jump to navigation

Benji takkan digantung March 25, 2010

Posted by nikmj in Entertainment, mstar, National, news.
Tags:
trackback

Aktor drama Khaeryll Benjamin, 31, atau Benjy mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram methamphetamine atau syabu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Anak lelaki seniwati Azean Irdawaty itu, yang sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram dadah itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan Benjy diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes itu.

Sementara, ibunya, aktres veteran Azean Irdawaty yang turut hadir di mahkamah tersebut ditemani anak perempuannya bertindak selaku penjamin.

Benjy yang ditahan reman selama tiga minggu bermula 12 Mac lalu bersama rakan wanitanya berusia lingkungan 20an dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut. (mstar)

Nasib baik beliau didakwa dibawah seksyen 12(2) yang tidak membawa kehukuman gantung seperti yang diwar-warkan semasa beliau ditangkap tempohari. Kalau tidak malaplah suasana dunia seni seketika. Tetapi yang menjadi persoalannya, kenapakah insan seperti beliau boleh terbabit atau terjebak kedalam dunia dadah ini? Jika dilihat pada kedua ibubapanya dan adik beradiknya, tidak mungkin beliau sepatutnya melibatkan diri dalam kes ini. Apa pun diharapkan agar semuanya akan berakhir dengan baik.

Comments»

1. nikmj - March 26, 2010

Benjy Ditahan Semula Selepas Selesai Bayar Jamin

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret hari ini berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

Seorang daripada anggota polis itu dilihat menghampiri Benjy dan memegang tanganya sambil menyatakan dia akan ditahan semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Benjy, yang kelihatan terpinga-pinga, hanya sempat bersalaman dengan ibunya tanpa berbual apa-apa dengan Azean yang juga kelihatan amat terkejut.

Azean dengan suara gementar sempat bertanya kepada polis mengapa Benjy ditahan dan hanya mampu mengalirkan air mata melihat Benjy dibawa pergi.

Adik Benjy, Elza Irdalyna yang turut berada di situ, menjerit ke arah anggota polis berkenaan sambil menangis tetapi kemudiannya dipujuk oleh Azean.

Azean yang kelihatan lemah memberitahu pemberita bahawa beliau kesal dengan cara layanan polis kerana tidak memberi penerangan yang sewajarnya.

“Beberapa kali Kak Yan tanya kenapa anak saya ditangkap tetapi tiada seorangpun yang beritahu kenapa. Tidakkah seorangpun anggota polis di situ berfikir bahawa Kak Yan ni adalah ibunya yang sedang sakit. Tak boleh beritahu elok-elok ke,” katanya.

Azean yang menangis sepanjang temubual itu berkata beliau kini kebingunan.

Peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, berkata anak guamnya itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan beliau berharap akan dapat berjumpa dengan Benjy tanpa sebarang sekatan.

Majistret Hafizza Sauni pagi tadi membenarkan Benjy dijamin sebanyak RM2,000 setelah pelakon itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamin (syabu) seberat 0.24 gram.

Anak lelaki tunggal Azean itu, yang sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: