jump to navigation

‘Ustaz Kamal’ buktikan sandiwara UMNO dalam isu masjid September 17, 2010

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, news, Politics.
Tags:
trackback

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi “berkura-kura”, berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi “kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara”

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan ‘tazkirah’.

Terdapat juga gambar Kamalanathan – yang didakwanya digelar ‘Ustaz Kamal’ oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu – menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

“Lebih hebat, ‘Ustaz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

“Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?” soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu. (mkini)

Comments»

1. Ibn Abd Halim - September 17, 2010

Biasalah! Parti tu dah nazak. Ibarat orang sedang kelemasan dalam sungai. Apa saja yang lalu, sama ada kayu buruk, ranting reput atau bolong taik yang hanyut tentu dipautnya.

Dia pastikan dia saja boleh buat sesuka hati. Orang lain tak leh.

2. nor adzim - September 17, 2010

kenapa pihak sultan/ raja /ahli2 politik diam membisu seribu bahasa…perkara paling utama ialah berlaku adil terhadap semua…moralnya:Betul kata Dato Nik Aziz..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: