jump to navigation

Wanita wajib solat dibelakang lelaki May 18, 2010

Posted by nikmj in General, islam, mstar, news, solat.
Tags:
trackback

Hadith:

Abu Naim mennyampaikan kepada kami katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami.”

(Bukhari)

Huraian :

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 34 yang bermaksud :“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana merekatelah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaansuami sebagaimana yang Allah tetapkan.”

Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.

Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah S.W.T secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan, Rasulullah bersabda: ‘Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.’ (Riwayat Muslim).

Bila saf terisi penuh, maka mulailah dengan saf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk saf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota saf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Comments»

1. aisyah - June 12, 2010

insyallah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: