jump to navigation

Polis pantau internet, siasat serangan gereja January 14, 2010

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: ,
trackback

Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pasukan khas, yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan, sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

“Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

Beliau berkata polis menyedari akan hakikat bahawa kes-kes sedemikian perlu ditangani dengan adil dan segera.

Mohd Bakri menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin mengenai kejadian seumpamanya, sebaliknya menyerahkan kepada polis melaksanakan tugas mereka.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan tampil membantu polis.

Beberapa buah gereja diserang dengan bom api baru-baru ini termasuk gereja-gereja Assumption, The Life Chapel di Petaling Jaya, dan Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata siasatan kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin dan kes kehilangan Sharlinie Mohd Nashar masih belum ditutup dan memerlukan maklumat baru.

“Polis terus berusaha dengan semua petunjuk yang ada, tidak mengira kecil dan tidak penting petunjuk berkenaan. Amat mengecewakan kerana tiada petunjuk baru ditemui.

“Kami tidak akan berhenti dalam usaha menyelesaikan kedua-dua kes dan membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan mereka,” katanya. (mkini)

Komen : 

Tangkap, jangan tak tangkap. Contohnya blog dan laman sesawang yang suka memfitnah sesuka hati tanpa bukti yang kukuh.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: