jump to navigation

PRK P94 Hulu Selangor : Tolak politik ganas BN April 19, 2010

Posted by nikmj in By election, General, harakahdaily, islam, National, news, P94 Hulu Selangor, Politics.
Tags:
trackback

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat.

Baginya, pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti, berwibawa dan prihatin kepada rakyat.

Katanya, para pengundi di Hulu Selangor boleh menilai dua tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan  budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa.

“Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah, kekerasan dan ugutan untuk meraih undi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya, AMK Selangor yakin pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat.

Beliau berkata, budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh BN amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di situ.

Justeru, tambahnya BN perlu ditolak dalam pilihan raya kecil itu yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman, kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum.

“Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis,” katanya. (Harakahdaily)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: