jump to navigation

Nasionalisme terpesong dari ajaran Islam December 20, 2010

Posted by nikmj in General.
trackback

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan fahaman pluralisme adalah bertentangan dengan Islam.

Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata ini kerana fahaman pluralisme amat bahaya kerana boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Tambahnya, Islam adalah agama yang benar di sisi Allah SWT dan tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

DPPWP juga, ujarnya bersetuju bahawa mereka yang berfahaman demikian adalah golongan yang terpesong dari ajaran Islam dan wajib kembali kepada Islam.

Namun demikian, katanya mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu bukanlah bererti menganut fahaman pluralisme.

Menurutnya, fahaman pluralisme merujuk kepada fahaman kemajmukan dan kesamarataan kepada semua agama dan bukan kepada kedudukan sesuatu bangsa.

“DPPWP tidak menafikan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di dalam Perlembagaan.

“DPPWP tetap menyokong bahawa Perlembagaan meletakkan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia,” ujarnya.

Namun apa yang dikesalkan, katanya ada sebilangan umat Islam menganggap kedudukan bangsa lebih mulia daripada agama Islam.

“Kerana itu ada sebilangan umat Islam memperjuangkan bangsa Melayu lebih daripada memperjuangkan Islam.

Mereka sanggup hidup dan mati kerana bangsa Melayu, tetapi tidak menjalankan hukum-hukum Islam seperti yang diperintahkan di dalam al-Qur’an,” katanya.

Mereka, kata beliau kononnya membela hak-hak istimewa bangsa Melayu, tetapi hukum asas Islam seperti menutup aurat, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah, jujur, adil dan lain-lain tidak dilaksanakan.

“Fahaman ini digelar sebagai fahaman nasionalisme. Ia bersifat asabiyah kepada bangsa dengan menganggap bangsanya sahaja mulia, sedangkan bangsa lain tidak,” katanya.

Justeru, beliau meminta Jamil Khir turut menyatakan bahawa fahaman nasionalisme turut terpesong dari ajaran Islam dan menyeru penganut fahaman itu agar kembali kepada Islam kerana Islam adalah lebih perlu untuk diperjuangkan daripada bangsa.

Sedangkan, katanya Islam menganggap semua bangsa adalah sama, dan hanya yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa.

Bangsa Cina dan India lebih mulia dari bangsa Melayu sekiranya mereka beriman dan bertaqwa.

Bahkan, katanya Islam lebih dahulu sampai ke negeri Cina dan India berbanding Tanah Melayu.

“Mencintai bangsa Melayu tidak menyalahi agama, tetapi menjadi satu kesalahan sekiranya sayang bangsa sehingga menolak agama,” ujarnya. (harakah)

Comments»

1. San Peng. - December 20, 2010

Hukum Islam mana yang PAS laksanakan pula?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: