jump to navigation

Syahadah

Rukun Pertama:

Mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله 

 

Dua Kalimah Syahadah ini merupakan pintu masuk ke dalam Islam dan kedua-duanya merupakan Rukun Islam yang terbesar. Seseorang itu tidak dikira sebagai orang Islam kecuali dengan mengucapkan dua Kalimah Syahadah serta beramal dengan isi kandungannya dan dengan mengucapkannya, seorang kafir itu menjadi Islam.

 

1) Makna Syahadah La ilaha illallah (bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah).

Iaitu mengucapkannya serta mengetahui maknanya dan beramal dengan segala isi kandungan yang terkandung di dalamnya secara zahir dan batin.

Adapun mengucap dua Kalimah Syahadah dengan tidak mengetahui maknanya, juga tidak beramal dengan segala isi kandungan yang terdapat di dalamnya tidak memberi manfaat menurut ijma’ (kesepakatan) ulama’, bahkan ianya menjadi hujjah ke atas orang yang mengucapkannya.

Makna (La ilaha illallah) ialah: Tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Yang Maha Esa Subhanahu wa Ta‘ala (Yang Maha Suci dan Maha Tinggi).

Kalimah Syahadah ini mempunyai dua rukun iaitu: “An-Nafyu” dan “al-Isbat”, menafikan semua ketuhanan yang lain selain daripada Allah Ta‘ala dan mengisbatkan ketuhanan bagi Allah yang Esa tidak ada sekutu baginya.

Syahadah ini juga mengandungi makna mengkufurkan (mengingkarkan) thaghut -iaitu semua benda yang disembah selain daripada Allah Ta‘ala yang terdiri daripada manusia, batu, pokok, hawa nafsu atau shahwat- membencinya serta berlepas diri daripadanya. Sesiapa yang mengucapkannya tetapi tidak mengkufuri semua perkara yang disembah selain daripada Allah maka dia tidak memenuhi kehendak kalimah ini. Firman Allah Ta‘ala yang bermaksud: (البقرة: 163).

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Sangat Memberi Rahmat dan Kasihan Belas”. (Al-Baqarah: 163).

Firman Allah Ta‘ala: (البقرة: 256).

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama Islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Sesiapa yang mengingkari thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain daripada Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali (Iman) yang amat kuat dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 256).  

Makna ‘al-Ilah’ ialah Tuhan yang disembah dengan sebenarnya. Sesiapa yang hanya beri’tiqad bahawa ‘al-Ilah’ ialah Tuhan yang menciptakan, memberi rezeki atau berkuasa mencipta sesuatu, dengan beriman bahawa perkara tersebut sahaja telah memadai dengan tidak perlu lagi mengesakan Allah dalam beribadat maka sesungguhnya ucapan “La ilaha illallah” yang diucapkannya tidak memberi manfaat kepadanya di dunia untuk memasuki Islam dan seterusnya tidak dapat melepaskannya daripada seksaan yang kekal abadi di negeri akhirat.

Firman Allah Ta‘ala:(يونس: 31).

Katakanlah: ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka katakanlah: ‘Mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?”. (Yunus: 31).

Firman Allah Taala:  (الزخرف: 87).

 

Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Nescaya mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?”. (Az-Zukhruf: 87).

2) Syarat-syarat (kesempurnaan) Kalimah Tauhid.

1- Mengetahui maknanya -nafi dan isbat- Ilmu yang menafikan kejahilan, menafikan semua ibadat kepada selain daripada Allah dan mengisbatkan ibadat kepada-Nya Yang Esa tidak ada sekutu baginya dan tidak ada yang berhak untuk disembah selain daripada-Nya.

2- Yakin dengan menafikan semua bentuk keraguan (terhadap Allah), iaitu mengucapkannya dengan penuh keyakinan, tenang hatinya dengan apa yang diucapkan serta yakin terhadap semua perkara yang terkandung di dalamnya dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi.

3- Menerima sepenuhnya dan menafikan semua perkara yang bercanggah dengannya. Iaitu dengan menerima semua perkara yang berhubung dengan kalimah ini dan apa yang diucapkannya, maka hendaklah dia membenarkan semua perkara yang disampaikan melalui akhbar (al-Quran dan al-Hadis), mentaati semua suruhan dan menjauhi semua larangan, juga tidak menolak semua nas (al-Quran atau al-Hadis) dan tidak mentakwilkannya.

4- Patuh dengan menafikan perkara yang boleh meninggalkannya, iaitu dengan tunduk dan patuh kepada semua perkara yang ditunjukkan oleh kalimah itu sama ada secara zahir atau batin.

5- Benar yang menafikan pendustaan, iaitu mengucapkannya dengan benar terbit daripada hati, ucapan dengan lidah bertepatan dengan apa yang terkandung dalam hati, zahir dan batin.

Sesiapa yang mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah, tetapi mengingkari apa yang terkandung dalamnya dengan hatinya maka sesungguhnya ucapannya tidak memberi manfaat kepadanya, sama seperti keadaan orang munafiq yang berkata dengan lidah tetapi bercanggah dengan pegangan hatinya.

6- Ikhlas yang menafikan perbuatan syirik. Iaitu seorang hamba membersihkan amalannya daripada sebarang bentuk syirik dengan niat yang baik. Firman Allah Ta‘ala:(البينة: 5).

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya”. (Al-Bayyinah: 5).

7- Mahabbah (cinta) yang menafikan kemarahan. Iaitu dengan mengasihi kalimah ini serta perkara yang terkandung di dalam pengertiannya dan menunjukkannya, mengasihi orang-orang yang beriltizam (komited) dengan syarat-syaratnya serta membenci perkara-perkara yang bercanggah dengannya. Tanda mahabbah (cinta) ini ialah mendahulukan kasih dan cinta kepada Allah walaupun berlawanan dengan kehendak nafsu, memerangi perkara yang dimurkai oleh Allah walaupun ianya dikehendaki oleh nafsu, berkasih-sayang dengan orang-orang yang berwala’kan (meletakkan ketaatan dan kepatuhan) kepada Allah dan Rasul-Nya serta memusuhi orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah Ta‘ala:(الممتحنة: 4).

 Sesungguhnya, telah ada suri tauladan yang baik bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengannya, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: ‘Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sehinggalah kamu beriman kepada Allah sahaja”. (Al-Mumtahanah: 4).

Firman Allah Ta‘ala:(البقرة: 165).

 

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah sekutu-sekutu selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah”.

(Al-Baqarah: 165).

Sesiapa yang berkata: (La ilaha illallah) tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dengan ikhlas, yakin dan suci daripada melakukan syirik besar atau kecil, bid‘ah (mereka-reka ibadah yang tidak ada asal daripada Nabi r) dan segala maksiat, maka baginya hidayah petunjuk daripada kesesatan di dunia, selamat daripada azab dan terhindar daripada api neraka.

Seseorang hamba itu wajib menyempurnakan syarat-syarat ini. Makna penyempurnaan syarat-syarat ini ialah dengan terkumpulnya syarat-syarat tersebut pada seseorang hamba serta sentiasa beriltizam dengannya dan tidak disyaratkan menghafalnya.

Kalimah yang agung ini (La ilaha illallah) adalah tauhid Uluhiyyah, yang merupakan bahagian tauhid yang amat penting yang telah berlaku perselisihan (khilaf) pendapat di antara nabi-nabi dan kaum mereka. Untuk mentahqiqkan (merealisasikan) tauhid ini Allah mengutuskan para rasul sebagaimana firman Allah Ta‘ala: (النحل: 36).

Dan sesungguhnya kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap ummah (untuk menyeru): Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut”. (Al-Nahl: 36).

Firman Allah Ta‘ala: (الأنبياء: 25).

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Tuhan yang hak melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”. (Al-Anbiya’: 25).

Apabila disebut nama tauhid maka yang dimaksudkan ialah: Tauhid Uluhiyyah.

 

Ta’rif  Tauhid Uluhiyyah:

Tauhid Uluhiyyah ialah berikrar (mengaku) bahawa Allah sahajalah yang memiliki hak ketuhanan dan ‘ubudiyyah ke atas semua makhluk-Nya dan hak untuk mengkhususkan peribadatan kepada-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya.

 

Nama-nama Tauhid Uluhiyyah:

Tauhid ini dinamakan Tauhid al-Uluhiyyah atau Tauhid al-Ilahiyyah kerana ia terbina di atas keikhlasan beribadat   -iaitu kecintaan yang sepenuhnya- kepada Allah Yang Maha Esa dan dinamakan dengan nama-nama berikut:

a- Tauhid al-‘Ibadah atau al-‘Ubudiyyah, kerana ianya dibina di atas dasar ikhlas beribadat kepada Allah Yang Maha Esa.

b- Tauhid al-Iradah, kerana ianya dibina di atas dasar beramal semata-mata iradah (berkendakkan) keredhaan Allah.

c- Tauhid al-Qasd, kerana ianya dibina di atas dasar mengikhlaskan niat yang membawa kepada ikhlas beribadat kepada Allah Yang Maha Esa.

d- Tauhid at-Tholab, kerana ianya dibina di atas dasar mengikhlaskan semua permintaan dan tuntutan daripada Allah Ta‘ala.

e- Tauhid al-‘Amal, kerana ianya dibina di atas dasar ikhlas beramal kerana Allah Ta‘ala.

 

Hukum mengetahui Tauhid Uluhiyyah.

Mengetahui Tauhid Uluhiyyah menjadi kewajipan ke atas setiap hamba. Tidak Islam seseorang itu kecuali dengan mengakuinya dan tidak terlepas daripada api neraka kecuali dengan beri’tiqad (berpegang) dengannya serta beramal dengan segala ajaran yang terkandung di dalamnya. Tauhid Uluhiyyah merupakan asas pertama yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf (orang yang berakal dan baligh -cukup umur-) beri’tiqad dan beramal dengannya, asas pertama yang wajib dimulakan dalam dakwah menyeru manusia dan mengajarkannya kepada mereka. Inilah pendapat yang benar dan pendapat yang sebaliknya adalah tidak tepat.

Dalil yang menunjukkan kewajipan ini telah disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah, bahawa sesungguhnya Allah Ta‘ala menciptakan makhluk serta menurunkan kitab-kitab untuk memperjelaskannya. Firman Allah Ta‘ala:(الرعد: 36).

Katakanlah: ‘Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku menyeru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”. (Ar-Ra’d: 36).

Firman Allah Ta‘ala:(الذاريات: 56).

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Az-Zariyat: 56). 

 

Sabda Nabi r kepada Mu‘az t:

(( إنك تأتي قوماً من أهل الكتاب، فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله، فإن هم أطاعوك لذلك، فأعلمهم أن الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة؛ فإن هم أطاعوك لذلك، فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة، تؤخذ من أغنيائهم، فترد على فقرائهم … )) الحديث أخرجه البخاري ومسلم.

Engkau akan menemui Ahli Kitab (Yahudi atau Kristian) maka perkara pertama yang perlu engkau dakwahkan kepada mereka ialah mengakui la ilaha illallah, sekiranya mereka menerima apa yang engkau ajarkan kepada mereka maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima solat setiap sehari semalam, sekiranya mereka menerima apa yang engkau ajarkan kepada mereka maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka mengeluarkan sedekah (zakat) yang diambil daripada orang-orang yang kaya dan dibahagikan kepada golongan orang-orang miskin dari kalangan mereka…”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

 

Tauhid Uluhiyyah ialah amalan yang paling afdhal secara keseluruhannya dan menjadi penghapus segala dosa dan kesalahan, Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada ‘Itban t, sabda Nabi r:

(( فإن الله حرم على النار من قال: لا إله إلا الله، يبتغي بذلك وجه الله )).

Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka bagi sesiapa yang berkata: La ilaha illallah dengan ucapan yang ikhlas menuntut keredhaan Allah”.

 

Semua Rasul menyeru kepada Kalimah Tauhid.

Telah sepakat para rasul menyeru kaum mereka kepada kalimah La ilaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) dan menakutkan mereka daripada menolaknya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Quran dalam beberapa ayat yang banyak. Firman Allah Ta‘ala:(الأنبياء: 25).

Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”. (Al-Anbiya’: 25).

Rasulullah r telah membuat perbandingan ittifaq (persepakatan) para nabi dalam dakwah mereka kepada tauhid dengan sabdanya:

(( أن الأنبياء إخوة لعلات، أمهاتهم شتى، ودينهم واحد ))

Para nabi adalah umpama adik beradik tiri (sebelah ibu), ibu mereka berlainan tapi bapa mereka satu”.

Asal agama para nabi ialah satu iaitu Tauhid kepada Allah walaupun berlainan cabang syari‘at, sebagaimana anak-anak yang berlainan ibu tetapi bapa mereka sama.

 

3) Makna Syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah).

a) Makna syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah) ialah mematuhi segala perkara yang disuruh olehnya dan membenarkan apa yang disampaikan serta menjauhi segala perkara yang dilarang dengan tidak melakukan ibadat kepada Allah melainkan menurut ajaran yang telah disyara’kan olehnya.

 

b) Tahqiq (merealisasikan) syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah).

Terlaksananya syahadah Anna Muhammadar Rasulullah dengan keimanan dan keyakinan yang sempurna bahawa Nabi Muhammad r adalah hamba Allah dan utusan-Nya, yang diutuskan kepada semua kalangan jin dan manusia. Baginda adalah penyudah segala nabi dan rasul. Baginda juga merupakan seorang hamba yang hampir di sisi Allah namun Baginda tidak memiliki ciri-ciri ketuhanan. Syahadah ini juga terlaksana dengan mengikuti ajarannya, mengagungkan suruhan dan larangannya serta beriltizam dengan sunnahnya; dalam perkataan, perbuatan dan i’tiqad. Firman Allah Ta‘ala:(الأعراف: 158).

 Katakanlah: Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua”.  (Al-A’raf: 158).

Firman Allah Ta‘ala:(سبأ: 28).

 Dan Kami tidak mengutuskan kamu, melainkan kepada manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan”. (Saba’: 28).

Firman Allah Ta‘ala:(الأحزاب: 40).

 Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup sekalian nabi”. (Al-Ahzab: 40).

Firman Allah Ta‘ala:(الإسراء: 93).

 Katakanlah: Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul”. (Al-Isra’: 93).

 

Syahadah ini mengandungi beberapa perkara:

Pertama: Mengakui tentang kerasulannya dan beri’tiqad di dalam hati.

Kedua: Melafazkan syahadah serta mengaku secara zahir dengan lidah.

Ketiga: Sentiasa mengamalkan semua kebenaran yang dibawanya serta meninggalkan segala kebatilan yang dilarangnya.

Firman Allah Ta‘ala: (الأعراف: 158).

 

 Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi (tidak membaca dan tidak menulis) yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia supaya kamu mendapat petunjuk”. (Al-A’raf: 158).

Keempat: Membenarkan Rasulullah r terhadap semua perkara yang disampaikan.

Kelima: Mencintai Rasulullah r melebihi daripada sayang terhadap diri sendiri, harta, anak, kedua ibu bapa dan semua manusia kerana dia adalah Rasulullah. Mencintai Rasulullah adalah sebahagian daripada mencintai Allah dan kerana Allah. 

Hakikat sebenar mencintai Rasulullah ialah dengan mengikuti perintahnya, menjauhi larangannya, menolong serta membantunya. Firman Allah Ta‘ala:(آل عمران: 31).

 Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. (AaliImran: 31).

Sabda Nabi r:

(( لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين ))

متفق عليه من حديث أنس t.

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia menyayangi aku lebih daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”. (Muttafaq ‘alaih daripada hadis yang diriwayatkan oleh Anas t).

Firman Allah Ta‘ala:  (الأعراف: 157).

 

Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-A’raf: 157).

Keenam: Beramal dengan Sunnahnya, meletakkan Sunnah mendahului semua ucapan (pendapat) orang lain, mematuhi perintahnya, menjadikan syari‘atnya sebagai hukum serta meredhainya. Firman Allah Ta‘ala:(النساء: 65).

 Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu tetapkan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (An-Nisa’: 65).

 

4) Fadhilat Dua Kalimah Syahadah.

Kalimah Tauhid mempunyai kelebihan yang sangat besar sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah, antaranya:

a-Kalimah Tauhid adalah Rukun Islam yang pertama, asal agama dan asasnya, merupakan perkara awal yang membawa seseorang hamba ke dalam Islam dan dengannya tertegak langit dan bumi.

b- Kalimah Tauhid menjadi sebab terpeliharanya darah dan harta seseorang hamba, sesiapa yang mengucapkannya akan menyebabkan darah dan hartanya terpelihara.

c- Kalimah Tauhid merupakan amalan yang paling afdhal secara mutlak, amalan yang sangat besar menjadi penghapus dosa, sebab yang membawa seseorang ke syurga dan melepaskannya daripada api neraka, sekiranya diletakkan tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi dalam neraca dan La ilaha illallah dalam neraca yang lain nescaya La ilaha illallah lebih berat lagi timbangannya. Sabda Nabi r yang diriwayatkan oleh Muslim:

(( من شهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، حرّم الله عليه النّار )).

Sesiapa yang mengucap: Bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya nescaya Allah haramkan api neraka daripada menyentuhnya”.

d- Telah terkumpul di dalam Kalimah Tauhid; zikir, doa dan pujian, merangkumi doa ibadah dan doa permintaan (al-mas-alah), merupakan zikir yang paling banyak dan paling senang didapatinya, ia juga dikenali dengan nama al-Kalimah at-Thoyyibah (ucapan yang baik), simpulan (pegangan) yang sangat teguh, Kalimah al-Ikhlas, dengannya tertegak langit dan bumi, kerananya dijadikan makhluk, diutuskan para rasul, diturunkan kitab-kitab, untuk melengkapinya disyari‘atkan amalan fardhu dan sunat, untuk menjaganya di hunuskan pedang untuk berjihad, sesiapa yang mengucapkannya, beramal dengannya secara benar, ikhlas, penuh penerimaan dan cintakannya akan dimasukkan ke dalam syurga menurut kadar amalannya.

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: