jump to navigation

PRK P94 Hulu Selangor : DSAI cabar Najib debat isu APCO April 23, 2010

Posted by nikmj in malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Suara Keadilan: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.

“Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja,” jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.

Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.

“Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

“Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.

“Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid,” jelasnya lagi.

Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.

“Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara,” tegas Anwar lagi.
Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.

Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya. (ZaidUntukRakyat)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: