jump to navigation

BO-Umno takutkan Tionghua terhadap Islam January 25, 2010

Posted by nikmj in Buletin Online, General, islam, National, news, Politics.
Tags:
trackback

Melayu Umnolah yang selama ini bertanggungjawab menakut-nakutkan masyarakat tionghua (Cina) terhadap Islam.

Sedangkan Islam diturunkan oleh Allah adalah untuk semua dan Islam bukan hanya untuk orang Melayu sebagaimana yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalid Idham Lim Abdullah mendakwa Melayu Umno yang bertanggungjawab mewujudkan persepsi negatif masyarakat Cina terhadap Islam.

Katanya, pemimpin Melayu Umno sejak sekian lama cuba menakut-nakutkan orang Cina tentang bahaya PAS yang membawa dasar Islam.

Saya ingin jelaskan bahawa Melayu Umno di Malaysa yang takut-takutkan Cina dengan Islam.

“Umno menakut-nakutkan Cina bahaya PAS dan merekalah (Melayu Umno) yang menyebabkan orang Cina takut kepada Islam,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Pakatan Rakyat di Perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok, Kuala Ibai, 21 Januari lalu.

Katanya, Islam adalah untuk semua umat manusia dan bukan hanya untuk orang Melayu Umno di Malaysia.

Bahkan, katanya sejarah mengatakan kedatanagan Islam ke tanah Melayu ini dibawa oleh masyarakat Cina sejak ratusan tahun lalu.

Menurutnya, PAS yang membawa dasar dan perjuangan Islam diberi persepsi yang negatif serta menakutkan masyarakat tionghua selama ini.

“Mereka (Umno-BN) sengaja memburuk-burukkan PAS dengan dasar Islam dan sekaligus menjadi benteng untuk menghalang orang Cina faham Islam,”ujarnya.

Katanya, nikmat bersama Islam wajar dikongsi bersama antara masyarakat Melayu, Cina dan lain-lain bangsa di negara ini.

Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat di seluruh negara agar tinggalkan perjuangan Umno yang pincang.

Rakyat kena tinggalkan perjuangan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Jika tidak mereka (Umno-BN) akan terus mengekalkan kuasa, jawatan dan kerakusannya (zalim) terhadap rakyat,”tegasnya.

Menurutnya, rakyat hari ini dapat melihat hasil ‘tangan’lebih 50 tahun Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

Katanya, pelbagai masalah timbul yang melanda negara termasuk yang termasuk isu cubaan membakar gereja dan surau.

Hadir sama pada majlis tersebut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Simpang Pulai, Perak, Chan Ming kai. (Buletineonline)

Comments»

1. jantahousing01 - January 25, 2010

your blog is very good to see it got some amazing stuff in this blog I have a draw on your pictures I feel very Ace …………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: