jump to navigation

200 pemimpin berbagai agama diraikan TGNA January 28, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
Tags:
trackback

Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.

PAS telah mengambil sikap ‘Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam’.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.

Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.

Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, “Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.” (Harakahdaily)

Comments»

1. Sumo Piar - January 28, 2010

‘Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam’.

That is like giving your rapier to your fencing partner and telling him not to hurt you with it. No?

2. teng koo chai - January 29, 2010

minta tolong TGNA dan Pakiam tolong bagi explanation sikit apa itu “jangan sampai mengelirukan orang Islam”. Siapa pulak yang akan jadi pecacai yang akan memantau bagi memastikan penggunaan kalimah ini tidak mengelirukan umat Islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: