jump to navigation

Bukti APCO-Israel-1Malaysia dikemukakan Anwar March 30, 2010

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

“Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini,” katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya – satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Untuk keratan bukti seterusnya sila ke laman Anwaribrahimblog

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

“Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan,” katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat. (mkini)

Comments»

1. nikmj - March 31, 2010

APCO did work for Israel in the 90s

KUALA LUMPUR, March 31 — APCO’s denial that it ever did any work for the Israeli government has proven untrue as a Straits Times report revealed that filings with the US Justice Department show otherwise.

The international public relations firm “entered into an agreement in 1992 to provide services for the Jewish state.

“In written queries about the State Department filing, APCO said it worked with another associate company on a project for the Israel government at the time.”

APCO’s deputy managing director B. Jay Cooper said, “The work, which was primarily in the media area, involved acquiring US government money for Russian immigrants’ housing in Israel.”

Cooper went on to explain that APCO “was then owned by Grey Global Group.”

“In 2004, APCO did a management buy-out and cut all ownership ties with the Grey Global Group,” he said. “APCO Worldwide, with new ownership, is today’s company.”

APCO’s own public relations nightmare began when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim alleged that the prime minister’s 1 Malaysia campaign was APCO’s idea and closely mirrors former Israeli prime minister Ehud Barak’s One Israel campaign.

Anwar had suggested that One Israel was conceived by APCO.

The link, while tenuous, could weaken Malay support for Datuk Seri Najib Razak’s administration.

So far, APCO and senior government officials have denied that it has any links with Israel.

But Anwar, speaking in Parliament yesterday, dropped another bombshell when he said that APCO’s link with the Malaysian government began well before 1 Malaysia.

Anwar also zeroed in on Asero Worldwide, an APCO associate, that specialises in homeland security and is headed by Israeli security experts.

http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/58124-apco-did-work-for-israel-in-the-90s


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: