jump to navigation

Isu kahwin tanpa izin Bung dan Zizie – Hal peribadi dan terserah pada mahkamah April 21, 2010

Posted by nikmj in General.
Tags:
trackback

KES ini (poligami tanpa izin) terlalu peribadi. Jadi, biarkan pihak mahkamah tentukan pada 18 Mei ini,” kata aktres Zizie Izette kepada mStar Online berhubung perkahwinannya dengan Datuk Bung Moktar Radin yang didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin.

Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun lalu sah mengikut hukum syarak.


Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

“Pernikahan kami sah mengikut hukum Allah dan syarak, ada wali dan saksi. Cuma kami bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia.

“Bagaimanapun, kami tidak perlu mempertikaikan tentang pernikahan ini kerana ia terikat dengan kuasa undang-undang. Kita tunggu sahaja keputusannya pada 18 Mei ini dan lihat apa yang akan berlaku selepas itu,” ujar pelakon drama popular itu yang turut hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur bersama-sama suaminya pagi tadi untuk dibicarakan atas kesalahan tersebut.

Bung Moktar dan Zizie telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur hari ini untuk menghadapi dakwaan berpoligami tanpa kebenaran. Kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim menetapkan 18 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman.

Bagi Zizie, biarlah dia simpan sahaja cerita tentang mengapa perkara itu berlaku kerana tidak elok untuk menceritakan tentang kisah peribadi mereka ibarat membuka pekung di dada.

“Saya rasa tak seronok untuk bercerita tentang perkara ini. Saya tahu mesti ramai yang tertanya-tanya tentang sebab-musababnya,” tuturnya lagi.

Ditanya adakah kes itu mengganggu hubungannya dengan suami, Zizie menjawab: “Kami masih lagi suami isteri…” ujarnya ringkas dan tergesa-tergesa untuk meletakkan telefon kerana mahu bersiap untuk terbang ke New York, Amerika Syarikat pada malam ini atas urusan perniagaan. (mstar)

Comments»

1. Amir - April 21, 2010

Mcm mana dia buat undang2, dia pegi langgar. Memalukan ahli parlimen mcm ni. Skrg ni dah ramai hakim syarie muda2 yg berani. Rasanya dlm kes poligami tanpa kebenaran boleh dikenakan penjara. Jgn main2 dgn mahkamah syariah. Denda tidak memadai kerana mereka org kaya. Kes ini menjadi liputan luas sbb melibatkan artis. Jd diharapkan satu hukuman berat dijatuhkan yg boleh bagi pengajaran pada org lain. Nak kawin, ikutlah prosedur….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: