jump to navigation

Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR July 7, 2011

Posted by nikmj in General.
trackback

“Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR.”

Ini adalah reaksi ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye pagi ini apabila beliau mengunjung sebuah pasar di Gunung Rapat Ipoh, tempat dia ditahan polis minggu lalu kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

NONEBersama ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai – yang juga ditangkap minggu lalu atas sebab yang sama – Lee dan anggota PKR Perak memakai baju yang tertera perkataan ‘KOTOR’ kali ini.

Pada kemeja itu, perkataan ‘BN’ dan ’53 tahun menggantikan perkataan ‘bersihkan pilihan raya’.

Menurut Lee ketika dihubungi, anggota polis yang menahan mereka minggu lalu juga tergelak melihat telatah mereka dan diberi peringatan ia mungkin mencetuskan kemarahan kumpulan bertentangan yang lain seperti PERKASA dan Pemuda Umno.

‘Kempen’ yang dilancarkan hari ini juga mendapat pelbagai reaksi positif dan kebanyakan orang ingin tahu di mana mereka boleh memperolehi baju berkenaan.

NONE“Tetapi kita tidak bercadang mengeluarkan lebih banyak. Ini baju keluaran terhad,” katanya.

Lee yang telah memakai baju kuning setiap hari sejak beliau ditangkap pada 30 Jun lalu berkata tujuan kempen”KOTOR” agar rakyat tidak takut berpakaian mengikut kehendak mereka.

“Kami mahu beri jaminan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai hak memakai apa yang mereka mahu dan kami tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Comments»

1. Liza Abd - July 7, 2011

Bersih atau kotor …baju tetap kuning…apa2 yg berkaitan dgn kuning..jd alahan pada B END 😀

nikmj - July 7, 2011

pahtu raja-raja guano? keno tuka baju jugok ko?

2. man - July 12, 2011

ngape tak buat baju kuning dgn perkataan ” Beli di kedai Melayu Dulu ”

** apa kaitan melayu dgn bersih? kita cerita pasal pilihanraya yang bersih bukan pasal parti umngok bro, wrong place ok ***

3. Mohamad - August 2, 2011

Sekarang Melayu dalam PKR dan Parti PAS menjadi ‘anjing suruhan’ DAP dan Ambiga, dalam demontrasi bersih berkenaan, berapa kerat sangat juak-juak DAP yang ada? Yang ramainya adalah pengikut PAS yang diperkudakan sepuas hati oleh DAP dan Ambiga. Malahan PAS sekarang telah menjadi Parti Anjing Suruhan (PAS) kepada DAP yang menjadi tuan besar dalam Pakatan Rakyat. Sebab itulah Negara Islam dan Perundangan Hudud digugurkan dari perjuangan PAS kerana Tuan Besar DAP tidak setuju Parti Anjing Suruhan (PAS) membuat perkara berkenaan, maka PAS pun mempromosikan Malaysian Malaysian DAP sesuka hati mereka. Inilah perosak bangsa, diperalatkan oleh DAP hingga jadi ‘anjing suruhan’. Saya bukan nak menghina, tapi lihatlah peranan PAS dalam Pakatan Rakyat, tak ubah seperti ‘anjing suruhan’ disuruh dan dimaki hamun oleh DAP sesuka hati. Misalnya isu arak dan judi di Shah Alam, selepas dimaki hamun oleh DAP, maka PAS pun tunduk patuh pada DAP dan kemuncaknya Dr. Hassan bin Ali digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor sebab beliau adalah penentang kuat DAP yang memaksa Majlis Bandaraya Shah Alam supaya membatalkan larangan jualan arak dan judi di kawasan pentadbiran majlis bandaraya tersebut. Kemudian Pilihanraya Masjid, PAS menjadi juara berkempen untuk adakan pilihanraya di masjid untuk pilih jawatankuasa masjid, ini semua adalah arahan Tuan Besar DAP, dan PAS selaku ‘anjing suruhan’ perlu mengikut semuanya. Baru-baru ini di Kedah, kononnya nak kuatkuasakan larangan premis hiburan pada bulan puasa, tapi bila DAP maki hamun PAS, maka PAS pun melutut pada DAP minta ampun dan batalkan larangan berkenaan. Tak cukup dengan itu, banyak pusat judi, rumah urut, pusat arak berleluasa di Kedah sedangkan kejadian seperti ini tidak berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional di Kedah sebelum ini. Apa sudah jadi, Parti Anjing Suruhan (PAS) akan terkucil sekiranya Tuan Besar DAP melenting. Apa cerita ini Nik Aziz, Mat Sabu, dan Hadi Awang? Tok guru pun lembik leher bila berhadapan dengan Tuan Besar DAP, apa nak dikata, sudah jenis tak reti bahasa, jadi ‘anjing suruhan’ pun tak apalah, janji dapat dengki dengan UMNO, inilah sikap dan pendirian PAS.

4. Rasurullah sedih tengok Islam berpecah - May 7, 2012

Ini cara perjuangan cara Rasurullah ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: