jump to navigation

Zizie Ezette dan Bung Mokhtar diKLIA January 25, 2010

Posted by nikmj in Entertainment, General, National, news, utusan malaysia.
Tags: ,
trackback

AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bersama isterinya, Zizie Ezette Abdul Samad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, selepas pulang dari Sabah, 25 Januari. – Utusan/SHAIFUDIN MOHD. NOR

PENGANTIN BARU … Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam. Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, ‘Suraya’ terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas. – Foto BERNAMA

                                                              ‘Gambar mesra’ Zizie dan suami

“Buat masa ini, saya minta maaf sangat sebab masih tidak dapat kongsi gambar-gambar atau cerita perkahwinan kami dengan lebih mendalam.

“Harap semua pihak faham kami perlu menjaga hati banyak pihak.

“Bagaimanapun, di satu masa terbaik, saya tidak menolak kemungkinan untuk kami berkongsi perkara ini kepada umum. Tunggulah nanti,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Ketika diusik dengan pertanyaan bilakah mereka akan berbulan madu, Zizie berkata, dia tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan kedua-duanya sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Zizie yang enggan memaklumkan mengenai butiran lanjut pernikahan mereka termasuklah tarikh nikah, bagaimanapun mengakui dia dan Bung kini sedang bahagia. (mstar)

Comments»

1. alum cloride - January 25, 2010

pinang di belah dua. phoooi phooi

2. mack - January 25, 2010

macam pinang dibelah dengan KAPAK siam sahajam Hensem juga sijejaka tu ia

3. kasturi - January 26, 2010

alahai!

jambu, macam pinang digelek keretapi!
ok la. zizie cantek, bung pun macam shariff dol jugak!

4. balqis teoh - January 26, 2010

lain kali jangan pilih pemimpin macam ni….. nak jaga agama dan bangsa , jauh sekali. mereka layak jadi calon artis je….. kesian ummat……

5. halim jongang - March 22, 2010

ape slah nye die nk kawen
ngn bung baik pnye baraaang!!!

6. manje nan garang - April 8, 2010

mak ai apelah nak jadi
macam pinang di belasah buldozer jadi mashuk ye zizie

7. bro - April 19, 2010

ziezie merosakakan rumah tangga orang. dan bung mokhtar ingin memuaskan nafsu sahaja dngan zizie

8. anak orang - April 19, 2010

apa la punya ummat,CEMBURU ka sm Dtk Bung,dia bt perkara yg elok bkn bekhalwat,,,,Pak Lah pun khwn balik laaa…wlpun sdh tua tp sapa yg kisah,sdh jodoh apa mo ckp….sebaiknya kita doakan kebahgiaan dorg bkn nya geli….hahahah CEMBURUUUUUU

9. orang sabah - April 19, 2010

betul 2 friend. lgi pn bkan drg yyg khawin. bahkata pepatah. jangan g khawin. bung jaga tepi kain org.

10. nikmj - April 20, 2010

Bung Moktar, Zizie Mengaku Berpoligami Tanpa Izin
Oleh WARTAWAN MSTAR

Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. – Foto Utusan
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin mahkamah.

Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.

Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.

Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.

Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Pada 21 Disember lalu, Bung dan Zizie, 31, akhirnya mengakui bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan lokasi pernikahan tersebut berlangsung.

Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahawa beliau telah menikahi Zizie.

“Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin,” kata Zizie ketika mengulas mengenai pengakuan suaminya itu.

Ketika ditanya oleh mStar Online dan The Star Zizie memberitahu, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.

Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara berjaya dirakam media sebaik keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: