jump to navigation

PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat penamaan calon April 17, 2010

Posted by nikmj in By election, General, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, mstar, National, news, P94 Hulu Selangor.
Tags:
trackback

Berikut adalah perjalanan hari penamaan calon di Parlimen Hulu Selangor hari ini:

11.30 am : All four candidates, Zaid, Kamalanathan, Chandran & Johan, confirmed as candidates for April 25 polling

11.15 am: Tempoh bantahan berakhir.

11.00 am: DSAI bertemu J Anuradha. Sejurus selepas itu beliau membuat pengumuman yang beliau akan menyokong calon PKR. Ayah J Anuradha merupakan pengasas MIC Kuala Kubu Baru

10.50 am : Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel dilihat bersama TS Muhyiddin dipusat penamaan calon

10.20 am Para penyokong berada 20 meter antara sama lain. Mereka saling melaungkan antaranya ‘Altantuya’, ‘Chua Soi Lek’, ‘kaki botol’ dan ‘liwat’ serta ‘Umno-Apco, Umno-Apco’.

10.15 am: Trak polis di bawa untuk memisahkan penyokong-penyokong BN dan PR apabila berlaku ejekan-ejekan yang tak terkawal di anatra kedua belah pihak.

10.10Pagi: Berlaku sedikit kekecohan apabila bekas ahli MIC Anuradha Jayasingam, 40, memberitahu beliau ingin menghantar borang pencalonannya namun dihalang oleh polis.

10.05Pagi: Empat nama calon yang menghantar borang pencalonan adalah Datuk Zaid Ibrahim (PKR),P.Kamalanathan (MIC, dua calon bebas, Johari Mohd Diah dan S. Chandran.

10.00Pagi: Tempoh penamaan calon telah ditutup dan tempoh bantahan bermula.

9.45Pagi: Pemimpin BN yang diketuai oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Dr Wee Ka Siong, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melawat ke khemah calon PKR di sini.

Mereka dilihat berbual mesra dengan pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

9.40 Pagi: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melawat khemah BN di pusat penamaan calon.

Beliau dilihat berbual-bual dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn

9.35 Pagi: Calon bebas, V.S. Chandran tiba di pusat penamaan calon dan mengemukakan borang pencalonan

9.35 Pagi: Keadaan di luar kawasan pusat penamaan calon tenang dengan kawalan ketat oleh anggota keselamatan.

Sebuah helikopter PDRM juga sentiasa berlegar memantau perkembangan.

9.25 Pagi: Calon BN, P. Kamalanathan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin kanan BN tiba di pusat penamaan calon.

9.20 Pagi: Datuk Seri S. Samy Vellu terkena kawad duri semasa ingin memasuki ke pusat penamaan calon setelah berlaku adegan tolak menolak penyokong yang turut ingin memasuki dewan itu.

Turut cedera, Speaker Perak, Datuk S. Ganesan yang mengalami kecederaan di tangan kanannya.

9.02 Pagi: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim bersama-sama pencadang dan penyokong masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk mengemukakan borang pencalonan mereka.

9.01 Pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Norisham Ahmad Dahlan mengumumkan bahawa calon yang bertanding boleh mengemukakan borang pencalonan masing-masing sehingga pukul 10 pagi.

9.00 Pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi beliau Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

8.50 Pagi: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

8.10 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia membuat tinjauan udara menggunakan helikopter di kawasan sekitar pusat penamaan calon.

8.00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon.

7.50 Pagi: Petugas-petugas media mula hadir di pusat penamaan calon di sini.

7.40 Pagi: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu di ‘boo’ penyokong Pakatan Rakyat semasa berjalan memasuki pusat penamaan calon.

7.30 Pagi: Sebahagian anggota media tidak dibenarkan masuk ke kawasan penamaan calon.

Namun selepas perbincangan, hanya pihak media yang mempunyai pas media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan masuk.

7.15 Pagi: Jumlah kehadiran penyokong kedua-dua parti yang beertanding semakin ramai memenuhi ruang pusat penamaan calon.

Terdapat juga puluhan gerai jualan di buka di kawasan pekan Kuala Kubu Bahru.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal.

7.00 Pagi: Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mula membanjiri kawasan sekitar pusat penamaan calon dengan membawa bendera dan sepanduk masing-masing.

6.45 Pagi: Anggota keselamatan mula mengawal lalu lintas di Bandar Kuala Kubu Bharu.

Beberapa jalan utama menghala ke pusat penamaan calon ditutup untuk kenderaan

Comments»

1. andi - April 19, 2010

Great article …Thanks for your great information.I will be waiting for your next post.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: