jump to navigation

Saiful Apek direman polis isu ganja June 14, 2010

Posted by nikmj in General, National, news.
Tags:
trackback

Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.

Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut.

Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut.

“Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

“Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja,” kata beliau.

Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.

Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Bakat Saiful Apek mula dicungkil selepas dia menyertai sebuah rancangan realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan kira-kira 10 tahun lalu sebelum dia menyertai sebuah kumpulan lawak, Senario.

Artis itu pernah membintangi beberapa filem termasuk Cicak Man, Duyung dan Nana Tanjung.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di Pangsapuri Sunway Court berkata, sudah dua hari dia nampak kelibat polis berkeliaran di kediaman Blok C tempat artis itu tinggal. (kosmo)

Comments»

1. safiahbasha@gmail.com - June 16, 2010

salam
sian apek kener remanbebbbb

2. peminat senario - June 16, 2010

salam..
wlupun gua peminat senario, gua mmg suspek apek tuutttt.. sebab tu tak gemuk2..

3. zinc - June 17, 2010

what ever is dy buat lawak berdasarkan logik bukan berdasarkan kehayalan.. kita dulu sama2 penah merasa pahit manis kenangan lawak2 dy. so kita sepatutnya menyokong dy bukan nak menindas dy. lagi pun dy amik untuk kegunaan sendiri bukan tuk jadi kaya. dan dy sememangnya dah kaya.

4. tuah iman - June 19, 2010

Nak wat lawak tak perlu abik ganja..gunakan bakat semulajadi yang tuhan berikan..kaalau apek benar bersyukur lah tetapi kalau salah beri lh hukuman yang setimpal dengan kesalahan nya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: