jump to navigation

LIVE Demo Anti Zionis 4 Jun 2010 June 4, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, Politics.
Tags:
trackback

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.

3.05 petang: Polis melepaskan pimpinan utama untuk menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US. Diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Lim Kit Siang.

3.00 petang: Hanya DSAI dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berjalan menuju kearah Kedutaan Amerika.

2.58 petang : Lebih kurang 500m keKedutaan Amerika orangramai berhenti  berarak dan berkumpul disitu.

2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.

2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.

2.52 petang: Sekumpulan Pekida mengganggu himpunan di hadapan kedutaan dengan menaiki kren dan meminta kumpulan NGO yang sedang berucap supaya memberi laluan kepada mereka.

2.51 petang: Dr. rani dari Yayasan Amal berucap menyatakan bukan sahaja orang Islam malah orang Kristian juga turut membela Palestin dan tidak boleh menerima tindakan kejam Israel.

2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.

2.38 petang: Peserta kini sudah berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2.35 petang: Dianggarkan lebih 50 ribu orang sedang berarak menuju ke Kedutaan US dan akan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.

2.30 petang: Terdapat 4 buah trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan. Wakil Aqsa Syarif Selangor sedang menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan melaungkan ‘Zionis Terrorist’. FRU mula memperketat kawalan.

Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel dan menghargai usaha Turki memberikan kapal untuk misi kemanusiaan.

2.28 petang: Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3km untuk sampai ke Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi pihak Polis. Sekurang-kurangnya 7 buah trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.

2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan ‘hancur Yahudi’.

2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.

Comments»

1. veera - June 7, 2010

yahudi see how the malaysian live a peaceful living in a multi-racial
country.islam is the main religion in the country but every body pratice
their own religion freely.hidup satu msia

2. saladin - June 14, 2010

wah…ramai nya buat demonstrasi……alangkah baiknya kalau ramai mcm ni buat solat subuh berjemaah. Pasti yahudi laknat teramat sakit hati. Demostrasi2 ni yahudi gelak je tgk….

nikmj - June 14, 2010

dia org berdemo setelah selesai solat jumaat dan solat hajat beramai-ramai. persoalanya diamankah anda ketika itu? apakah sumbangan atau tindakan anda tentang kezaliman zionis ini? adakah anda sekadar melihat dan mengata sahaja tanpa berbuat apa-apa?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: