jump to navigation

Isu wanita solat jumaat, UMNO tak faham islam June 26, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news, solat.
trackback

Memang sah ulama UMNO ni kurang faham tentang ajaran Islam. Terkini cuba lihat apa yang dikatakan UMNO tentang isu wanita solat jumaat.

Tidak kira pangkat, pengaruh, keluasan ilmu pengetahuan, gelaran dan tidak kira di dalam bidang apa sekali pun, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak boleh mengingkari larangan itu. Biar pun alasnnya kerana ada isteri duduk di dalam kereta menunggu suami bersolat Jumaat, mahu pun atas tujuan politik, larangan mendahului Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. memang jelas sejak dahulu lagi.

Aktivis UMNO, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin, berkata Nik Aziz tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati seperti cadangannya supaya wanita mengerjakan Solat Jumaat. Selanjutnya disini

Kita lihat pula apa kata mufti Selangor.

Selangor mengalu-alukan kehadiran jemaah wanita bagi menunaikan solat Jumaat di negeri itu sekiranya mempunyai kelapangan dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dilaporkan sebagai berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.

Menurutnya, Selangor memang sudah mengamalkan solat Jumaat wanita sebelum jawatan mufti diwujudkan iaitu bermula tahun 1935 hingga 1952. Selanjutnya disini

Saya percaya ramai rakyat Malaysia telah pun keluar negara dan melihat bagaimana Islam dilaksanakan. DiMalaysia ramai merasakan diri mereka lebih Islam dari orang lain. Apa yang diamalkan oleh umat Islam luar negara dianggap tidak relevan dan tidak Islam seislam islam Malaysia, contohnya wanita solat Jumaat.

Ulama PAS telah bersuara, begitu juga dengan mufti Selangor. Bagaimana pula dengan 40 ulama muda yang baru menyertai UMNO?. Inilah masa terbaik untuk membetulkan kekurangfahaman Islam dikalangan aktivis UMNO.

Comments»

1. Ibn Abd Halim - June 26, 2010

40 ulamak muda yg menyertai UMNO tu dah ada tugas. Buat kuliah untuk ahli UMNO yang mana kehadirannya wajib. Majoriti ahli UMNO, termasuk pemimpinnya jahil agama. Ahli UMNO wajib ditarbiahkan terlebih dahulu supaya Islam tidak menjadi alat politik kepartian.

UMNO jahil agama sebab banyak perkara yang tidak menjadi halangan atau haram, diharamkan UMNO. Yang peliknya yang haram dihalalkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: