jump to navigation

Isu PERKASA diHulu Selangor, siapa lawan siapa kawan? April 26, 2010

Posted by nikmj in General, malaysia today, malaysianinsider, National, news.
Tags: ,
trackback

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.

BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi. … seterusnya diTMI

Persoalannya, apa fungsi PERKASA diPRK P94, siapa yang disokongnya? Kalau sokong Melayu, mesti pangkah PKR dan bukan MIC.

Kalau sokong MIC, kenapa menyebelahi bukan Melayu? Kalau bukan sokong Melayu, apa ke jadahnya PERKASA tu? Macam mana pula dengan risalah yang dijumpai diHulu Selangor ini?Risalah ihsan Malaysia Today

Siapa punya angkara? PKR atau UMNO atau PERKASA? Semua pihak main tuduh menuduh. Semua tak mengaku. Kalau tak berani mengaku, kenapa sanggup edar? Kalau dah PERKASA kenapa menentang calon Melayu? Ini suatu percanggahan ideologi. Buat undang-undang, resolusi tetapi sendiri tak mahu ikut. Kalau tak mahu ikut kenapa buat?

Sekarang kenapa harus disalahkan kaum Cina? Kalaulah saya seorang Cina dan membaca risalah diatas sebelum mengundi, semestinya saya juga tidak akan menyokong BN kerana bersekongkol dengan perkasa dan cuba menidakkan hak kaum lain secara langsung dan tidak langsung.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: