jump to navigation

Angkara Cartoon-O-phobia, Zunar ditahan Akta Hasutan September 24, 2010

Posted by nikmj in Entertainment, General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

“Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.

“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.

Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.

Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan.

“Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.

“Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun,” kata Zunar.

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks – sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.


Comments»

1. Abd hamid zaini - September 24, 2010

Katoon katoon yang menakutkan mereka kerana kebenaran katoon katoon berbicara.Hanya orang yang bersalah saja merasa kepedihan kata kata katoon ,kerana minda mereka telah rosak sampai tidak boleh berfikir secara waras/normal.Otak yang normal adalah anugerah yang tidak ternilai dengan harta dan RM dari sejak lahir hinggalah mati.Otak dan Akal yang sempurna mampu memelihara Rohani dan Jasad dari rosak apabila diberi makanan yang suci dan bersih(halal).Tetapi otak dan akal rosak bila diberi makan dengan makan yang haram menyebabkan dihati seseorang itu hilang pertimbangan Amanah perhubungan kemanusian.Banyak perkara yang lebih teruk merosakan minda dan mengucakacirkan keharmonioan hidup.Contoh yang Nyata tapi kerajaan pekak dan bisu,judi.pelacuran,arak.dadah dan macam lagi kenapa tidak hapuskan?Katoon hanya menegur yang membina minda bukan merosakan minda.Yang merosakan minda tadi adalah sumber yang haram,kerja tak amanah,rasuah dan maksiat yang berluasa tapi tutup mata.Tidak ada satu agama pun yang membenarkan perkara bertentangan dilakukan.Hatta agama hindu yang mencucuk tubuhnya dengan jarum dan besi kawadi tanpa ada sifat jujur dan amanah tuhan tak akan merestui perbuatannya.Renungkanlah Baiah amanah yang kita pegang sejak dari dalam rahim ibu?Adakah kita sebagai Khalifah melakukan sebaik baik amanah yang diberi?…Kalau alim ulamak beri teguran didalam surau dan masjid dihalang,katoon katoon yang memberi teguran pada oarang yang tak kemasjid dan surau siapa lagi yang boleh kita harapkan menegur dan menasihat agar berbuat kebaikan.Harapkan Mufti dan ulamak! nak selesaikan masalah sembelihan ayam pun tak terjaga.Yang Halal menjadi haram teramat mudah tetapi yang haram menjadi halal teramat sukar.Inilah asas memelihara akidah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: