jump to navigation

Kerana dendam BN aniayakan rakyat Kelantan January 12, 2010

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Oil, Politics.
Tags: ,
trackback

Kerajaan pusat yang dikuasai BN masih berdendam terhadap rakyat Kelantan, yang ditadbir PAS, apabila enggan menyerahkan royalti petroleum, kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad.

“Ketika PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, serta-merta kerajaan BN menarik balik wang royalti dan menggantikannya dengan wang ehsan sebagai satu hukuman kepada rakyat Terengganu yang memilih PAS,” katanya.

“Baru-baru ini selepas BN berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BN mulai cuba mengubah taraf perjanjian itu kepada wang royalti semula.”

Beliau mengulas kenyataan terbaru pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, yang enggan melayan tuntutan kedua Kelantan terhadap royalti minyak selepas tuntutan pertama RM2 bilion sejak pertengahan tahun lepas.

Mustapa merujuk kenyataan exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang ingin persekutuan berbuat demikian bagikawasan cari gali baru di pelantar Bintang, di sempadan Kelantan-Terengganu. 

Menurutnya, kerajaan persekutuan mendapat royalti RM9.7 bilion daripada projek tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, Idris berkata sikap Mustapa itu “satu penafian yang nyata” dan ia “tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama Terengganu dan Sabah mengeluarkan minyak bernilai lebih RM46 bilion iaitu 76 peratus daripada nilai keseluruhan minyak dalam negara.”

Beliau juga menuduh Mustapa “pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak” untuk negeri berkenaan.

Idris menambah, rakyat sesebuah negeri pengeluar minyak tidak suka wang ehsan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, bukan kepada kerajaan negeri seperti di Terengganu sewaktu dikuasai PAS sehingga 2004.

“Hal sama akan berlaku di Kelantan jika wang ehsan diberikan. 

“Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang merupakan ‘kerajaan hantu BN’ di Kelantan akan bermaharajalela mengunakannya untuk meraih sokongan rakyat sebagai persiapan pilihanraya akan datang,” katanya. (mkini)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: