jump to navigation

Sosilawati : Bos suruh bunuh, senjata dijumpai September 18, 2010

Posted by nikmj in General, islam, National.
Tags: , ,
trackback

Taksub kepada majikan dipercayai menjadi punca enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting sanggup melakukan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menurut laporan Kosmo.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, terdapat di kalangan pekerja itu telah 15 tahun bekerja dengan majikan itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengakuan empat daripada enam pekerja itu, mereka menyatakan mangsa-mangsa telah diikat, dipukul, ditikam dan dibakar sebelum abu kesemua mayat itu di buang ke dalam Sungai Panchau.

Kayu kriket dan pisau yang disyaki digunakan dalam kes pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ditemui di Ladang Gadong dan Sungai Panchau. Polis percaya kayu itu digunakan untuk memukul mangsa sehingga parah sebaik mereka tiba ke ladang milik suspek utama pada 30 Ogos lalu sebelum mereka diikat, ditikam, dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata pihaknya menemui kayu kriket berkenaan ketika operasi mencari bahan bukti di kawasan pembunuhan serta sungai berhampiran, baru-baru ini.

Katanya, polis juga menemui barangan lain seperti pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam keempat-empat mangsa sebelum mereka dibakar.

“Semua bahan bukti yang perlu dan ada kaitan dengan pembunuhan kejam berkenaan sudah pun ditemui,” katanya.(hmetro)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: