jump to navigation

BN pasti tumbang di PRU akan datang February 22, 2010

Posted by nikmj in General.
trackback

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang – tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor “tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu’.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana “rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya”.

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

“Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe,” kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir). (mkini)

Comments»

1. Dal - February 24, 2010

Nujum pak belalang ni meramalkan macam-macam termasuk 16 Sept dll …. satu pun tak jadi kenyataan.

Angan-angan besar. Kokok berderai-derai. Tahi sangkut di gelegar. PKRnya dah mula terburai. Murai.

2. ex-umno - February 27, 2010

aku rse ‘Dal’ ni najib kot.dats y he said like dat..haha..just wait n see da next PR13 la..

plse read da facts la najib yg brnajis.muka da mcm *#$$%^%^….

3. Dal - March 1, 2010

rse-rse ko tu lences ex-umno. mestikah aku “dari seberang sana?” dari sebelah lawan ko? mengapa mesti ko lawan aku dan aku lawan ko? kenapa mesti kita dari dari dua kemah asing-asing? umno ke pkr ke sama je.

aku tak percaya majority rules. mana ada. ko suruh aku baca facts? Cuba baca facts ini ….

Fact No 1. demokrasi menggariskan majority memerintah dan minority diperintah …. konon ….. sebenarnya ini persepsi bayangan yang …. apa nak kata …. hanya bayanganlah …. tiada reality.

Fact No2. Tetapi sebenarnya “si kurang pandai” ialah majority isi dunia ini. Si cerdik pandai, si elit adalah golongan monirity. Ini bermakna melalui demokrasi “si kurang pandai” (majority) memerintah “si cerdik pandai” (yang minority). Begitukah?

Fact No 3. Mana ada si bodoh memerintah si pandai. Yang kita lihat ialah si elite (yang lebih minority dari yang paling minority) yang memerintah. Si bodoh yang disuruh berlari ia berlari, yang disuruh cangkung berak ia cangkung berak walau pun ia tidak terasa hendak berak.

Fact No 4. Kita yang dikatakan golongan majority, kerana kebodohan kita, tidak pernah perasan bahawa kita sentiasa dibawah kuasa dan perintah si elit yang paling minority ini; dan kita tidak perasan yang kita selalu bergesel bahu dengan si elit ini tapi kita tidak kenal dia siapa.

Fact No 5. Tidak kira siapa menang pru13, Si majority ini tetap diperintah oleh si elit … si minority paling minority di antara segala minority sebenarnya pemerintah mutlak. UmnoPkrPasBnPr tak usah nak mimpi.

4. pro pas - March 2, 2010

Dal cakap jangan berbelit2. Cakap biar terang.

5. Dal - March 2, 2010

Salam Tuan pro pas

Dal berbelit-belit? … Hati-hati jangan sampai tuan terbelit …. Pembelit modern berungkapan lurus-lurus belaka.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: