jump to navigation

Senarai kalimah selain “ALLAH” khas untuk Muslim sahaja January 15, 2010

Posted by nikmj in General, islam, Kalimah Allah, malaysianinsider, National, news.
Tags: ,
trackback

Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah “Allah” dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka.

Perkataan tersebut ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadah, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, dan iman.

Selain itu ialah dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi, sheikh, akhirat, azan, al-Quran, al-Sunnah, hauliak, karamah, shahadah, masjid dan Baitullah.

Setiausaha Maim, Idrus Md. Jani berkata, perkara itu terkandung dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang diwartakan di negeri ini.

Bagi ungkapan pula ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, insya-Allah, Astaghfirullah Azim, Tabaraka Allah, masya-Allah, Lahaula Walaquata Illabillahil Azim, Assalamualaikum, Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan Auzubillah.

“Mengikut Seksyen 9(1) enakmen itu, menjadi kesalahan bagi sesiapa terlibat dalam tulisan yang diterbitkan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang.

“Pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat, dia tahu atau patut tahu akan diterbit atau disiarkan menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Di bawah Seksyen 9(2), menjadi kesalahan seseorang bukan Islam menggunakan mana-mana ungkapan yang disenaraikan kecuali sebagai petikan atau rujukan.

“Seseorang yang melakukan kesalahan mengikut sub-Seksyen (1) atau (2) boleh dikenakan denda RM1,000,” ujarnya.

Melaka merupakan antara negeri yang mengguna pakai peruntukan itu.

Awal minggu ini, Pahang mengumumkan ia tidak membenarkan penggunaan 25 perkataan dan 10 ungkapan bersumberkan Islam, termasuk kalimah Allah dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain.

Ia dikuatkuaskaan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 yang diwartakan kerajaan Pahang pada 1990.

Perkataan lain yang tidak boleh diguna dan dikaitkan itu ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadat, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi dan tabligh.

Ungkapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya-Allah, Astagfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya-Allah, Lahaula Walaquwata IIlabillahialiyil Azim juga tidak boleh digunakan orang bukan Islam.

Mengikut seksyen 9 (1) enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika ia menghasilkan sesuatu tulisan atau ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan mana-mana agama bukan Islam.

Bagi Seksyen 9(2) enakmen yang sama pula, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan dan ungkapan berkenaan kecuali sebagai petikan atau rujukan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan menjelaskan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Enakmen ini adalah undang-undang yang merangkumi semua pihak, termasuk bukan Islam dan mereka yang melakukan kesalahan akan ditahan mengikut Kanun Prosedur Jenayah.

“Ia juga memperuntukkan kuasa kepada pihak polis untuk menjalankan penguatkuasaan dan menangkap tanpa waran mereka yang disyaki melakukan kesalahan,” katanya dipetik Berita Harian awal minggu ini.

Wan Abdul Wahid meminta semua pihak di negeri ini menghormati dan mematuhi enakmen berkenaan yang sudah wujud sejak 20 tahun lalu.

“Jika semua pihak mematuhi enakmen ini maka tidak akan berlaku masalah berbangkit sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam,” katanya.

Kesalahan lain mengikut enakmen itu termasuk menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang Islam, mendedahkan seorang Islam kepada pengaruh suatu agama bukan Islam dan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada ucapan atau pertunjukan mengenai perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam. (TMI)

Komen : Masalah penggunaan kalimah ini sepatutnya tidak wujud jika hal berkaitan agama islam TIDAK dibicarakan dimahkamah sivil dan diselesaikan menerusi perbincangan dan jika perlu dibicarakan sekalipun ia mesti diselesaikan  dimahkamah syariah.

Comments»

1. nor adzim - September 17, 2010

Sekadar nak tahu: Bagaimana pula orang bukan Islam boleh pula menyebut Allah dalam lagu negeri Selangor…Johor…

nikmj - September 18, 2010

Allah hanya sekadar nama khas bagi Tuhan bagi orang Islam dalam bahasa Arab. Sesiapa sahaja boleh menyebutnya dan ia tidak tertakluk kepada negeri Selangor dan Johor sahaja.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: