jump to navigation

Manohara diarah bayar gantirugi RM6j kepada Tengku Fakhry March 11, 2010

Posted by nikmj in bernama, General, islam, malaysianinsider, National.
Tags:
trackback

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan ibunya hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar ganti rugi RM6 juta kepada suami Manohara, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta yang difailkan putera Sultan Kelantan itu terhadap mereka.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din membuat keputusan itu dalam kamar.

Peguam yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Haaziq Pillay memberitahu pemberita bahawa Noordura menetapkan RM2 juta sebagai ganti rui teruk, RM2 juta bagi ganti rugi teladan dan RM2 juta lagi bagi ganti rugi pampasan, selain faedah lapan peratus dari tarikh saman difailkan sehingga bayaran itu dilunaskan.

Beliau berkata mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mengambil kira keadaan latar belakang kes itu, kedudukan tinggi Tengku Muhammad Fakhry dan tahap dakwaan yang serius yang dibuat oleh Manohara dan ibunya Daisy Fajarina terhadap putera diraja Kelantan itu.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai lalu, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kedua-dua wanita itu telah secara palsu dan jahat memfitnah beliau apabila mereka mendakwa pada satu sidang akhbar antara April dan Jun 2009 bahawa Manohara telah didera.

Pada 5 Nov, beliau memperoleh perintah ingkar terhadap Manohara dan Daisy setelah mereka gagal melantik peguam bela baru bagi kes berkenaan selepas peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka.

Sebelum itu mahkamah pada 29 Okt memberi mereka tempoh sehingga 5 Nov untuk melantik peguam bela baru atau menghadapi risiko perintah ingkar dikenakan terhadap mereka.

Pada 14 Jan tahun ini, Tengku Muhammad Fakhry memberi keterangan di mahkamah untuk menentukan jumlah ganti rugi yang wajar diberikan kepadanya dalam saman itu. — Bernama

Comments»

1. Usup Supriyadi - March 11, 2010

semoga masih ada ruang berdamai, semoga Tengku Fakhry, Manohara, dan Ibu, serta seluruh yang terkait, dapat melapangkan hati, runtuhkanlah keegoan diri. ya, tapi hukum telah ditegakkan, semoga ini adalah yang terbaik….

turut prihatin atas hal ini…

2. no name - March 20, 2010

ermmm….kite owng bawah ni berdoa lah agar KITA DAPAT TAHU SIAPA YANG BENAR DAN YANG SALAH….rase cam membazir je bela sesape….itu lah..lain kali nak cari bini pilih2 lah..tengok latar belakang dulu…owng baik2 ke..solehah ke…iye lah…TT kan anak sultan…kenelah pilih pompuan solehah agar dapat jaga status,,,,jagn asal rupe je tibai….hah…..ni ah jadinya….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: