jump to navigation

Tanpa UMNO -> Melayu lebih kukuh, Malaysia lebih maju July 19, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news.
Tags: ,
trackback

Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

“Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

“Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

“Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS,” katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

“Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

“Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang,” katanya. (Harakahdaily)

Comments»

1. Zane - July 20, 2010

Memang benar sekali.Malaysia akan lebih maju tanpa UMNO. Tanpa UMNO tidak akan ada amalan rasuah. Projek kerajaan dikembungkan untuk keuntungan berganda kepada kontraktor yg kononnya bumiputera tetapi adalah juga AJK, YB-YB UMNO. Dari pembelonan sebut harga ini sebahagiannya utk tabung UMNO, wang untuk temberang orangramai dalam PRU akan datang. Sudahnya rakyat hilang wang khazanah berbillion-billion! Beratus-ratus ribu juta ringgit!

Bukan payah pun mencari bukti penyelewengan. Pegawai kerajaan yang bekerja di jabatan2 dapat menghidunya melalui borang2 yg mereka kena sain dan sahkan. Charge komputer sebuah RM10,500, logikkah? Brandnya entah apa-apa..pernah dengar jenama KOMNAS? Ya, harganya RM10,500 seunit! Itu baru sebuah komputer, belum masuk lagi benda yg besar2 seperti bangunan2 sekolah, klinik2 dan lain2 nya. Memang ,mentekederah sungguh dan ini berlaku seantero negara, hatta Sabah dan Sarawak.

Kerja UMNO! Aku cukup meluat dengan papantanda yang mereka dirikan setiapkali mendirikan projek kerajan..”satu lagi projek barisan Nasional..” Taik hang!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: