkan ISLAM HADHARI tp cukuplah betulkan keluarga dahulu sblm betulkan atau perbaharui nama ISLAM…
ISLAM agamaku…
insafilah diri…mengapa UMNO cukup takut perlaksanaan ISLAM TOTAL????itu yg saya hairan sedangkan di dalamnya boleh dikatakan melayu..yg semestinya Islam….masya allah

13. AH-Toi - September 2, 2008

salam………
Yup.. Sokong ngan Boob SUwan…APer yang kakitangan kerajaan dapat dari belanjawan 2009, cuma bonus sebulan je? bonus dapat bulan tu dah habis bulan yang lepas sebenarnya. Apa lah salahnya kalau kerajaan layan permintaan CUEPAC naikkan sikit COLA. at least dapat tiap-tiap bulan. Huhuuhuhuu.. Help me Pak Lah

14. hamba dibumi allah - September 2, 2008

YA ALLAH YA TUHANKU. SESUNGGUHNYA AKU BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT MU. SESUNGGUHNYA HANYA MU YA ALLAH YANG TAHU AKAN PERANCANGAN, PERBUATAN, SUSAH DAN SENANG HAMBAMU DI DUNIA INI.

YA.. ALLAH SESUNGGUHNYA REZEKI YANG KAU BERIKAN KEPADA HAMBA2 MU INI DAPAT KU GUNAKAN UNTUK TUJUAN KEBAIKAN YA ALLAH. SEMOGA DENGAN ADA NYA NIKMAT PADA HARI INI AKAN MEMBERIKAN NIKMAT KEPADA HARI ESOK…

YA ALLAH SEMOGA KAU GOLONGKAN DIRIKU, DAN MASYARAKAT SEKELILINGKU SEBAGAI UMAT YANG BERSUKUR…

AMIN…

15. snh - September 2, 2008

tul tu ….syukur lah ngan apa yg ader…tak kan nak jd mcm indon ngan thailand kot..asik nak perang nak dptkan hak masing2..bunuh sana sini..bg aku bonus sbln ker 8 bln ker..aku yakin rezeki allah yg bg..bkn pak lah bkn najib bkn nik aziz..usaha lebih,yakin,jujur tawakal isyallah allah tolong…sblah umah aku tu yb gak tp duk gaduh ank beranak..dia lak tiap2 bln kena g spital…mintak nyawa kat nurse…duit byk pun tak guna….

16. nurul zakiah - September 3, 2008

kalau ahli dalam rumah lebih dari srg mau lebih RM 20 kos elektrik setiap bulan..bayangkan kalau pakai komputer..TV, peti ais, mesin basuh, heater, cooker, lampu2 lagi…sikit sangat lah yang dapat RM 20 tu..patutnya dia kena wat cam ni..kalau 20 free..kalau lebih 20 kasi rebet la 20 tu….

lagi satu …Ni nak bagitau ANTI_Pembangkang85..ko ingat orang yang kerja swasta tu tak bayar cukai apa?..suka hatilah nak sokong sapa2. kena la pikir yang kerajaan dapat dwet tu bukan semata2 dari keuntungan pelaburan negara tapi duit cukai yang bermacam2 tu, tol, dan sebagainya…jadi sebagai rakyat tu hak kita nak sokong sapa…

Kalau sapa pun jadi KERAJAAN tugas utama dia adalah menjaga kebajikan rakyat..bukan menjaga kebajikan penyokongnya….!!!!

yes ..bonus tu memanglah better than nothing.. tiap2 taun memang kerajaan bagi bonus apa…lagi satu ia tak bagi kebaikkan jangka panjang…sepatutnya dengan kemelesetan ekonomi dan kesusahan rakyat sekarang kerajaan pertimbangkan cadangan cuepacs naikkan elaun cola..atau untuk kebaikkan semua pertimbangkan penurunan harga minyak…

memanglah nampak macam baik budget kali ni…tapi langsung tak sentuh pasal nak basmikan kemiskinan…plan jangkapanjang nak pulihkan ekonomi..dan sewaktu dengannya..yang dok canang nak jadi kerajaan prihatin….tapi betulka prihatin..?letak budget untuk tolong oku dan org berpendapatan rendah memang tinggi…tapi bila nak pi minta kena tolak sana sini..last2 apa pun tak dapat….kerajaan ni kan penuh ngan birokrasi..nak ikut prosedur konon..siap buat garis panduan…tapi lansung takleh pakai….

17. nurul zakiah - September 3, 2008

memanglah kena syukur dengan nikmat allah..tapi betul ke semua tu bawa kebaikkan…jangan gelap mata bila di taburkan dengan dwet..sedangkan jelas dan nyata kerajaan hari ni sangat teruk…tak caya tengok masalh sosial jela…konon nak bangunkan modal insan..tapi apa yang dia bangunkan ada nampak ka…jangan nak bandingkan dengan negara indon dan thailand yang sedia teruk…bandingkan kita yang duduk di MALAYSIA ni dengan akhlak islam yang sepatutnya..ekonomi islam yang sepatutnya…bandingkan kita dengan negara ynag mampun support kebajikan rakyat PERCUMA…bukan macam kita sekarang buku teks pun kena bayar..yuran sekolah kena bayar….padahal masa zaman KITA sekolah dulu ada ke kena bayar..sedangkan masa tu negara tak maju lagi macam sekarang ni….

biasiswa JPA pun jenuh nak dapat…..padahal masa negara baru nak bangun siap leh keluarkan biasiswa hantar beribu student pi oversea..kenapa dengan kekayaan sekarang ni tak boleh….

rakyat dah semakin terbeban..tapi terpaksa ikut rentak kerajaan sebab takda pilihan….

18. Aaa - September 3, 2008

“biasiswa JPA pun jenuh nak dapat…..padahal masa negara baru nak bangun siap leh keluarkan biasiswa hantar beribu student pi oversea..kenapa dengan kekayaan sekarang ni tak boleh….

rakyat dah semakin terbeban..tapi terpaksa ikut rentak kerajaan sebab takda pilihan….”

Dulu Koata biasiswa 90% Bumi 10% Bukan bumi Sekarang tinggal
55% Bumi 45% Bukan Bumi .. untuk pengetahuan sapa yang mintak pembangkang yang mintak disokong oleh Pas!!! Skrang nak merungut la pulak…

19. aku berpikir - September 3, 2008

bersyukur-bersyukur gak.. tp jgn jd bodo, org dungu, …org bg ni terime je.. xpikir buruk baik… budget 2009 yg melebihkan govrnment tu memang cam akal letak kat lutut… skit2 bagi pekerja gvrnmnt itu, ini… tp bila wat kerja mengalahkan siput. lembab. wat keje skit merungut itu ini. dah la servis teruk, rehat punye la byk… keje x jalan. asik tangguh, g kerja menyembang. tetiba bile time gaji…fuh..beribu2. layak ke??..pikir la sniri ade otak. (sape makn cili diala rs pedasnye) Camne ngan swasta… yang semestinya penyumbang utama ekonomi negara x dipeduli… minyak turun pun ciput. ntah pape la paklah…. cecepat skit letak jawatan, x sggup tgk negara hancur lepas sesusah payah Dr.mahathir bina…

20. nurul zakiah - September 3, 2008

bukan merungut..tapi itu adalah TANGGUNGJAWAB sebuah KERAJAAN baik sapa pun…menyedia yang paling baik selaras dengan KEKAYAAN negara…URUS sumber dengan BAik….Kerajaan yang baik takleh nak timbulkan isu ko tak sokong aku….Itu adalah tanggungjawabnya….kalau KERAJAAN baik takdalah ISU orang tak sokong…..mesti rakyat gembira ja…….

memang kerajaan WAJIB menyediakan peluang dan menjaga kebajikan rakyat tak kira sokong sapa pun sebab semua bayar cukai dan menyumbang untuk negara…hak masing2 la nak sokong sapa…

dengan SUMBER KEKAYAAN sekarang kerajaan boleh sediakan fasiliti dan faedah jauh lebih baik dari zaman malaysia dulu…

sekarang kouta tak perlu jadi isu..org melayu memang suka nek lemak dan mudah tertipu bila ditaburkan dengan dwet…

rakyat malaysia sepatutnya tak perlu kouta…KOUTA menunjukkan dan membuktikan MELAYU lemah dan terpaksa bergantung hidup dengan orang lain…lebih teruk walaupun diberi kouta dan faedah untuk bumiputera orang bukan bumiputera tetap menguasai bidang2 tertentu…nyatanya orng melayu MALAS……….

sekarang ni rakyat malaysia perlu bersatu dan hidup sebagai satu bangsa MALAYSIA..tanpa ada syak wasangka antara kaum…tetapi dalam masa yang sama ada satu kuasa/perlembagaan yang menjaga agama dan isu2 tertentu….Ada apa ngan MELAYU..hanya tau berdengki dan jadi pak turut saja…(seb baik aku kan melayu/jawa/bugis/banjar yang ada kaitan dengan melayu..)

aku berpikir cakap…JANGAN jadi BODO….kalau kerja kerajaan pun APA yang kita DPAt….takat bonus satu bulan ngan tempoh pinjaman rumah….

kalau bukan dari segi duit isu nyata kerajaan BN gagal ialah isu gejala sosial, pendidikan, minda orang melayu……apa yang kita leh banggakan ????? TIADA……takat pembangunan bangunan yang GAH tak mencerminkan ketamadunan pun…..

betul sepatutnya zaman sekarang adalah zaman menyambung kegemilangan yang tun buat..bukan menghancurkan…..lenla kalau zaman Tun huru hara..len cerita..ini dah tersedia satu guideline dan standard yang baik…(walaupun ada gak yang tak baik) kenapa tak ikut dan diperbaiki saja….

pembangkang cakap apa, kerajaan keana peka dan dengar…bukan saja2 depa nak cakap…disitulah baru wujud keseimbangan..ni asik pikir diri sendiri betul ja..padahal takpun….

BUkalah mata..bukalah hati…..

21. normy rafida - September 3, 2008

nak tanya pasal elaun anak2 yang 2400 setahun tu bersamaan dengan 200 sebulan..tak paham lah…ada sesape boleh terangkan…

22. bob - September 4, 2008

im second with nurul, orang kerja gomen pernah terfikir ke tiap kali gaji korang naik barang akan naik harga? korang boleh la ikut cos every year korang dapat bonus plus gaji naik tiap tiap tahun,pernah ke korang terfikir golongan petani,nelayan? kerja opis boy yang gaji dlm rm500-rm600 apa nak makan? gomen kasi muka kat korang untuk membebankan lagi golongan yang lain dlm negara nih,nak minta tu nak minta ni tapi kerja macam tu jugak….jangan membiasakan diri anda dengan benda meminta minta,tuhan tak suka beb,malulah sikit

23. biskotsedih - September 4, 2008

akum…
Aku bukan nak menyokong sesiapa.Aku cume nak kater ape yang aku rasa…tak payah ler korang nak kriktik aku…kiter ni negara yang demokrasi..kita kene ingat, tanpa pemimpin..kiter ni siape?dan siape pemimpin kalau xder kiter…tak kan nak memimpin monyet, harimau…silap2 diri sendiri kena ngap…btol x?Jadi,pada pendapat aku, adalah baiknyer kiter mencari jln penyelesaian bukan jln menuju kegagalan. Bukan senang nak jadi seorang pemimpin negara…apatah lagi kalau dah jadi pemimpin ni…piker2lah wahai rakyat semua.

masa minyak naik dulu sape tak memberontak???cakap???majority kiter xpuas hatikan.aku sekali ni naik hangin.tak sedar dirilah kau mase tu..tp apa yang aku sedih sangat,adakah kiter memberontak sebelum berpikir ?Piker dulu kenapa minyak naik..xkanlah Pak Lah sesuka hati mak bapak die nak naik harga..Inilah masalah masyarakat kiter…dengar ckp org..sedangkan xtahu satu mende pun pasal minyak2 ni…Sedih beb..mcm manelah org2 cmni boleh memberontak?NONSENSE!!!!

Kalau Anuar memberontak @ xpuas hati…aku xkisah sebab die memang bijak tapi tak semua die tahu..Mcm tu jugak Pak Lah,xsemua dia mampu buat @ reti buat.Kalau Paklah xpandai,xkanlah Tun pilih Pak Lah jadi PM..tapi kalau manusia yang pandai ckp & ikut je ape ckp org…baik duduk rumah buat smebahyang hajat je…

Swasta??? Memang korang pun bayr cukai,dah korang pun makan duit kerajan jugak..subsidi minyak pun korang rasakan…n kalau goment tak der gaji, mcm mane swasta nak buat duit…org goment xnk kerje lg sbb tak der gaji.semua keje swasta..saper nak mentadbir kerajaan seluruh Malaysia??& kalau xder semua ni kiter xrasa kerajaan yang aman dan teratur skrang yg kiter ade…sbb tulah,kiter ni saling memerlukan antra satu sama lain.jgn blame on goment side only..think rasionaly,k.

Isu seterusnya….kiter patut bersyukur dgn ape yg ade..kire oklah 1 bln bonus…daripada xde..pikerlah,duit yg kiter mkn slame ni duit rakyat duit kiter sndiri…takkanlah kiter nak make up bonus sampai 5 bulan beb??ingat agen hartanah ker…lainlah mcm swasta bonus sampai 5 bulan gaji..banyak tu.goment bukan bapak sebelah mak kiter punya..lainlah swasta..dia boleh kater”sukati akulah nak bagi berapa banyak…busness ni bapak aku yang punye”..Ade ker kiter dpt ckp camtu ngn goment…Xleh-Xleh…Giler kau!!!

Piker2lah..aku ni org Sarawak.ramai yg masih beranggapan kami ni kolot & dudk pun atas pokok.giler aper dok atas pokok.zaman dah maju dok atas pokok…org miskin pun reti buat rumah kos rendah…tapi takper…yg penting kiter bijak membuat kptsan.jgn kerana org lain menindas kiter,kiter pun jatuh..xbangun2..
Per yg ingin ku katerkan…tolong majukan Sarawaksetapak ke hadapan dan kalau boleh seiring dengan arus pembanagunan skrang mcm KL.kiter ni banyak tanah yg masih kosong..bangunkanlah…Roundabout kiter org bole buat perumahan tau..besar giler…tak cayer tanyer pade yg penah dtg Srwk…Buat pe sebesar tu????Tolonglah Pak Lah….Bagunkan Sarawak seperti KL contohnyer…sekrg ni dah kire ok..tp bnyk lg kprluan tak der di Sarawak..

Minter maaf pada yg membaca dan terasa hati…maafkanlah sayer…Bulan Ramadhan bulan yang baik…semoga ape yang telah diputuskan akan membawa satu kejayaan yang besar.

24. nurul zakiah - September 4, 2008

Yeke BN tu bagus sangat…Johor yang kira KUBU KUAT pun, Jalan yang elok pun tak mampu nak buat..berlobang2…lampu jalan pun takleh nak wat..pehal lak… Padahal lampu jalan tu la penting nak elakkan kemalan gan? isunya bukan bijak atau pandai..tapi cara berkerja dan memimpin…semua org pandai…tapi bab memipin bukan semua org pandai..PAK Lah org sanjung la masa dia jadi menteri luar negara dulu..semua org suka..sebab ada keterampilan masa tu…tapi lansung takda talent jadi PM….Patutnya sementara Tun ada belajar dari Tun..Patutnya Tun nasihat dengar..tapi wat pekak tuli…..

Macan mana dikatakan URUS dengan baik…Contoh Sambutan Hari Kemerdekaan kat Batu Pahat..Perlu ke nak jemput artis wat konsert…Sedangkan bayaran untuk artis dah BERIBU..? Perlu ke nak sewa katering nak makan sodap2 untuk Puluhan VIP yang Hadir? Macam konsert tu de faedah ke? Guna dwet sapa bayar sewa artis2..duit RAKYAT GAK….

Lagi satu Korang takleh nak isukan SWASTA atau KERAJAAN..Tanggungjawab KERAJAAN adalah MEMBELA nasib RAKYAT…Rakyat tu SEMUALAH….Manaleh cakap Kerja Kerajaan dapat lebih Kerja SWASTA dapat Kurang…Abih tu yang kerja KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG camana pulak????

Saper yang terlibat dalam hal melibatkan dwet dan berkerja dalam kerajaan akan faham bertapa banyaknya KETIRISAN dan MASUK Poket KRONI…..

Apapun Pilihan masing2….

Apalah sangat nak dibanggakan dengan Tingginya Bangunan..Hebatnya Kemodenan..Tapi PAKLAH yang ayahnya ALIM ULAMA, yang patutnya ada agama yang kukuh gagal membawa ISLAM dan MODAL INSAN yang dicanangkan dengan BAIK……Takkanla ayah dia tak ajar kot……

25. nurul zakiah - September 4, 2008

Patutnya jika ada sesuatu isu dibangkit kerajaan lebih mendengar dan berubah untuk jadi lebih baik….KEBAIKKAN, semua orang akan sokong…..MEMANG bukan senang nak jadi pemimpin tapi usaha untuk jadi lebih baik sentiasa ada….KERAJAAN adalah ‘HAMBA’ rakyat…bukan RAKYAT menjadi HAMBA kerana salah pimpinan kerajaan.

PEMIMPIN ada KUASA untuk mengubah masyarakat jadi baik…BUKAN bERI kuasa bukak lesen JUDI, KEDAI ARAK, KELAB MALAM dan BANYAK LAGI…..

26. Baby_hany86 - September 7, 2008

salam..kepada anti pembangkang… senang la cka.hang dok keje bwh goverment, yang kami ni dok keje swasta, kalo buleh nak gak dok keje bwh goverment.. tapi rezeki kami belum sampai… kot yer pun jangan la sampai nak memperlekehkan kami yang keje swasta ni… bak kate pepatah kerana pulut santan binasa. kerana mulut badan merana

27. biskotsedih - September 8, 2008

aku ni pun kerje kerajaan tp aku bukan nyer sampai nak menindas kerajaan….atau pun sape2…Sape yang bangkitkan isu SWASTA & KERAJAAN????takde sape2 pun membezakan isu ini…tanye diri sendiri dulu…kate2 siapa yg berbau SWASTA @ KERAJAAN?
Cakap memang senang dik oii….ko mungkin pike ape yang ko pike skrang…tapi ko tahu tak sebenarnya ape yang dipikeykan oleh pemimpin2 kiter…….Jgn pandang rendah dgn pemimpin.walaupun aku ni tak menyokong sesiapa,tapi aku tahu bukan senang nak buat keputusan…memanglah kiter boleh dengar kate pihak pembangkang…tp korang ingat dpat ke ambil bulat2..mungkin ape yang kerajaan pikey tak terpikey oleh pembangkang…
“PEMIMPIN ADA KUASA UNTUK MENGUBAH MASYARAKAT JADI BAIK”- Mak Bapak kiter pun belum tentu boleh betolkan anaknyer…nikan pulak pemimpin nak mengubah..pikeylah sebelum bercakap…tak der siape pun boleh mengubah manusia yang lain melainkan diri sendiri..sekarang ni kiter berpikey mcm mane nak mengubah diri sendiri..ni tak…asyik nak mengutuk satu sama yang lain…..bile nak berubah?
Memang aper yang di ckp oleh nurul ade betolnyer….tapi aku sebagai yang dah nak senje ni n pengalaman aku sebagai pekerja kerajaan…yang penting kita bersatu…bincang sebaik2nya….jgn buat rusuhan…huhu!!!!
akum

28. pemerhati setia - September 9, 2008

[QUOTE]apa yang kakitangan kerajaan dapat dari belanjawan 2009, cuma bonus sebulan je? bonus dapat bulan tu dah habis bulan yang lepas sebenarnya. Apa lah salahnya kalau kerajaan layan permintaan CUEPAC naikkan sikit COLA. at least dapat tiap-tiap bulan.[/QUOTE]

setahu saya le, kawasan luar bandar lagi tinggi kos sara hidup, sebab barangan keperluan yang nak sampai kena melalui perjalanan jauh, dah tu banyak pihak dah “up” harga untuk menampung kos pengangkutan, kalau kat bandar besar, banyak pasar raya mega, mudah le, banyak pilihan, yang tinggi mungkin kos sewa kediaman le.

Saya syorkan Pak Lah sendiri tinggal kat pendalaman selama seminggu untuk sendiri merasai dan menyelami kepayahan dan releven tidak elaun cola bandar dan kawasan luar bandar ni berbeza, mcm ada kasta kasta pulak. lu pikir lah sendiri

29. nurul zakiah - September 9, 2008

maksud saya bagaimana kerajaan mempunyai kuasa dan pimpinan untuk mengubah rakyat,contoh….walaupun ia di katakan hak individu tetapi sebagai negara yang digelar negara islam BOLEH buat satu kod etika akhlak dan moral…KERAJAAN PUNYA KUASA..Sebagai seorang islam yang MATANG agamanya pasti akan ikut sebab ia adalah pekara WAJIB baginya untuk menjaga etika sebagai MUSLIM…malang sekali sekarang pergaulan tiada batas, aurat tiada malu lagi ditayangkan..Kononya belum sampai seru..padahal bagi mereka yang faham ia adalah kewajiban yang dituntut allah…

KERAJAAN ada KUASA untuk HADKAN pusat JUDI, ARAK, DISKO dan larang/ denda MUSLIM untuk jejak kaki kesitu..Tapi malangnya LANGKAWI contohnya Satu deret Bangunan leh ada 2 atau 3 kelab MALAM/DISKO….

Tu macam mana…..?

KERAJAAN boleh jadi satu WADAH untuk mengubah akhlak dan Sahsiah…Kenapa ibu bapa pun tak leh didik anak? sebab MAK AYAH pun TERUK…KERJA je SIANg MALAM..TakPeduli anak jadi apa…KERAJAAN juga boleh jadi Wadah untuk MErtarbiah kan IBU BAPA….KERAJAAN yang HEBAT,KERAJAAN yang punya PERSONALITI yang HEBAT pasti SETIAP GOLONGAN MASYARAKAT akan IKUT dengan senang dan BAIK…

MALangnya agenda kerajaan untuk meningkatkan MODAL INSAN dan MINDA KELAS PERTAMA cuma SEKERAT JALAN dan TIDAK BERSUNGGUH2.

Saya pun tidak menyokong sesapa..tetapi saya ikut dan sokong perkara yang baik ….Baik dari BN atau Alternatif….

30. blurr - September 20, 2008

aku tak faham kenapa perlu mempersoal kan kerajaan. walaupun aku bukan org kerajaan and bukan anti kerajaan tapi yg ku tak faham sikap manusia yang tidak akan puas hati dengan apa yang ada sehingga boleh menghancurkan negara dan bangsa. bagi aku negara yang aman pun dh syukur, tapi kenapa kita masih perlu huru hara kan negara? yang banyak tak puas hati kaum melayu, bukan nya bangsa lain.sebab apa?? sebab kita bangsa yang tahu berik komen dan berharap sesuatu akan terjadi. kenapa kita tak iktihar untuk memajukan diri dari menunding jari mencari siapa yang salah. KNOW YOUR CULTURE

31. yg menyampuk... - January 20, 2009

huhu..
sume na blame keajaan la,
na blame swasta la…
pa ne??
nget snang erk na jd pmpin…
klu korg rsa korg 2 da prfct sgt,korg bt la ngra sndri…
bawu taw cam ne jd pmipin..
ne,ol prob na tolak kat muka pmipin….
adosh….
ol d way,cba r try skong apa yg krjaan bg..
yg len 2 try r usha sndri..
jan tngu ksngn 2 dtg kat kter…
ok r kte ta cam ket gaza na prang jak…
huhu

32. Muslim - February 24, 2009

Assalamualaikum… wahai umat ISLAM sekalian… perpaduan tidak dibentuk dengan kata2,xdapat dibentuk dgn kempen, dan xdpat dibentuk hanya kerana pemimpin.. cuba fikir,siapa menciptakan manusia dan siapa mengatur segalanya2.. semua itu kuasa Allah.. `berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan kamu bercerai berai’ (Al-Imran)… pokok pangkal semua kembali kepada Allah.. Allah tidak memandang bangsa yang sekarang ini bahaskan, tetapi Allah akn menyoal apa yang kamu lakukan dengan nikmat yang diberikan.. Hidup manusia sebagai khalifah.. adakah benar kita laksanakan tanggugjawab tersebut?? Adakah kita laksanakan Hukum Kanun Al-Quran dan Hadith??? Sama2 kita berfikir kita dipihak mana, samada memperjuangkan Islam atau bangsa???

33. siputsedut - April 18, 2009

salam,
bersyukurlah rezeki yang ada, dan berusahalah dengan pelbagai cara pendapatan sampingan spt perniagaan internet, join mlm, dan pelbagai 1001 cara. Jangan jadi seperti ‘gelas’bersama segenggam garam apabila dicampurkan di dlm segelas air pastinya terasa amat masin…
Jadilah seperti ‘danau’ dan segenggam garam…apabila dicampakkan garam itu dan dirasai pula airnya tidaklah semasin segelas air…
Berhenti MERUNGUT, MEMBERI ALASAN! Diri kita sendiri perlu ‘berubah’ lebih baik sebelum kita mengharapkan orang ‘berubah’ baik untuk kita!

34. budak belum abes belajar.. - August 11, 2009

emmm…
bersyukurlah anda semua kerana anda dilahirkan sebagai seorang rakyat malaysia..
bayangkan anda semua dilahirkan di palestin?iraq?bosnia?indonesia?thailand?
tempat2 yg senantiasa berlakunya pertumpahan darah
tidakkah kalian semua mampu berfikir?
betapa beruntungnya kita semua lahir di Malaysia yang aman dan sentosa?
kenapa mesti adanya sifat dengki diantara kalian smua..
kita semua sama sahaja disisiNya sama ada pembangkang ataupun penyokong…
kami sebagai pelajar rasa bersyukur sangat lahir di bumi Malaysia..
kerana kesemua kami diberi kesempatan utk meningkatkan taraf hidup masing2..
ada sekalian juga diberi kesempatan itu kan?
sekiranya kite dilahirkan di negara2 diatas..adakah kita semua berpeluang utk tingkatkan taraf hidup kita dengan pelajaran?
renung-renungkan dan selamat beramal..

35. Intipati Belanjawan 2010 « The Blog Of My Life - October 23, 2009

[…] Intipati Belanjawan 2010 October 23, 2009 Posted by nikmj in General, National, budget2010, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, news, utusan malaysia. Tags: Budget 2010, Intipati Belanjawan 2010 trackback Untuk intipati belanjawan 2009, sila klik sini […]

36. anony - October 24, 2009

belanjawan ?? untuk apa? bagus x payah bentang.. buang masa jer… lebihkan kepada pembangunan, kpada industi, kepada pelancongan… projek besar besar, tp sapa yg untung diorang jugak ngan kaum kerabat diorang yg amik tender… tu nama dia satu malaysia ( satu malaysia dalam genggamanku) yg dibagi elaun dan ntah apa ntah dengan para nelayan dan petani tu bukannya apa… nak pancing undi la tu.. takut kalah… cakap berbudi kepada tanah akan mendapat hasil, tp camner nak dapat hasil kalau habis tanah rakyat kena amik…. ish ish ish…

37. anony - October 24, 2009

pembangunan smua kat semenanjung…. projek besa2 suma kat sane… mana utk sabah & sarawak…

38. Al-Hadi - October 25, 2009

Setiap kali budjet…. rokok akan naik harga. Kesian kat perokok. Carilah sumber lain utk tampung apa yg diturunkan tu. Kadar tol pulak utk bas aje… bas tu pengangkutan awam…dah tentu kadarnya rendah… apalah sangat 50% tu. Pembelit. Dah tu berapa sangat bas tu berbanding dgn kenderaan lain. Secara peribadi… budjet 2009 ni…tak hebat mana berbanding dengan kekayaan negara yg telah disonglap. Kepada pro kerajaan… kalian tu cerdiklah sikit. Sesiapa yg memerintahpun tetap akan menjadi majikan anda. Tak payahlah lah nak membodek sangat…. kalian tetap kena bayar lebih macam semua orang dan yg pasti penyamun2 terhormat tulah yg akan mengaut lebih. Bukan dengki atau berjiwa negative… cuma terasa letih dan di persendakan oleh mereka2 yg rakus.

Aku tertanya…kenapa kadar tol begitu gila dan pengurangan yang ditawarkan oleh pengusaha serta budjet 09 seperti memperbodohkan rakyat yang setia membangunkan negara. Kenapa kos hidup meningkat dan dibiarkan rakyat menanggung sendirian. Banyak lagi…. fikirlah sendiri.

Sememangnya Malaysia negara yg aman dan aku bersyukur kerana menjadi rakyatnya…. cuma kadangkala aku rasa seharusnya kita menikmati lebih dari apa yang kita nikmati selama ini. Dan mungkin semua ini adalah kesan dari tangan2 yang kotor dan berjiwa duniawi.

Apa yang aku bimbangkan adalah …dapatkah keamanan ini dikekalkan sekiranya keruntuhan ekonomi berlaku dimana inflasi meningkat dan kesan pengangurn yang tak dapat dibendung. Aku pasti masyarakat akan hilang menikmati keamanan bilamana setuasi terdesak melanda sepertimana isu yang kita hadapi sekarang. Jenayah kian terasa… ragut, samun, rompak, penipuan dan seumpamanya. Isu sosial jua pasti akan meningkat seperti pelacuran, teman sosial dan lain2. Hal ini mungkin dapat dikawal dengan terancang sekiranya tahap ekonomi masyarakat berada di paras yang baik.

Belajarlah dengan apa yg dihadapi oleh negara2 didunia ini. Jadilah warga negara yang berfikiran rasional kerana kita tidak lagi dijajah… martabatkanlah KEMERDEKAAN yang kita ada dan jangan biarkan minda kita DIJAJAH oleh penjajah hepokrit alaf ini.

Sekian dari saya… Al-Hadi

39. DEAN HARIZ - April 1, 2011

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

bullet buttonBajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

bullet buttonBertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

bullet buttonKerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

bullet buttonKerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

bullet buttonMemandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

bullet buttonKadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

bullet buttonKerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

bullet buttonUsaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

bullet button Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

bullet buttonDuti import atas beberapa barangan pengguna – pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik – dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

bullet buttonMemberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

bullet buttonMurid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

bullet buttonBayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

bullet buttonIskandar Malaysia – Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

bullet buttonKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

bullet buttonPeruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM – RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

bullet buttonPeruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

bullet button

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

bullet button

K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

bullet button

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

bullet button

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

bullet buttonDuti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang – dari 15 sen kepada 18 sen.

bullet buttonDengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

– Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

bullet buttonKadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

bullet buttonBagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

bullet button

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon