jump to navigation

PRK P94 Hulu Selangor : Menangkan Zaid untuk menyedarkan UMNO – TGNA April 24, 2010

Posted by nikmj in General, malaysiakini, news, P94 Hulu Selangor, Politics, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
trackback

Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di kalangan pengundi Melayu.

Penyelamatnya ituhulu selangor by-election 230410 nik aziz support zaid ibrahim 02hadir dalam bentuk, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif selama dua hari bermula semalam.

Pengarah penyelidikan PAS pusat, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.

“Tok Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah bertaubat.

hulu selangor by-election 190410 zaid ibrahim walkabout 05“(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu. Dia akan beri hujah-hujah balas,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

“Sebelum masuk Islam, (Khalid) minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.

“Tapi bila dia masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam,” katanya.

WNONEan Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai ‘kaki botol’ dan juga ‘kaki judi’ itu akan kembali memberi kesan kepada BN.

“(Nik Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat,” katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin Kelantan.

NONE“Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga,” katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.

Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu baik.

Nik Aziz uzur

Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

KehadiranNONE tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

“Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong,” katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh. (mkini)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: