jump to navigation

Kenapa UMNO takut bila bukan Islam berjinak dengan Al-Quran? December 2, 2010

Posted by nikmj in General.
trackback

Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka. (Harakah)

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya.

Comments»

1. kesal - December 2, 2010

Ada 2 sebab umno takut. Satu, hal-hal yg Islam larang pemimpin buat akan diketahui oleh org-org bukan Islam. Pemimpin-pemimpin PR memang bersih. Pemimpin umno dan bn lakukan yang dilarang Islam. Kedua, org umno sendiri takut baca Quran kerana mereka tahu apa halal haram (melalui terjemahan kerana ahli umno yg bukan belajar agama/sekolah agama tentu tak faham manakala ustaz umno pula adalah syaitan bisu). Kesimpulannya, mereka-org umno takut org bukan Islam beritahu mereka ‘what is right & what is wrong’. Mrk tak mahu org bukan Islam ajar mereka.Malu?!!!!

2. nkl - December 3, 2010

Pemerintah negara ini telah kerugian lebih 50 tahun untuk megembangkan ajaran agama Islam khasnya kepada rakyatnya yang bukan beragama Islam sebaliknya telah mencemarkan agama Islam melalui dasar-dasar dan pelakuan yang menghalang orang bukan Islam dari mendekati Islam malah telah membawa rakyatnya yang beragama Islam mengamalkan ajaran yang tidak seperti dikehendakki dalam Islam itu sendiri menyebabkan mereka ketinggalan dalam banyak hal berbanding dengan rakyat bukan Islam.
Sekiranyanya pemerintah ikhlas dalam mengembangkan agama Islam sepanjang pemerintahannya agama Islam sepatutnya telah dilihat dalam perspektif yang positif oleh rakyat bukan Islam seterusnya membawa mereka mendekati dan mesra kepada agama Islam dan berkemungkinan besar telah menarik ramai dari mereka memeluk agama Islam.
Inilah kerugian besar yang telah dilakukan oleh pemerintah sekian lama. Bukan sahaja mereka membina rasa tidak selesa, sangsi dan benci dalam kalangan rakyat bukan Islam terhadap agama Islam malah mereka telah memecah belahkan rakyatnya mengikut aliran agama dan sudah pastinya mengikut warna kulit.
Bagi kebanyakan rakyat bukan Islam pandangan mereka ialah Islam itu agama orang Melayu punya, jangan pergi sentuh atau ambil tahu, jangan masuk lopak mereka, nescaya akan dikenakan berbagai tindakan dan tekanan. Jadi buat apa nak ambil tahu, tetapi kesan paling buruknya ialah Islam dilihat sebagai sesuatu yang sangat negatif oleh mereka!
Apakah mereka ini akan dilaknat di hari kemudian nanti seperti mana selalu disebut apabila seseorang itu tidak melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang diajar oleh agama mereka, apatah lagi menyebabkan agama Islam dilihat begitu negatif oleh yang bukan Islam, belum dikira lagi amalan yang tidak selari dengan ajaran Islam yang sebenar oleh rakyatnya yang Islam.

3. gaban - December 9, 2010

UMNO x takut la….mslahnye ape yang d tafsir tu jauh panggang dari api mknenya…cakap parti islam???macam ni ke parti islam????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: