jump to navigation

Atasan UMNO punca Melayu ketinggalan March 22, 2010

Posted by nikmj in General, malaysia today, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata: “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”. Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun. Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.

Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, iyu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka. Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu. Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?

Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu. Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia. Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?

Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul. Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Tak kan lah ini pun tak faham. (Zaid Ibrahim)

Comments»

1. pro pas - April 4, 2010

buat apa pilih PERKASA nak dapatkan hak Melayu , perjatuhkan UMNO dan BN atau sekurang-kurangnya gulingakan Najib. Dialah perosak UMNO dan orang Melayu dah tu pergi bersekongkol dengan Israiel. Saya rasa PR tak seteruk UMNO/BN. Undilah PR.

2. effy mohd jamin. - April 14, 2010

sya tdak berpihak belah manapun cuma bg sya org melayu pas adalah sebuah parti memg berteraskan islam dan pemimpinya pun memg kebanyakanya kuat beribadat tapi kalu nk dibandingkan dari segi fizikal pemerintahan pas dan umno contohnya dari segi hak2 melayu dan perbelanjaan menteri2 umno memgla besar bugdetnya contohnya cuba teliti perbelanjaan najib dan rosmah ke luar negara dan bandingkan dgn perbelanjaan tok guru dlm parti pas dan secara fizikalnya sya tinggal di bentong pahang cubala semua org melayu tgk dan org umno tgk berapa biji atau buah atau atau tanah di atas nama org melayu contonya papan tanda syarikat bertulis YUSOF SDN BHD,MAMAT ENTERPRISE atau AMINAH SDN BHD…tak ada pun..yang ada HAU SENG LEE SDN BHD,AH CHONG ENT dan bla bla bla..dari mata kasar pun kte org melayu boleh tgk yang kte semua org melayu bergantung pada kaum cina terutama pada musim perayaan dan boleh dikatakan ble cina raya melayu susah dan byk org melayu moden sekarang lg suka mkn gaji tinggi dari berniaga mcm kebanyakan melayu di kelantan dan dari konteks mata kasar kte org melayu kebanyakan nya boleh berjaya untuk membina empayar perniagaan sendiri di kelantan kerana di kelantan org melayu tidak di sekat oleh kaum lain seperti di luar dari kelantan,jdinya disini rakyat yg berbangsa melayu tengoklah dan perhatilah senario politik yg dimainkan umno kononya membela melayu tapi sbenarnya adalah menaik kan kroni2 dan ank beranak hinggakan di peringkat hujungnya melayu akn menumpang di tanah air sendiri jika byk peluang yg akn diberikan rakyat pada umno..percayalah wahai melayu malaysia,sedih bercampur takot bila di fikirkan fenomena ini..terima kasihh.aslkm.

3. effy mohd jamin. - April 15, 2010

aslkm.disaat sya menulis artikel ini sya berada pada umur 33 thn dan tk di nafikan yg sya belum pun puas lg untuk ber enjoy cuma dlm pada itu sya selalu iri hati pada kaum cina contohnya dari segi perniagaan dan semangat bersatu dlm apa jua keadaan sesama bangsa mereka dan kalau di ikutkan pada sya,sya lg rela membeli apa jua brg keperluan di kdai melayu walaupun harga nya mahal rm1 dari kedai cina kerana sya pikir tk salah sesama melayu menolong dari segi itu dan agknya adakah lg org yg bernama melayu yg mempuyai naluri dan hati menyerupai sya ini??????adakah???tidak sekali dan kebanyakan melayu rela dwitnya di beri pada bangsa cina dan melayu golongan inilah yg akan menjatuhkan melayu pada generasi akn datang dan waspadalah pada golongan ini.

4. nazgul - September 27, 2011

memg benar, tanah malaysia ni milik orang melayu..tapi..jika tak dijaga..bila2 je boleh jatuh ke tangan bangsa lain ..orang melayu begitu gah membantah apabila hak2 mereka dicabul..tapi..mereka tak pernah nak berusaha untuk berjaya..bukan semua..tapi segelintir..orang melayu kena sedar..bangsa2 lain sedang cuba untuk mengusai tanah kita..dan kita semakin mundur..ingat..kita bukan pendatang..tanah ni..kita pegang sebelum pendatang2 itu muncul.
hmm..orang melayu pandai berkata-kata..tapi..nak tgok melayu ni melaksanakan apa yang dikata tu..
amatlah susah..jangan sampai,satu hari nanti perdana menteri kita berbangsa india
baru nak sedar,pesanan buat diri sendiri juga,sebab saya orang melayu~ dan saya sayang bangsa saya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: