jump to navigation

Padan muka media perdana !!! November 15, 2010

Posted by nikmj in General.
trackback

Tindakan kerajaan Kedah tidak membenarkan beberapa media Umno membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula hari ini terus menerima sokongan.

Sambil menyokong, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim turut mempersoal kenapa isu itu diperbesarkan, sedangkan kerajaan BN Perak turut melakukan perkara sama kepada media alternatif.

“Kenapa heboh media pro BN tidak boleh masuk sidang DUN Kedah sedangkan di Perak media dan blogger pro PR sudah lama dihalang masuk dewan,” soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membandingkan tindakan BN Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang turut menghalang media pro Pakatan Rakyat membuat liputan beberapa sidang DUN sebelum ini.

“Sesekali selayaknya kita boleh cakap padan muka…,” katanya sinis.

Beliau mengulas beberapa organisasi media, dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

“Hak media hanya bebas kepada media pengampu BN dan merekalah penghianat kepada rakyat,” katanya. (harakahdaily)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: