jump to navigation

PAS nafi desak DSAI isu Yahudi July 2, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, mstar, Najib Razak, National, news, Politics.
trackback

Ini adalah laporan mstar terdahulu,

Khamis Julai 1, 2010
Isu Israel: Ketua Dewan UIama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

“Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini… sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

“Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini pula laporan Harakahdaily, menafikan laporan tersebut,

“Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu,” tegas Datuk Harun Taib (kanan).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online hari ini yang berjudul ‘Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian’.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak tadi.

Namun, sekiranya benar sekali pun berita tersebut, beliau berkata, kenyataan Anwar itu bukanlah mencerminkan pendirian umum Pakatan Rakyat.

Melihat pada jalur permainan media di peringkat antarabangsa dan tempatan terbabit dalam membunuh karektor Anwar, beliau berkata, agen Yahudi serta agen APCO terbabit mungkin berminat untuk membantu Umno menghadapi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

“Kalau dah begini kaedah Yahudi APCO bekerja di peringkat antarabangsa, tak mustahil mereka ini berminat untuk bantu Umno BN membuat kejutan dalam pilihan raya umum depan ini,” jelasnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: