jump to navigation

PRK P94 Hulu Selangor : BN mesti hentikan fitnah agar tidak kempunan kerusi parlimen April 20, 2010

Posted by nikmj in budget2009, General, malaysiakini, National, news, P94 Hulu Selangor.
trackback

Pihak gerombolan nampaknya seperti kehabisan idea yang bernas untuk berkempen diHulu Selangor.

Sejak kempen bermula, mereka tak habis-habis membuat fitnah dan cuba membunuh karakter calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan melabelkan beliau sebagai kaki botol.

Tidakkah mereka sedar, dengan berbuat demikian ia secara langsung mendedahkan kelemahan parti UMNO itu sendiri?

Sekurang-kurangnya Zaid mengaku berbuat demikian semasa muda (semasa menjadi ahli UMNO) dan kini beliau telah pun bertaubat.
Bagaimana pula dengan mereka yang didalam UMNO yang masih belum bertaubat tetapi berlagak alim didepan kamera? Apa lebihnya calon BN? Apakah beliau juga tidak pernah minum? Ingatlah, memfitnah itu hukumnya berdosa lagi besar dari membunuh !

Jika BN ingin bercakap dari segi moral, cuba tilik diri sendiri dahulu. Adakah menahan suspek tanpa bicara itu bermoral? Bagaimana pula hubungan seks dengan wanita bawah umur? Skandal PKFZ? 

Itu belum lagi dari soal rasuah. Misteri kematian TBH masih belum diselesaikan. Kes raba-raba kenapa senyap? Bersalah politik wang masih boleh jadi ADUN? Bagaimana dengan kes pita rakaman video hubungan seks dengan kawan tetapi selepas itu boleh menjadi Presiden parti komponen BN pula?  

Semua benda itu OK jika anda ahli BN. Hinggakan menjadi towkey arak, judi pun tak menjadi masalah.

Lupakankan semua hal lain. Yang penting, pastikan kemenangan PKR didalam PRK P94 Hulu Selangor akan menjadi suatu suara rakyat yang kuat agar kerajaan BN sekarang segera berubah kearah kebaikan untuk semua. Hentikanlah projek memperbodohkan rakyat. 50 tahun sudah cukup jika semua rakyat cukup memahami.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: