jump to navigation

Isu kuil Shah Alam : Majlis dialog kecoh September 5, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini – bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

sections 23 residents argue with MBSA officerMereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

section 23 resident arges with khalid samadKira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

section 23 residents anttending dialogueSelepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Exco Pemuda Umno nafi jadi dalang perarakan kepala lembu ?????

Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan semalam menafikan bahawa beliau menjadi dalang dalam perarakan membawa kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) Jumaat lepas.

Beliau, yang Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, berkata pada hari kejadian beliau ditemui oleh beberapa orang penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebaik sahaja selesai menunaikan solat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Ketika itu saya baru selesai solat dan apabila tiba di pintu keluar saya lihat ramai penduduk Seksyen 23 sedang berkumpul…pada masa sama saya lihat beberapa rakan yang agak saya kenal sedang mengedarkan risalah kepada orang ramai.

“Selepas membaca risalah tersebut saya mengambil keputusan untuk menyertai penduduk berkenaan dalam perarakan ke bangunan SUK bagi menunjukkan tanda protes cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan Seksyen 23.

“Saya tidak puas hati kepada kerajaan negeri Selangor kerana merasakan isu ini tidak ditangani dengan cekap dan menyebabkan kemarahan penduduk setempat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tanpa disedari, katanya, ketika dalam perarakan tersebut tiba-tiba muncul seseorang yang tidak dikenali membawa kepala lembu dan isu kepala lembu ini kemudiannya telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu sehingga terdapat dakwaan mengatakan beliau menjadi dalang kepada perarakan tersebut. (mstar)

PENJELASAN YANG BEGITU MERAGUKAN SEKALI. JIKA BETUL KENAPA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT KEATAS PEMBAWA KEPALA LEMBU TERSEBUT DEMI MEMBERSIHKAN NAMA PEMUDA UMNO?

 

Comments»

1. nikmj - September 5, 2009

2hb September 2009 M
13 Ramadan 1430 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى
YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

2. nikmj - September 5, 2009

Hisham: Don’t blame cow-head protesters

Democrat: Can’t believe Hishammuddin Hussein, the home minister, actually said on a personal note, he felt the protest “in this day and age should be accepted in this world, as the people want their voices to be heard”. What about permits, minister? Didn’t your boss Najib Razak and ex-boss Mahathir Mohamad said protest and demos were not our culture?

Netty E Komattu: There goes the call for 1Malaysia. Even a retarded person can distinguish right from wrong. Giving an excuse to say that Section 23 residents were unaware is pure nonsense. Technology doesn’t lie.

Sang Harimau: I have been staying in a Chinese-majority housing estate for the past 15 years. We never had any ill feelings for having a surau nearby. I am sure there are thousands of such residential areas in Malaysia and no one ever protested. All are happy in the neighbourhood.

Is this minister encouraging the protest and the protesters in the near future? I wonder how this minister can still defend the hooligans for being so disrespectful to others.

Eric Koay: Why not put them all in a stadium to “voice” their view, like what Najib suggested. Or maybe, next time Bersih, anti-ISA or Hindraf should protest in smaller groups, since our honourable home minister approves of it. But I guess, this is the reality in 1Malaysia – 2 standards, and 3rd-class ministers.

3. nikmj - September 5, 2009

MALAYSIAKINI SAYS NO TO VIDEO REMOVAL REQUEST BY MCMC

4. nikmj - September 5, 2009

To read the directive letter from MCMC asking Malaysiakini to remove the videos, click this link

http://www.malaysiakini.com/doc/mcmc_to_mkinitv.php

5. nikmj - September 6, 2009


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon