jump to navigation

Isu Ketuanan Melayu December 9, 2010

Posted by nikmj in General.
trackback

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan melayu ala umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah umno sahaja yang mempertahankan ketuanan melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.

– Ketuanan melayu umno menjadikan taraf hidup orang melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan melayu umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

– Ketuanan melayu umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat di sekat sejak RMK 6  tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

– Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.

– Ketuanan melayu umno menyebabkan orang melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

– Ketuanan melayu umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan  umno telah mengkhianat orang melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Akibat persempadanan ini  selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

– Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

– Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat  Wan Tak  Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak  31.36%. Umno tidak sedarkah  majoriti  yang  mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing  menguasai lesen  beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

– Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin  contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta  ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.

– Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri  dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah. (MKINI)

Comments»

1. azman - December 10, 2010

Berhati hati dengan kenyataan lim kit siang..yg cuba untuk membangkitan isu racis dalam perkhidmatan awam..org melayu harus melihat secara mendalam dan tersirat isu yg dipermainkan oleh kit siang..kemungkinan pada masa terdekat ini ramai org cina akan menceburi perkhidmatan awam..sedangkan mereka lebih cenderong utk berniaga..ini kerana persiapan mereka untuk memerintah negara..untuk peluang berniaga..puak racist ini telah melatih begitu ramai orang dari negara china..untuk mengisi kekosongan yg telah ditinggalkan oleg org cina yg cuba memasuki perkhidmatan awam..

2. muhammad syah bin johan - December 12, 2010

sedar lah..bahawa kemajuan yang dikecapi selame ini hanyalah hasil titik peluh kerajaan BN…kenapa pihak pembangkang mahu memburuk-buruk kan lgi??? adakah pembangkang cemburu kerana tidak dapat membina kerajaan sendiri??? renung-renung kan lah…bahawasanya kerajaan BN mampu untuk menjadikan negara kita sebagai satu negara yang maju ke hadapn..

3. ibrahim - December 12, 2010

Pakatan Rakyat sudah diambang keruntuha..,buktinya dah terlihat apabila wikileaks mendedahkan bahawa ketua umum PR Datuk Seri Anwar sendiri memang terlibat kes liwat…ini ke ciri-ciri yang ada pada diri seorang pemimpin….renung-renung lah sendiri untuk masa depan negara…

nikmj - December 13, 2010

just wondering why all the developed area in malaysia especially in KL and Selangor is under PR and not BN? tHINK ABOUT IT


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: