jump to navigation

Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim March 9, 2010

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news.
Tags:
trackback

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

“Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

“Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya. (mkini)

Tokoh ulama dunia dah bersuara, tokoh ulama UMNgok pulak bila lagi? Takkan nak jadi mufta je?

Comments»

1. bwh - March 9, 2010

Faham ke apa itu munafik dan fasik bg mereka yg mencipta fitnah dan bersubahat menyebarkannya dan musibah melakukannya?

Kalau faham adake cukup iman menakuti akan diri menjadi sebegitu hina di sisi Allah, Zat dimana setiap roh dikembalikan utk dipersoalkan akan perlakuan semasa hidup sekejap di dunia ini yg penuh dgn tipu muslihat?

Tergamak melakukan itu semua bermakna tiadalah iman dlm diri maka tiadalah mereka itu kenal akan Allah, Zat yg mencipta mereka. Tak kenal akan Allah maka semua amalan tertolak maka rugilah hidup sekejap di dunia ini yg diberikan Allah peluang utk dibalaskan dgn syurga yg menanti sebanyak 99 nikmat yg tidak pernah terfikir, terlihat, terangan2 dan terlintas di hati manusia.

Baru satu nikmat diberikan Allah di dunia ini, itu pun dikongsi dgn semua manusia, haiwan, tumbuhan dan semua ciptaanNya di dunia ini, mereka dah biul dan lupa akan kehidupan yg jauh lebih nikmat dan kekal abadi. Itu baru satu nikmat. Rasa tak mampu nak dibayangkan macam mana rupa 99 nikmat yg disimpan oleh Allah utk hamba2Nya yg diredhai. Subhanallah.

Memang bangang dan bebal mereka2 itu, sia2 hidup jd manusia!

Wallahuta’la alam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: