jump to navigation

Chedet pun tak tahu sejarah June 25, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news.
Tags: ,
trackback

Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.

Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 ‘ulama’ yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.

Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.

Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah. Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.

Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.

Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.

Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai ‘bahaya dari gunung’.

Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali ‘kebulur’ untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang saya tahu adalah beberapa pimpinan dan tokoh Pas yang menyertai Umno seperti Ustaz Nakhaie Ahmad yang kini menjadi ‘ulama besar’ bertaraf mursyidul am dalam Umno.

Hari ini ‘ulama-ulama’ yang ada dalam Umno merupakan golongan yang tercicir dari jalan dakwah serta mereka yang terpesona atau terpedaya dengan habuan yang ditawarkan oleh Umno dengan cuba mencari jalan pintas dalam perjuangan tanpa memahami sirah sebenar perjuangan yang dibawa Nabi SAW.

Pas memang dikenali tidak pernah tandus tokoh-tokoh ulama yang sentiasa bersilih ganti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam. Maka Umno yang gerun dengan sokongan padu ulama-ulama muda cuba mencari jalan untuk ‘mengislamkan’ Umno. Antaranya ditubuhkan ILIM ( Institut latihan Islam Malaysia).

Tetapi sayangnya pusat latihan seperti ILIM ini gagal menyaingi sistem tarbiyyah sudah bertapak sekian lama dalam Pas. Maka lahirlah golongan ‘ulama’ dari ILIM yang hanya pandai membodek dan mengampu pemimpin Umno seperti Zamihan Mat Zin yang membuat tuduhan bangang bahawa Presiden Pas terlibat dengan JI.

Sebenarnya ‘ulama-ulama’ Umno seperti Zamihan dan yang sewaktu dengannya bukan akan menguatkan dan membawa imej Islam dalam Umno tetapi sebenarnya menyebabkan Umno terus dipersenda dengan imej Islam 1Malaysia misalnya ‘fatwa’ menghalakan kerjasama dengan APCO milik Yahudi dan begitu kemaruk hendak meluluskan lesen judi bola (Angkasanuri)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: